Assalamualaikum! 

Hari ni rasanya macam tak nak bercakap pasal product. Or maybe akan selit sikit 🤔. Alright. Bila tengok balik dalam FB wall jiha, ramai yang update mereka akan dikurniakan cahaya mata. Alhamdulillah. Yang mana belum, tak apa. Nanti next entry Jiha nak share beberapa tips yang mungkin sesuai untuk korang apply. InsyaAllah. Sejenak Jiha terfikir, perasaan gembira masa mula mula dulu di khabarkan sudah berbadan dua. Rasanya masa tu, ya Allah, indah sangat. Lagi indah daripada nak buat persiapan nak kahwin. Mana tidaknya? Kita membawa 1 lagi nyawa yang dalam masa 9 bulan akan datang, bakal berada dalam pelukan hangat kita. Sangat teruja, betul kan? Tapi dalam masa yang sama, Jiha fikir juga, akankah ini pengalaman terakhir aku mengandungkan insan dari benih ku sendiri? Of course perasaan takut tu tetap ada. Apa tidaknya, melahirkan ni ibarat nyawa di hujung tandung. Segalanya di pertaruhkan. Sakit penat, ya Allah. Tuhan je yang tahu. Tapi tu semua mind set jahat! Jangan fikir sangat. Fikir keterujaan sepanjang 9 bulan tu insyaAllah tak ada apa yang perlu dirisaukan. 

Bila dah melahirkan, another process bermula. Penyusuan. Kita semua teringin nak berikan anak kita susu badan secara exclusive. Betul? Menyusukan anak sampai umur 2 tahun tu rasanya idaman setiap mak-mak. Tapi ada mak-mak ni tak diberikan rezeki yang panjang untuk menyusukan baby. Paling kesian, ibu-ibu ini bahkan dikecam kerana tidak mengasihani anak mereka kerana telah memberikan susu formula seawal 1 bulan. Memang sedih kan? So hari ni Jiha nak kongsikan sendiri pengalaman Jiha sebagai ibu yang memberikan susu badan & dalam masa yang sama topup juga susu formula. Semoga entry ini bermanfaat, InsyaAllah. 

Alhamdulillah, Jiha dikurniakan bayi lelaki tahun ni. Rasanya ramai ibu di luar sana tahu, anak lelaki ni memang kuat makan. Setiap sejam kalau boleh dia mak makan. Dan sebagai seorang ibu, takkan kita nak biarkan anak kita kelaparan, betul? So, masa awal-awal kelahiran, Jiha rasa susu badan cukup. Tapi makin lama, makin kerap dia nak menyusu, Jiha rasa macam makin tak sempat. Makin dia tak puas. Of course Jiha ada amalkan milk booster & urut untuk bagi susu banyak. Tapi tetap susu tak banyak. Dalam erti kata lain, anak tetap tak puas. Dah dia menangis apa semua, kita pun kesian, bagi la dia susu bancuh. Dan macam biasa la. Ada la yang berbunyi cakap: 

Eii pemalasnya bagi susu formula. Kesian anak.

Anak dia mesti selalu sakit nanti sebab bagi susu tepung

Mak modern memang pemalas eh nak bagi susu badan?

Baby yang sihat selalunya yang minum susu badan sahaja. Just so you know

🙄Hari ni, Jiha nak share dengan korang bahawasanya, IT'S OK / TAK ADA MASALAH APA PUN kalau bagi anak korang susu formula. Tak ada dalam mana mana perundangan mengatakan korang WAJIB berikan susu badan sampai umur anak 2 tahun. Ada segelintir ibu yang tegar breastfeed keep on tekankan 'wajib' bagi anak-anak susu badan secara exclusive sampai dalam masa sama memberikan tekanan untuk mak-mak yang mungkin sedikit kurang rezeki susu badan. Tak salah sebenarnya nak mencuba alternatif lain seperti milk booster & urutan. Itu adalah salah 1 usaha. Jika selebihnya masih sama, jangan biarkan anak anda kelaparan sampai tak lena tidur dia. Berikan saja apa yang terdaya untuk kekalkan anak kita kenyang & selesa. Rasa bersalah sebab bagi susu formula? DON'T BE! Ingat, setiap anak berbeza keperluan mereka. Jangan samakan anak & diri anda dengan orang lain. Itu bahkan membuatkan korang bertambah stress untuk kekalkan susuan badan secara exclusive. 

