Sayu sugguh hari ini.


Hari ini adalah hari terakhir Malaysia Airlines memberikan perkhidmatan didalam membawa penumpang MAB ke Amsterdam dan Paris dengan menaiki pesawat mereka. 



Menurut laporan Malaysia Gazette, MAB akan menghentikan perkihdmatan antara Kuala Lumpur ke Amsterdam dan Paris bermula hujung bulan Januari dan mengambil inisiatif baru dengan menjalinkan hubungan kod di antara KLM, British Airlines dan Emirates. 



Menurut laman sesawang berkenaan:


"Penumpang ke Amsterdam akan menaiki pesawat rakan perkongsian kod, KLM, yang menyediakan perkhidmatan terus dari Kuala Lumpur pada masa yang sama dengan penerbangan Malaysia Airlines yang dihentikan itu. Penumpang ke Paris akan diterbangkan ke lapangan terbang Heathrow di London dengan pesawat Airbus, A380 Malaysia Airlines dan seterusnya menyambung perjalanan dengan rakan Oneworld, British Airways untuk ke destinasi mereka.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Berhad, Christoph Mueller,  perkongsian strategik ini akan membuka  lebih banyak laluan ke arah tawaran cadangan integrasi pelanggan kepada kedua-dua syarikat penerbangan dan sekaligus membolehkan pelanggan Malaysia Airlines untuk terbang ke 38 destinasi menarik Eropah dengan perjalanan yang lebih lancar.


Meskipun begitu, kesayuan tetap melanda kesemua crew dan anak kapal yang sentiasa berkhidmat bagi laluan ini. Diharapkan dengan perubahan yang di lakukan ini akan membuka lebih banyak peluang yang baik bagi MAB di masa hadapan. 




"Thank you for 36 years service Kuala Lumpur to Amsterdam. Hope to welcome you back one day" - Amsterdam 




Nampak je tajuk tu, apa yang terlintas didalam kepala anda? 



Siapa je yang tak suka makan? Cuba cakap?

Siapa je yang tak suka makanan sedap? Cuba cakap?

Kita semua sukakan makanan sedap dengan harga murah. Betul??

Ok here we go


Jiha nak sebarkan berita gembira kepada penggemar makana. Food Festival guys!! OMG! 1 event yang mengumpulkan pelbagai jenis jenama dan makanan dari serata Malaysia. Fuh!

Event ini di bawakan khas (macam iklan lah pulak) oleh Vendeur Festival. Kemain VF. Sebelum ni dia buat festival pakaian, now dia organize pulak pesta makana. Macam tahu tahu pula kan Malaysian cintakan makanan. 



Yang ini Jiha besarkan sebab nak anda semua tengok dan kira berapa banyak gamaknya makanan yang akan ada. Cuba kira berapa banyak? *gosok perut*. Mesti banyak kan makanan yang ada di sana nanti? 



Kemeriahan dia memang boleh di rasakan guys! Bayangkan kiri kanan makanan! Allahu! korang! Tak payah bawak apa apa pun. Bawa tikar & payung je kawan kawan. Kalau malas nak bawak payung, pergi lah petang sikit. Mesti dah redup. Parents boleh bawak anak anak bersuka ria sebab ada belon buih & park untuk anak anak anda. Tak percaya? Tengok ni!



Jiha tak bohong anda kan? Ok now jangan buat apa apa minggu ni! Serbu #VFOODFESTIVAL Sabtu dan Ahad ni. Dimana? Di perkarangan Stadium Ahah Alam. Inilah masa untuk anda bersosial. Panggil kawan kawan , family, sedara mara. Berkelah di #VFOODFESTIVAL . 


Ok ni Jiha nak tambahkan sikit keterujaan anda! Jumpa anda di #VFOODFESTIVAL ! byeee










#VFOODFESTIVAL

by on 3:04 PM
Nampak je tajuk tu, apa yang terlintas didalam kepala anda?  Siapa je yang tak suka makan? Cuba cakap? Siapa je yang tak suka ma...


Semalam adalah suatu satu langkah pembukaan buat Malaysia Social Media Week apabila mereka telah melancarkan sebuah majlis pembukaan awal dengan kerjasama dari Limkokwing University kepada para media dan bloggers. 





