YEY!!! Berita gembira buat semua yang baru selesai belajar atau sedang mencari pekerjaan, ini adalah peluang anda untuk menghantarkan resume anda kepada syarikat syarikat besar bagi tahun 2016.

Dengan lebih daripada 50 syarikat terkemuka seperti Nestle, Umobile dan banyak lagi yang terlibat didalam event ini, anda akan mempunyai lebih banyak peluang untuk mengenali syarikat kegemaran anda secara dekat. Pun begitu, anda di kehendaki mendaftarkan diri di laman sesawang Jobstreet sebelum 7 Januari 2016 untuk memudahkan perjalanan anda sepanjang seminar ini berlangsung pada 8 hingga 10 Januari 2016.



Selain daripada itu, Jobstreet turut memberikan bebrapa tips mudah (video) untuk anda 'pasti dapat kerja' di laman sesawang mereka. Jadi, anda boleh lah buat sedikit rujukan sebelum menuju ke MCTF!


Jadi jangan lupa set reminder di dalam planner atau handphone untuk event MCTF  yang bakal berlangsung kurang dari 2 minggu dari sekarang. Di bawah ini saya sertakan plan lokasi bagi memudahkan perancangan anda. All the best!





Seperti yang kita sedia maklum, Social Media Week ataupun MSMW, dalam bahasa ringkasannya kini kembali untuk tahun 2016!

Ramai pengguna alam maya sudah sedia maklum akan acara Social Media Week yang sememangnya diadakan setiap tahun bagi memberikan penghargaan kepada para penggiat media sosial yang aktif didalam memberikan bukan sahaja ilmu; bahkan info menarik mengenai topik semasa. 




Social Media Week pada tahun 2016 kini kembali dengan acara terawal iaitu pencalonan bagi penggiat blogger kegemaran anda yang telahpun bermula dari 28 Disember sehingga 24 Januari 2016




Pencalonan blogger kegemaran anda boleh di lakukan di laman sesawang rasmi Social Media Week sebelum 24 Januari 2016.

Pencalonan yang dilakukan haruslah mengikut kategori yang telah di tetapkan seperti makanan, travel, gaya hidup, video dan sebagainya. (Sila rujuk gambar di bawah bagi mengetahu kategori yang di sediakan)



Selain daripada itu, anda juga boleh mengikuti laman sosial rasmi MSMW di Facebook & Twitter untuk lebih banyak info menarik, gambar dan perkembangan semasa. 





Jangan lupa lakukan tugasan anda dengan bijak kerana ini adalah masanya bagi kita menghargai penggiat media yang telah banyak memberikan idea dan maklumat sepanjang tahun ini. 





Early today, saya dan beberapa teman yang lain telah berkesempatan untuk tea time di Foodsbury.

Rasanya kalau sebut nama Foodsbury ni dah ramai yang sedia maklum lokasi dan makanan menarik yang terdapat di sini. Disebabkan sebelum sampai ke Foodsbury ni kami dah makan tengah hari di Padang Jawa, so kami ambil kesempatan untuk tea time di Foodsbury. 

Ok kita mulakan dengan lokasi Foodsbury dulu ok? 

Lokasi Foodsbury memang sesuai sebab terdapat banyak tempat untuk anda parkir kan kenderaan anda. 

Hiasan dalaman?

Hiasan dalaman yang sememangnya santai untuk anda dan teman teman anda duduk bersembang sambil release stress. Setibanya kami di Foodsbury tadi, dah ada beberapa orang yang sedang bersantai sambil menikmati juadah. Terdapat 1 ruang yang sangat menarik perhatian saya. Ruang yang menempat kan sebuah meja dan dua buah kerusi dengan beberapa dekorasi serta sebuah lampu berdiri sememangnya sesuai untuk igers. 




Jika anda seorang ulat buku tapi anda terlupa bawa buku untuk menikmati minum petang anda? Jangan risau! Foodsbury menyediakan rak buku untuk anda nikmati genre pilihan anda. 




Hidangan?

Foodsbury menyediakan hidangan barat dan manisan yang pelbagai. Namun jangan anda risau. Mereka turut menyediakan pakej promosi menarik pada waktu tertentu untuk anda dengan harga serendah RM15 beserta minuman pilihan anda. Menarik bukan? Jadi anda dah ada option lain untuk makan tengah hari anda! Yey!



Manisan?

Terdapat beberapa manisan yang di sediakan oleh Foodsbury untuk anda. Antara yang menjadi favorite pengunjung adalah Nutella Pancake & Almond Salted Caramel Crepe Cake. 