Jiha sendiri alami apa yang Jiha sebutkan di atas tadi. Stress sebab anak tak kenyang dengan susu badan. Tidur kejap sangat then bangun sebab tak selesa sebab tak kenyang. Rasa bersalah pada dia sebab dia tak kenyang tu sebenarnya melebihi rasa bersalah sebab bagi susu formul. Pada Jiha, anak tu lebih penting. Tapi make sure korang bagi susu formula yang betul. Makna kata, sebelum nak bagi anak susu formula, pastikan korang tahu kalau anak korang ada sebarang alahan. Sebelum nak beli susu formula, make sure korang baca label dulu. Dan sesuaikan dengan keperluan anak-anak. Masa mula-mula beli, mulakan dengan tin kecil. Sebab, misalkata kalau tak sesuai, tak lah membazir sangat nak tukar lain. 

Macam mana nak tahu bayi kita sesuai / tak dengan susu formula? 

Mulakan dengan dos rendah. Maybe korang boleh mulakan dengan bagi 1-2 sudu dulu. Kemudian tengok, kalau bayi korang tak sembelit,  najis tak berbuih, atau naik kemerahan sebaik sahaja minum susu tu, makna kata, susu tu sesuai. Tapi kalau sebaliknya, STOP! Cari susu lain. Iya! Belikan susu untuk anak ni macam main jigsaw puzzle. Peraduan teka & menang. Nampak susah tapi, insyaAllah dalam beratus jenama, pasti akan ada 1-2 susu yang sesuai dengan bayi korang. 

Ada beberapa orang personal message Jiha, Jiha bagi anak Jiha susu apa. As for now yang PALING sesuai dengan anak Jiha is Snow Brand. As Hospital Az-Zahrah sendiri recommend kan yang itu. Sampai dah 4 bulan ni, Alhamdulillah tak pernah ada alahan / sembelit. Maybe korang yang masih mencari tu boleh cuba brand ni. 🤗

Point PENTING! 

Dah buatkan susu anak tu, misal kata dia tak habis menyusu, jangan terus basuh. Susu formula tahan 2jam selewatnya. So kalau dia terjaga within this hour, boleh la bagi lagi. Dan tak lah membazir. Jangan pulak korang bagi susu dah basi. Kang cirit birit pulak budak tu. Macam mana nak tau dah basi? Susu tu dah lebih dari 3 jam, consider lah ia dah basi. Kalau berketul? ITU CONFIRM BASI DIK! Jangan sesekali bagi anak korang susu yang dah berketul please 😰 Dari pembacaan Jiha, susu formula yang terbaik adalah dalam lingkungan 2jam. Maybe kalau extend pun dalam 2.5jam. Kalau lebih, jangan ralat untuk buat lain. Anak kita nak 'pakai' lama kan? So, buat je yang baru. 

So, tu la antara perkongsian Jiha mengenai susu formul. Mula-mula memang sakit jiwa juga la layankan orang sekeliling bercakap. Nasib baik family support. So, rasa bersalah tu lama-lama bertukar jadi 'mind your own business please?' Gitteww. So ibu yang baru melahirkan yang mungkin ada masalah sama dengan Jiha, please! Jangan rasa sedih sangat kalau susu badan tak banyak. Tak berdosa pun tak bagi anak susu badan secara exclusive. Yang penting sentiasa pastukan nutrisi anak terjaga. The rest, all good to go! 

Semoga perkongsian Jiha ni memberi sedikit sebanyak semangat pada ibu-ibu yang mix kan susu macam Jiha ni untuk teruskan penyusuan walaupun tak exclusive. Yang penting, NAWAITU kita, nak anak kita sihat. InsyaAllah di permudahkan. 
Assalamualaikum! 

Siapa je yang tak suka makanan yang menyelerakan pada harga berpatutan? Siapa je yang tak suka makanan yang di tataris secantik mungkin sampai kita rasa sayang sangat nak makan? Tak ada yang tak suka, betul? 

Dalam bulan-bulan puasa ni, kita semua selalu ada masalah nak makan dekat mana. Bila dah sampai kedai, tengok menu, sambil garu kepala. Nak makan apa eh? Again. Perasan tak, kesesakan lalu lintas or 'esok pagi nak pakai baju apa' tu bukan masalah yang besar berbanding dengan topik makan. Boleh buat gaduh wei bila bab makan. Ok tak tipu je 😝

Untuk korang yang selalu ada masalah nak makan dekat mana sebab dah selalu sangat makan dekat tempat sama sampai abang waiter tu tak perlu tanya korang nak makan apa sebab dia dah hafal menu korang; ini sebahagian daripada solusi yang sedikit sebanyak membantu. Ready? Jiha harap tak ada yang jilat screen sambil scroll down content ni. Fuh!