Seperti kita semua maklum, #MSMW2016 adalah sebuah hype atau kemeriahan yang besar kerana ini adalah sebuah majlis yang menghimpunkan ramai penggiat sosial media dari pelbagai jenis platform sama ada dari dalam mahupun luar negara. Ha! jangan tak tahu! Malaysia Social Media Week pun menerima kunjungan social media activist dari luar negara. Hebat bukan? Tapi rasanya buat mereka yang sememangnya tidak pernah mendengar MSMW ni apa mesti lost! Tak apa, Jiha akan terangkan serba sedikit mengenai MSMW. 



Apa itu MSMW?

MSMW adalah sebuah acara tahunan yang menghimpunkan ramai penggiat sosial media dari serata dunia. Mereka ini akan berkumpul selama beberapa hari bagi membincangkan isu-isu menarik yang sedang berlaku didalam laman sosial pada ketika ini. 



Apakah medium pelaksanaan MSMW?

MSMW menggunakan medium persidangan dan workshop secara langsung dimana setiap perwakilan yang berminat untuk menyertai perlu mendaftarkan diri mereka di laman sesawang MSMW. Antara medium lain yang di gunakan adalah Live Stream atau siaran langsung menerusi laman sesawang rasmi MSMW



Menarik bukan? Memang menarik kerana ini adalah tahun ke 5 MSMW di adakan dan sambutan dari perwakilan masih menggalakkan. Acara ini bakal bermula pada 7 Mar sehingga 10 Mar dimana pelbagai topik menarik bakal di kupas oleh pakar pakar bukan sahaja dari dalam Malaysia, bahkan dari serata dunia. MSMW GOES INTERNATIONAL!



Selain daripada persidangan, MSMW tak ada aktiviti lain ke?



ADA! Mereka turut mengadakan MSMW Twitterthon dimana ia adalah sebuah acara larian (fun run) sejauh 5km dengan check-point yang berbeza menanti anda. Bayaran sebanyak RM65 akan dikenakan kepada anda dengan berbekalkan 1 t-shirt, medal dan goodie bag menarik di garisan penamat. Jika anda berminat untuk menyertai fun run ini bersama rakan rakan anda, jangan lupa daftarkan segera sebelum kaunter pendaftaran di tutup! 



Jadi, anda sudah bersedia untuk menggamatkan suasana #MSMW2016 ? Jika anda salah seorang daripada hadirin yang bakal hadir, jangan lepaskan peluang untuk berkongsi di Twitter menggunakan hashtag #MSMW2016 . 



Jumpa anda di sana! 


Sumber Gambar: MSMW2016
Siapa je yang tak suka makanan yang di hidang cantik dengan aroma yang memukau. Sudah semestinya hidangan yang di tatahias cantik menambahkan lagi selera si mereka yang melihat.

Semalam, Jiha telah di berikan kesempatan untuk menjadi antara yang bertuah untuk merasa makanan yang sangat sedap! Dengan portion yang memuaskan serta servis yang terbaik! Jiha pasti, gambar gambar yang bakal Jiha sajikan kepada anda akan membuatkan anda lebih teruja untuk menjejakkan kaki anda ke tempat ini. 




H Gallery Cafe yang terletak di D-01-03A, Sunway Nexis, No 1, Jln PJU5/1, Kota Damansara, 47810, Petaling Jaya, Selangor ini baru sahaja memulakan operasi mereka selama 3 minggu dan yang menakjubkan sepanjang perbincangan kami bersama ketua Chef mereka iaitu Chef Jasman, mereka telah menerima lebih daripada 6 tempahan untuk majlis majlis yang diadakan di sekitar kawasan ini. Satu pencapaian buat pihak H Gallery Cafe. 

Ok sebelum jiha teruskan dengan pencapaian hebat mereka, Jiha nak kongsikan bersama anda beberapa hidangan (oh sebenarnya ada 20 jenis hidangan!!!!) yang sempat kami jamah di H Gallery. (Tolong jangan jilat screen ada ya!)


Gambar di bawah ini adalah ruang dalaman yang sangat santai dan menarik yang terdapat di H Gallery Cafe. Anda boleh pilih nak duduk di dalam atau di luar atau di atas. Pilihan warna yang digunakan di ruang dinding cafe ini memberikan impak ceria buat pengunjung. Cantik kan?






Ini pula adalah ruang atas yang digunakan untuk sebarang function yang melibatkan lebih daripada 20 orang. Mereka juga menyediakan meja untuk di gunakan di bahagian luar (untuk merokok)


Apa yang paling Jiha suka adalah kerusi. Kerusi mereka sangat selesa. Kalau nak duduk lama lama pun tak rasa bontot akan kematu. 


