Kuala Lumpur Lake Garden Festival is HERE!

Tik! Tok! Tik! Tok!


*drum rolls!*






Tinggal 2 hari sahaja lagi sebelum bermulanya Kuala Lumpur Lake Garden Festival 2015!!

Acara ini merupakan acara yang diadakan setiap tahun bertemakan 'Malaysia' bakal diadakan di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. 

KLLGF menghimpunkan beberapa persembahan menarik serta aktiviti yang pasti menyeronokkan hujung minggu anda. Apa kata, anda bawa keluarga serta rakan-rakan anda untuk datang ke Padang Merbok, Kuala Lumpur pada 22 & 23 Ogos 2015 bermula dari jam 8 pagi sehingga jam 6 petang



Bukan itu je guys! Ramai artis-artis tempatan akan turun padang memeriahkan KLLGF ni. Sambil korang makan santai-santai nikmati alam kehijauan, sambil korang dengar alunan muzik serta lagu yang mengasyikkan dari para artis jemputan.



Tunggu apa lagi? Ajak ramai-ramai meriahkan KL Lake Garden Festival hujung minggu ini! Bawa makanan! Tikar! Payung! Bantal! Khemah! Kerana anda bakal mengalami 'adrinaline rush' dengan keterujaan yang disediakan di KLLGF 2015!



Untuk lebih banyak info menarik mengenai status semasa serta gambar-gambar terkini KLLGF, anda boleh ikuti mereka di Facebook rasmi KLLGF!

Jumpa anda disana!!!!


Photo Credit: KLLGF's Facebook.

No comments:

Post a Comment