Baru-baru ni Jiha diberi peluang untuk menikmati sendiri pelbagai aneka juadah yang disediakan di Delicious Cafe sempena Ramadhan. Menariknya, setiap hidangan yang disajikan bukan sahaja sedap, bahkan sangat menarik & cantik. Sayang pulak rasanya nak makan. Kita dah lah puasa, disajikan pula dengan makanan yang mengiurkan, hilang terus nawaitu nak berdiet. Huhuhu. Setiap menu yang disajikan bukan sahaja cantik & sedap, bahkan sangat segar sebab ia dibuat sendiri di dapur Delicious Cafe. 

Saved by the Bell-Acan - RM18

Muchacho Nacho Platter - RM30

Chicken wings & Nancho Platter adalah pembuka selera yang bertepatan sempena bulan puasa. Ayam yang diperap bersama belacan memang memberikan aura kemelayuan. Dicicah pulak dengan Thai Sauce yang masam manis. Memang terangkat babe! Manakala Nancho Platter pulak terdiri dari 6 dipping sauce yang berbeza. Tapi bila digabungkan, perghh! Korang takkan sedar yang korang dah habiskan sebekas tu sorang-sorang. Dua menu ni adalah menu yang HOT di Delicious Cafe. 

Salmon Else - RM22

Salt & Pepper Squid - RM29

Beralih pula kepada Salmon Else. Ya Allah. Yang ni, rasa nak menangis makan. Kepingan Salmon yang dihidang, sangat segar! Bak kata chef mereka, Salmon ni di fillet di dalam dapur Delicious Cafe. Korang yang suka shashimi confirm nak cuba Salmon Else ni. Lepas dah makan Salmon, jamu pula tekak korang dengan Salt & Pepper Squid. Sotong segar yang di celup tepung yang rangup. Dicicah pulak dengan tartar sauce asli. Hm. Masih terngiang ngiang rasa tartar sauce dekat tekak ni. Gulp! 

Sawa Duck Ka Salad - RM28

One In A Melon - RM26

Kalau korang tak nak starter yang berat. Korang boleh cuba Sewa-Duck-Ka-Salad (RM28). 7 jenis sayuran segar yang dihidangkan bersama hirisan daging itik segar. Dipadankan pula dengan thai sauce masam manis. Jiha rasa korang confirm nak tambah lagi. Or korang boleh basahkan tekak dengan One In A Melon (RM26) . Salad tembikai la senang kira. Tembikai dia manis & sejuk. Di tabur di sekelilingnya minyak zaitun, cheese, kekacang dan pelbagai lagi, buat korang rasa sangat fresh untuk meneruskan menu yang berikutnya. 

Seashells by The Seashore Aglio Olio - RM42

Untuk main course dia ada 7 kesemuanya. Semua 7 ni adalah BEST SELLING di Delicious Cafe. Tapi jiha nak explain top 2 yang jiha rasa PALING sedap antara 7 ni. Yang lain also sedap. Cuma yang 2 ni berjaya memenangi jiwa Jiha 😍. Yang pertama adalah Seashell By The Seashore Aglio Olio. Sebagai pecinta seafood, spaghetti ni, Jiha bagi 5 bintang! Full marks! Sebab apa? Sebab kesemua seafood yang dorang gunakan SANGAT SEGAR! Tak ada bau hanyir or berlendir. Udang yang digunakan pun manis. Menampakkan dia masih segar. Keseluruhan rasa Aglio Olio ni adalah seimbang & mengenyangkan sebab portion dia banyak. So, dengan harga RM42, memang berbaloi. 

Go Cheesed Lightning - RM45

Main course yang kedua TERBAIK dari 7 yang TERBAIK adalah Go Cheese Lightning. Seriously Jiha cakap. Portion dia, kalau korang yang makan banyak pun confirm PUAS. Dengan onion ring dia, dengan petty dia, dengan bun dia. Korang serious terlentang kekenyangan. Sebab apa Go Cheese Lightning ni WIN, sebab daging dia, melt dalam mulut guys! Serious tak bohong. Ni bukan petty beli dekat luar then masak atas grill ok. Ni petty yang di buat sendiri. 80% daging & 20% adalah lemak. Dimasak secara medium rare. Bila potong tu still nampak juice dia. Bila makan, lebur dalam mulut. Again. 5 bintang!