Ok sekarang Jiha nak masuk terus kedalam makanan-makanan yang dihidangkan semalam. Jumlah keseluruhan makanan yang di hidangkan kepada kami adalah 20 jenis! YA! percaya atau tidak, kami makan 20 jenis makanan semalam. PUAS! hahaha. Sekali lagi, tolong jangan jilat screen anda ok! :)

Kita mulakan dengan sarapan pagi. Untuk anda yang sukakan sarapan yang berat, Jiha memang suggest makan di cafe ini. Portion dia memang memuaskan hati! Or else boleh share dengan kawan. 



Percaya cakap Jiha. Size yang anda lihat nampak kecil tetapi hakikatnya!!! Sangat banyak! 


Hidangan yang seterusnya adalah starter. Both ayam dan calamari ni dua dua sedap! Ayam dia penuh rasa masam manis pedas. Dan calamari mereka sangat rangup! Di celup pula dengan cream sos tu, Allahu. 




Yang seterusnya adalah Sup. Mereka hidangkan kami Mushroom Soup dan Green Peas Soup. Jujur, Jiha suka sangat sangat mushroom soup. Kami berebut ok! Apa yang istimewa dengan soup ni? Tak muak. Kebanyakan mushroom soup memuakkan, tapi tidak untuk mushroom soup di H Gallery Cafe. 


Yang Seterusnya adalah Green Peas Soup. Jujur, ini bukan favorite Jiha. Dia rasa masam dan berlemak sebab di hidangkan bersama cream di bahagian atas (yang warna putih tu). Jiha tak berapa suka sup ni sebab rasa dia pelik sikit.



Yang seterusnya adalah SALAD!!! Ah yang ini memang Jiha berebut dengan dorang sebab salad adalah kegemaran Jiha! Sekali lagi Jiha nak pesan, jangan underestimate size magkuk dia. JUJUR! memang besar. Anda pasi kekenyangan makan. 


Salad yang dihidangkan dengan daging salai. Daging yang sangat lebut, manis, memang masa masukkan dalam mulut tu, terus "Allahu, susah nak jumpa daging lebut macam ni".


Salad hijau ini di hidangkan dengan salmon, calamari dan udang. Seafood yang terdapat di dalam menu ini dimasak half cook memberikan anda lebih moisture ketika di makan bersama salad. 


Jus sihat! Oh, 1 yang Jiha perasan, Cafe ini menyediakan pelbagai jenis minuman yang menyihatkan. Antaranya adalah ini! Apple yang di kisar bersama beberapa jenis sayuran hijau yang menyihatkan memberikan 1 rasa yang baru untuk Jiha yang beru pertama kali mencuba green jus. Anda boleh cuba menu ni jika anda mahukan air yang menyihatkan 


Manakala Morning Glory (Blueberry Mint with Yogourt) ini adalah campuran berries dan di tabur dengan oat. Sekiranya anda mahukan minuman yang bukan sahaja menyihatkan bahkan memberikan anda tenaga, ini adalah jawapannya. 




Kita beralih pula kepada PASTA! Ini yang paling di nantikan! Sekali lagi Jiha ingatkan, tolong jangan jilat screen anda. ok? hehehe. Jujur, size hidangan yang di berikan kepada kami memang besar sampai Jiha boleh share bersama 5 lagi rakan yang lain. 

Pimiento Rojo Seafood Spaghetti. Amboi nama dia, GAH gitu! Rasa dia pun GAH juga. Di hidang bersama Soft Shell Crab & Prawn memang memberikan anda kepuasan sebab jus seafood telah sebati dengan cream sauce yang penuh dengan rasa manis, masin dan pedas. Paling penting, menu ni tak muak seperti cream sauce yang lainnya. 


Aglio Olio Seafood. Ramai yang tahu nama menu ni. Betul? Tapi anda pasti rasa yang di hidangkan di H Gallery sama seperti yang anda biasa makan? Anda perlu cuba Aglio Olio ini dan anda pasti tidak akan menyesal. Pasta yang di hidangkan tidak terlalu kering ataupun berminyak. Rasa yang sebati dengan seafood memberikan anda kepuasan makan seafood! 


