Pencalonan Blogger bagi Social Media Week 2016




Seperti yang kita sedia maklum, Social Media Week ataupun MSMW, dalam bahasa ringkasannya kini kembali untuk tahun 2016!

Ramai pengguna alam maya sudah sedia maklum akan acara Social Media Week yang sememangnya diadakan setiap tahun bagi memberikan penghargaan kepada para penggiat media sosial yang aktif didalam memberikan bukan sahaja ilmu; bahkan info menarik mengenai topik semasa. 




Social Media Week pada tahun 2016 kini kembali dengan acara terawal iaitu pencalonan bagi penggiat blogger kegemaran anda yang telahpun bermula dari 28 Disember sehingga 24 Januari 2016




Pencalonan blogger kegemaran anda boleh di lakukan di laman sesawang rasmi Social Media Week sebelum 24 Januari 2016.

Pencalonan yang dilakukan haruslah mengikut kategori yang telah di tetapkan seperti makanan, travel, gaya hidup, video dan sebagainya. (Sila rujuk gambar di bawah bagi mengetahu kategori yang di sediakan)



Selain daripada itu, anda juga boleh mengikuti laman sosial rasmi MSMW di Facebook & Twitter untuk lebih banyak info menarik, gambar dan perkembangan semasa. 





Jangan lupa lakukan tugasan anda dengan bijak kerana ini adalah masanya bagi kita menghargai penggiat media yang telah banyak memberikan idea dan maklumat sepanjang tahun ini. 

1 comment:

  1. wahhh...best tu...satu peluang untuk meningkatkan lagi kemahiran...dlm media sosial

    ReplyDelete