Panna "Kota" Kinabalu - RM22

Untuk pencuci mulut pulak, dorang sediakan Pana Kota Kinabalu. Dihidang bersama ice cream vanilla. Pana Kota Kinabalu dari Delicious Cafe ni SANGAT BERBEZA dari yang lain. Selalu makan biasanya over milky la, rasa pelik. Tapi Pana Kota Kinabalu ni, rasa dia balance & tak muak. Makan pulak dengan ice cream. Terangkat!  Dan hidangan yang terakhir dari Delicious Cafe adalah Hi Tea Set. Ha, dalam set ni ada pelbagai bakery & tengok bawah tu, ada salmon 😭 sangat sedap. Kalau in case korang datang Delicious Cafe tapi tak nak makan something heavy, order ni. Memuaskan & kenyang. 





Ok itu lah antara apa yang Jiha sempat merasa sepanjang berada di Delicious Cafe. Kenyang sampai terbuntang weh! Tak larat nak balik. Hidangan di Delicious Cafe memang terbaik. Over all, jiha bagi 4 bintang! Yay! Untuk korang yang teringin nak berbuka puasa or maybe lepas ni rasa macam nak adakan jamuan birthday / gathering dengan family / kawan, boleh la ke Delicious Cafe. Jiha berani jamin yang korang takkan menyesal. Pstt! Jangan lupa order  popcorn dia. SUMPAH SEDAP SANGAT. Kenangkan balik rasa dia, nak menangis now! 😭

Untuk sebarang tempahan / maklumat lanjut, korang boleh ke website dorang iaitu www.thedeliciousgroup.com . Ok lah sekian dari Jiha. Harapnya entry kali ni sedikit sebanyak memberikan idea dekat mana korang boleh berubah angin untuk cari makanan sedap. Selamat menjamu selera! 
Assalamualaikum! 

Haaaa hari ni Jiha takde nak share event or produk. Hari ni nak share pengalaman. Pengalaman yang rasanya tak semua orang mampu merasa tapi Alhamdulillah ke hadrat Ilahi untuk peluang yang hebat ni. 



Acecece. Kemain lagi kann! Ok lah. Rasanya ada yang dah pernah baca Jiha punya entry berkaitan pengalaman Jiha bersalin, kan? So semua orang yang dah pernah melawat blog usang ini tahu lah yang kita ni dah ada anak. Ehem. So hari ni Jiha nak share kan dengan korang, pengalaman yang rasanya buat pertama kali Muhammad Fa'eq berikan dekat Jiha sepanjang 3 bulan lebih dah bergelar ibu ni. Mungkin ada ibu-ibu atau ayah-ayah yang pernah ada pengalaman yang sama, boleh la kongsi dekat ruangan komen, ok?

So hari ni Jiha MC sebab sakit kepala and cirit birit. Ok lah. So anak, memang Jiha tak hantar ke rumah MakLong la sebab tak nak susahkan dia. Dia pun nak buat kuih apa semua (Mak Long Jiha buat kuih raya. Sape nak order boleh email Jiha ok?). So sepanjang hari ni dekat rumah. Masih berpuasa penuh walaupun dah berulang kali ke tandas. Sebab sayang la kalau tak puasa, kan? So dari pagi sampai tengah hari, Muhammad Fa'eq sangat behave. Sampai la dia nap untuk 30 minit dan kemudian bangun. At first memang dia sangat ok. Tapi tetibe dia macam emo emo. Bagi susu tak nak. Bagi t*k tak nak. So Jiha amik alternatif dodoikan dia je la dengan anggapan dia akan terlena balik. Tapi semuanya gagal. Jiha siap marah dia la sambil tepuk manja dekat peha dia marah sebab dia meragam. Tapi anak kecil ni, dia nampak mak dia, marah macam mana muka mak dia, dia tetap senyum. So tak jadi la nak marah lama sebab si kecik ni memang suka senyum. So lepas 1 jam berusaha nak tidurkan dia, Jiha bawak dia masuk bilik dan dodoi kan dia. Dia pun terlena. Agaknya sejam meragam so dia pun dah penat. Ok lah so dia pun tidur untuk 2 jam. Fuh!! Tapi lepas 2 jam dia bangun, dia moody again. nangis nangis apa semua. Sampai keluar air mata and all. Kita dok cakap "eh takk mummy tak marah fa'eq pun kenapa nangis?" tapi dia keep nangis. Susu tak nak apa tak nak. So Jiha dah macam apehal lah budak ni kan? Ok tak pe la Jiha dukung dia bawak keluar, duduk ruang tamu. Tapi sama je. Dia tak la menangis tapi dia macam gelisah. So beberapa ketika lepas tu dia cam dah mengantuk. Makanya Jiha pun sua la t*k. Dia menyusu tapi dengan sangat syahdu. Jiha cam, apehal lah budak ni kan? Dok pujuk dia sambil belai belai rambut dia and all. Kendian dia tidur la kejap. 