Beef Bolognese. Istimewanya hidangan ini adalah bebola daging lembut ini digumpal bersama cheese Mozzarella yang mengiurkan. Bila anda potong daging tu, anda akan terus nampak cheese yang kenyal. Sungguh memberikan anda satu perasaan "TAK BOLEH SHARE!". hahaha. Kuah pasta yang sebati dengan rasa masam manis masin serta jus dari daging yang di masak bersama-sama sememangnya buat anda akan makan sehingga ke suapan yang terakhir!  


Hidangan yang seterusnya adalah main course! Ya. Setelah beberapa banyak pinggan yang kami telan, akhirnya, sampai juga kepada main course. 

Pan Fried Salmon with Arugula. Salmon yang di goreng rangup di hidangkan bersama salad segar dan herbs sos yang sangat refreshing. Tapi jangan risau, salmon ni masih mengandungi jus dia so dia tak kering seperti yang anda jangkakan. 


Style Sirloin Steak. How come masih ada orang yang pandai masak daging? Lembut sangat daging dia dan Jiha tak tipu. Cuma agak sedikit kering. Mungkin tujuan dia untuk di makan bersama brown sos dan red bean. Tapi overall, rasa perapan dia memang awesome! 


Beef Wellington. Mula-mula nampak ni, Jiha ingat kan Nasi Goreng Pataya. hahaha. Rupanya daging lebut yang di balut dengan pastry rangup! Portion dia memang besar. Serious talk. Daging dia tebal. Puas hati kalau order ni.


Yang seterusnya adalah hidangan melayu. Ya H Gallery Cafe turut menyediakan hidangan melayu untuk anda. Jadi jangan risau. Kalau tak nak makan western, anda boleh makan hidangan melayu. 

Mee goreng dan Nasi Goreng Kampung. Keduanya masih mempunyai rasa melayu yang tidak di ubah atau di tambah dengan unsur lain. 



3 hidangan yang terakhir. Masa ni kami semua dah tak larat nak makan dah. Tapi sebab nampak sedap so kami pun menjamah untuk tahu rasa dia. 


Lamb Shank. Maaf yang ini Jiha tak mampu nak bagi tahu rasa lamb tu macam mana sebab Jiha tak makan kambing (sendu). Tapi kuah dia rasa macam kuzi. Perfect! Ini adalah hidangan yang diberi nafas baru oleh Chef Jasman. Campuran unsur barat dan timur memberikan sedikit kelainan tetapi, masih mengekalkan ciri ketimuran. Besar ok lamb ni. Anda pasti berpuas hati. 


Snapper Sandwich. Roti dia agak lain sedikit sebab warna hijau. Kepingan ayam yang digunakan sangat moist! Ditambah dengan cream sos di setiap lapisan, upmhhhh! Memang lock semua rasa jadi 1 iaitu SEDAP!


Hidangan yang terakhir adalah Chicken Chop. Selalu kalau kita pergi makan dekat mana mana kedai, Chicken Chop anda mesti akan kecut daripada size asal. Betul? Lain dengan hidangan di cafe ini. Jus dari kepingan ayam ini masih ada didalam tanpa memberikan sebarang pengurangan kepada size ayam. Di makan bersama sos yang dihidangkan bersama, memang buat anda tidak menoleh lagi! 


Ok so Jiha dah senaraikan hidangan yang sempat kami jamah semalam di H Gallery Cafe. Jiha harap tak ada yang sedang jilat screen phone ataupun laptop. Apa apa pun, jika anda berminat untuk mengunjungi H Gallery Cafe, anda boleh waze H Gallery Cafe. Cafe ini terletak di dalam bangunan Sunway Nexis. Parking adalah PERCUMA. Jadi anda jangan risau.

Untuk Lebih banyak update mengenai H Gallery Cafe, anda boleh layari laman sesawang mereka iaitu H Gallery Cafe or anda boleh juga ikuti mereka di media sosial mereka yang Jiha akan senaraikan di bawah. Jom bawa keluarga anda ke H Gallery Cafe hari ni! 

H Gallery Cafe, 
D-01-03A, Sunway Nexis, No 1, Jln PJU5/1, 
Kota Damansara, 47810, Petaling Jaya, Selangor
03-7497 9800

Facebook: H Gallery Cafe
Instagram: hgallerycafe


Ribuan Terima Kasih buat Chef Jasman! 





Beberapa yang sempat kami ambil bersama sebelum dan selepas sesi food review.