Tengok gambar pun dah menarik perhatian bukan? Memang sedap. Selain daripada Nutella Pancake dan Almond Salted Caramel Crepe Cake, mereka ada beberapa lagi manisan lain yang mampu memberikan kepuasan kepada nafsu makan anda. 


Jadi tunggu apa lagi? Segera ke Foodsbury Seksyen 9 Shah Alam. Dibuka setiap hari bermula jam 12 tengah hari sehingga 11 malam. Sebarang Tempahan atau maklumat lanjut boleh berurusan terus melalui: 

Facebook : Foodsbury
Twitter: Foodsbury Cafe
Telefon: 0355245539
Email: foodsbury@gmail.com

Jika anda tidak berkesempatan untuk menjejakkan kaki anda ke Foodsbury, jangan bersedih! Mereka kini boleh didapati melalui FoodPanda! Manisan kegemaran anda kini berada di muka pintu anda!!! 




Foto Kredit: Foodsbury

20 Jam menjelang HRDF Conference.





Seperti kita sedia maklum, tahun 2015 adalah tahun yang bertuah buat Malaysia kerana telah menjadi tuan rumah ASEAN untuk kesekian kalinya. Selaras aspirasi AEC, persidangan ini bertujuan untuk menyampaikan 1 program yang terunggul dengan orentasi dan perspektif yang meluas. 

Didalam menuju kearah wawasan 2020, kita pada ketika ini masih lagi tidak dapat menepati objektif didalam menghasilkan tenaga kerja yang berkualiti tinggi kerana pada masa ini sebahagian besar daripada tenaga kerja kita masih dikategorikan dalam kategori pekerja berkemahiran rendah

Fakta Menarik: 
Menurut Laporan Rancangan Malaysia ke-10, hanya 28% daripada jumlah tenaga kerja di Malaysia bekerja dalam pekerjaan berkemahiran tinggi dan kita masih kekurangan 22% daripada tenaga kerja tersebut menjelang wawasan 2020.

Melihat kepada tajuk di atas, sudah tentu ramai yang tertanya-tanya "apa itu HRDF Conference?". Ok, selanjutnya didalam entry ini, saya akan menerangkan beberapa isi penting berkaitan dengan HRDF atau Human Resource Development Fund. 

Apa itu HRDF?

HRDF atau Human Resource Development Fund adalah sebuah seminar yang telah dirangka khas dengan kerjasama dari Kementerian Sumber Manusia. HRDF ditadbir oleh Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB), sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia.

Apakah tujuan HRDF?

Acara HRDF ini diadakan bagi membincangkan isu-isu mengenai potensi tenaga kerja di rantau ini dan beberapa hal lain yang berkait rapat. Bertemakan kemanusian, kepakaran, dan kemajuan; HRDF akan membentangkan isu mengenai potensi dan kuasa didalam menuju kearah kemajuan ekonomi berasaskan sumber tenaga manusia. Selain daripada itu, ia turut merancang pembangunan modal insan yang berkualiti dan tenaga kerja bertaraf dunia bagi mencapai ekonomi berpendapatan tinggi berasaskan pengetahuan dan juga inovasi. 

Ke arah kemajuan, HRDF dengan ini memohon kerjasama dan sokongan bukan sahaja daripada syarikat tempatan mahupun luar negara; bahkan, sokongan secara individu luar biasa seperti ANDA untuk membuat acara ini sebagai suatu kejayaan besar. 

Kepentingan HRDF Conference & Exhibition 2015?


  1. Membentangkan perspektif yang berbeza kepada pembangunan modal insan.
  2. Membawa bersama-sama watak utama, personaliti utama dan pembuat keputusan dalam sektor HR (human resource / sumber manusia)
  3. Menggalakkan pertemuan minda untuk lebih memahami pembangunan modal insan di Malaysia dan untuk bertukar bakat dan sumber idea. 
  4. Memberi peluang kepada tenaga sumber manusia untuk mendapat lebih banyak rangkaian dari dalam dan luar negara.

Persidangan HRDF ini bakal diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur ( KL Convention Centre) bermula dari 8 Disember 2015 sehingga 9 Disember 2015. Tema-tema perbincangan adalah dipilih daripada penyelidik profesional dari dalam dan luar negara yang akan berkongsi pengalaman dan tatacara terbaik didalam meningkatkan perkembangan semasa. 

Anda sudah tentu berminat untuk mengetahu lebih lanjut mengenai HRDF Conference & Exhibition 2015 ini. Atau teruja untuk menyertai persidangan yang diadakan? Anda boleh lawati laman sesawang rasmi mereka iaitu HRDF Conference & Exhibition 2015 atau boleh berhubung terus di talian PSMB Contact Centre: 1800-88-4800

Dibawah ini saya sertakan beberapa info menarik mengenai jemputan khas yang akan mengupas isu-isu berkaitan. 