Dalam dia dok lena tu, bila tatap muka dia, rasa sesal bertindih datang sebab marah dia sambil naikkan suara masa dia meragam. Agaknya dia terasa hati dengan apa yang Jiha marah dia tengah hari tu. So bila dia bangun dia beremosi, sambil bersangka mak dia masih marahkan dia. Rupanya budak-budak ni bijak ya? Mereka faham apa mak dia rasa cuma dia masih budak dan dia tak pandai nak express kan kekesalan dia sebab buat kita marah. Lewat petang dia bangun. Tapi dia masih sama. Meragam yang merengek tu. Of course kita as mak kalau dah tak tau nak buat apa, kita akan rasa sangat annoying. Jiha pun sama macam mak lain yang ada limit kesabaran. Tak semena termenangis lepas mengadu dekat suami betapa stress nya hari ni menjaga dia yang banyak ragam. Selalunya dia tak macam tu. Dia sangat behave. Kalau dia nak susu pun dia akan merengek biasa biasa je. Hari ni dia bagiiii power punya high pitch sampai nyaring betul! So, Jiha bila stress memang air mata lajuuu keluar. So termenangis depan dia tadi. Surprisingly, dia terus diam dan pandang je Jiha. Sambil buat bunyi macam "mummy stop, jangan nangis" macam tu dan tangan dia sentuh Jiha. Dengan mata bulat dia. Dengan bibir dia senyum tu. Kita as mak, mana boleh kan anak kita macam tu, terus macam try control and sentuh dia sambil cakap "kenapa sayang buat perangai macam ni hari ni? mummy penat tau. Mummy 1 kerja pun tak jalan because of you". And as usual la si kecik tu, senyum and ketawa. Kita tak semena terus nak ketawa sama. So hari ni memang hari yang sangat tough la untuk Jiha sebab duduk berdua je kan dengan dia. Nak buat apa apa pun nak kena heret dia. Memang sangat penat. Dan mengantuk juga. Dan akhirnya Jiha figure out, rupanya hari ni panas. So dia mungkin tak selesa sangat sebab cuaca panas and all so sebab tu dia meragam. Gittewww 

Tapi, apa yang Jiha nak sampaikan dekat semua parents di luar sana, especially yang bakal menyambut kelahiran. Cabaran tu tetap ada. Walau 'baik' macam mana sekalipun anak korang masa dalam perut or selepas dilahirkan, there'll be a moment yang dia tiba-tiba meragam like, korang akan totally lost apa sebenarnya dia nak. Just like my son. Tapi percaya tak, anak ni dia dari dalam perut selama 9 bulan dia dengan kita. So dia sangat rapat perasaannya dengan si ibu. Apa ibu rasa, semua dia boleh rasa. Especially masa menyusukan dia, kalau boleh tenung la mata anak tu. So dia tahu, di sayangi. Bukan sambil susukan dia korang main phone or tengok TV. Menyusukan anak adalah masa yang sangat dekat dan intim antara ibu dan anak. Remember, intimate dan belaian bukan hanya ketika  budak tu masih dalam rahim kita. Bahkan WAJIB diteruskan sehingga lah dia dah lahir. Sebab anak kita, lagi cepat terasa apa yang kita rasa berbanding pasangan kita sebab, ingat, dia pernah dekat sedekat dalam rahim dan sedekat di hati kita masa dia masih kita kandungkan. 

Peringatan untuk diri sendiri juga. Puasa bukan sahaja menahan lapar & dahaga. Puasa juga memngajar Jiha erti kesabaran menyusukan anak & melayan karenah dia yang tiba-tiba macam ribut, seperti hari ni. Semoga entry ni sedikit sebanyak memberikan peringatan kepada kesemua ibu dan bakal ibu yang membaca. InsyaAllah, kita semua sentiasa memperbaiki dan akan sentiasa belajar sehingga mati. Menjadi ibu bukan hanya 1 tanggungjawab. Bahkan, ia adalah sebuah proses pelajaran yang takkan pernah berhenti. Sehinggalan kita menutup mata. InsyaAllah.
Assalamualaikum!

Alhamdulillah, hari ni dah masuk ramadhan ke 10. Korang semua ni puasa ke idok?? Haaa kalau yang berpuasa tu Alhamdulillah. Yang tak puasa tu, pepandai la korang mengganti nanti. 

Anyway, siapa dekat sini yang sukakan permainan video? Awak suka? Awak pun suka? Dekat rumah ada 10 PS4? WOW! Tu betul suka tu awak. Ok ni kali, Jiha nak kenalkan dengan korang sebuah permainan yang melangkaui imaginasi, fizikal dan mental korang! Ha kemain lagi kan? Kalau takat duduk rumah main game, korang tak rasa real. Kali ni korang DIBAWA masuk kedalam permainan. Eh? Macam mana pulak tu? Ok jom ikuti perkongsian Jiha. 



Baru-baru ni EXA Global telah melancarkan sebuah hiburan hiburan digital TERBARU & tak salah rasanya kalau Jiha cakap, yang pertama di Asia Tenggara. Fuh!!! Kisahnya, EXA Global adalah sebuah permainan demensi yang penuh penerokaan dimana korang sendiri akan di transform menjadi subject didalam permainan tersebut. Boleh bayangkan tak, korang adalah watak utama didalam permainan video? Tak pernah merasa lagi kan? Ini lah kalinya korang kena merasa sendiri keterujaan, keseronokkan dan kebimbangan didalam menyelesaikan misi yang diberikan. 



EXA Global adalah gabungan idea untuk menguji kekuatan fizikal & mental. Macam mana pulak dia nak uji fizikal dan mental? Ha 4 orang (1 team) akan berada di sebuah ruang yang dipenuhi dengan teknologi Sci-fi terkini. Korang akan diberikan pakaian yang korang perlu pakai untuk memastikan korang fully emerged didalam game tersebut. Kan Jiha dah mention yang mana korang adalah watak didalam permainan tersebut. Korang secara langsung akan berada didalam permainan tersebut. Korang boleh nampak member sepasukan korang di kiri kanan depan atau belakang korang tau! Setiap pemain akan dibekalkan dengan sebuah bag, senapang, headset, bateri dan alat untu mengecas semula. Ini adalah alatan yang korang akan bawa untuk pergi berperang. Wow!! Real betul. Rasa macam betul-betul pergi perang weh. 



Para pemain juga akan mengalami sendiri pengalaman melalui sistem yang mereka beri nama ANGKAS yang mana akan menyediakan askar-askar mereka dengan pengalaman yang lebih nyata. Korang yang masuk dalam game ni akan diberikan peluang untuk mengalami sendiri ala-ala dalam movie perang tu. Korang akan dilatih, lantik kadet baru, dan menerima arahan dari komander bagi menyelesaikan misi yang diberikan. Haaa real betul pengalaman ni guys. Yang mana pernah berhasrat nak join tentera tapi tak lepas tu, elok la korang ke sini dan main game ni. Pulak lagi, suasa dan atmosfera yang dibawakan kepada korang betul-betul sama macam dalam perang. Dengan sound efek dia, dengan gambaran sekeliling dia. Korang mesti teruja sangat nanti. 




Dengar Jiha cerita pun dah rasa teruja kan? Apatah lagi kalau korang real ada dalam game tu. EXA Global @ Setiawalk Outpost ni family friendly tau. Dimana kalau parents yang nak bawa anak-anak having fun dekat sini tapi dalam masa yang sama ada baby or anak kecil, boleh lepak dekat cafe or waiting area dia. Cafe dia pun menyediakan pelbagai hidangan yang menarik. Siap ada 20% off kalau nak makan dekat cafe dorang. Memang best weh! 


Jangan tunggu lagi! bawak semua family, kawan, sedara-mara serbu EXA Global hari ni juga pada harga cuma RM65. Siap dapat 1 pass masuk FREE tau bersempena pembukaan mereka ni. Lekas! Masa ni lah korang nak have fun dengan adik-beradik. Kalau dekat rumah main game sorang-sorang. Dekat EXA Global ni, 1 family boleh main game yang sama pada masa yang sama. 


Kalau korang berminat nak tahu lebih lanjut / nak booking slot permainan, korang boleh la ke website EXA Global

picture courtesy : EXA Global Page