Jumpa anda di sana! 


Sumber gambar: HRDF Conference & Exhibition 2015





Innalillah,

Tiada kata yang dapat dilafazkan buat kehilangan besar didalam keluarga Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Takzim, Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj dan sesisi keluarga diatas kemangkatan YAM Tunku Abdul Jalil pada 5 Disember 2015 pada jam 7.11 petang. 

Almarhum Tunku Abdul Jalil adalah seorang putera yang sangat disenangi dan mesra rakyat walaupun sesudah baginda disahkan mengidap penyakit kanser hati lebih setahun yang lalu. 




Berita kemangkatan Almarhum Tunku Abdul Jalil telah diumumkan sendiri oleh Presiden Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli sejurus kemangkatan baginda. 

Susulan kepada penyakit baginda, Sultan Ibrahim telah menubuhkan sebuah yayasan bagi pesakit kanser yang diberi nama Tunku Laksamana Johor Cancer Foundation bagi memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan dana bagi rawatan kanser. 

Semoga roh Almarhum Tunku Abdul Jalil di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Jutaan takziah daripada kami, Rakyat Malaysia.

Al-Fatihah....






Perempuan mana yang tak CINTAKAN Year End Sale?

Ya! Bulan Disember adalah bulan yang paling di tunggu tunggu oleh para wanita dan sesi warganya. Kerana sudah pastinya akan terdapat banyak jualan murah dari pelbagai jenama menarik. Namun, ada sebuah jenama yang sudah dikenali ramai bakal membuatkan poket anda kering kontang sepanjang bulan. 

Vendville! Sebuah butik yang menghimpunkan lebih daripada 15 jenama menarik di bawah 1 bumbung bakal mengadakan YES pada 5 Disember 2015. Harga runtuh buat anda semua yang menjejakkan kaki anda ke Vendville Kota Damansara. Ini lah masa buat para gadis untuk merombak kembali almari anda kepada baju baju baru dari pelbagai jenama yang boleh anda dapatkan dari Vendville. Bukan sahaja baju perempuan, baju lelaki dan kanak kanak pun ada tau! Best betul. Semua di bawah 1 bumbung dan memang memudahkan anda. 






Menarik kan?? Ok. Di bawah ini saya sertakan beberapa info menarik mengenai #VendvilleYES2015 buat tatapan anda. Jangan ketinggalan untuk bawa ahli keluarga anda turun padang dan meriahkan suasana di Vendville Kota Damansara. Jangan lupa! Jualan hebat ini hanya berlangsung selama 1 hari SAHAJA! So kalau tak mau nganga, jalan lah lupa set reminder dalam phone anda. Landmark? The Strand Mall. Selamat membeli belah!















PERHATIAN!!!!!!!


Kepada semua peminat buku tak kisah lah buku bahasa apa sekali pun! Raise your hand sebab #BigBadWolfBook kini kembali lagi!!!


Kepada mereka yang duduk berhampiran dengan Serdang, Mines, Kajang, Bangi, Kuala Lumpur dan sewaktu dengannya! Ayuh beramai ramai turun padang! Jangan lupa bawa luggage kalau ta habis patah tangan anda nak pegang buku-buku tu. Dan jangan risau! Kali ni mereka sediakan trolley untuk anda angkut buku buku tu keliling dewan. YEY! 



Lokasi hangat yang pastinya akan membuat anda menjadi gila dengan buku dikir kanan depan belakang anda! Lebih daripada 3 juta buku menarik menanti anda dengan peluang menenagi sebuah iPhone jika anda adalah pembeli yang BERTUAH! Ya! sebuah iPhone untuk anda menangi. 

Menarik bukan? tunggu apa lagi? Hujung minggu ni ajak family turun padang berkampung di MIECC, The Mines. Jualan hangat selama 24jam tanpa henti bermula dari 4 Disember sehingga 14 Disember 2015! 

Jualan MEGA!!!!! 



Negara telah kehilangan 2 watak besar didalam industri seni tanah air.

Yus Jambu & Seniwati Mariani telah kembali ke rahmatullah dan meninggalkan kita semua dengan 1001 kenangan manis yang mungkin tiada galang gantinya. Bersamalah kita kirimkan doa semoga mereka di tempatkan di kalangan yang dipelihara Allah. Amin



Al-Fatihah

by on 6:31 PM
Negara telah kehilangan 2 watak besar didalam industri seni tanah air. Yus Jambu & Seniwati Mariani telah kembali ke rahmatullah dan m...