Scha Al Yahya, Awal Ashaari & Lara Alana. 1 keluarga yang sememangnya menjadi ikon di Malaysia. Keletah comel Lara Alana yang sentiasa mencuit hati di laman Instagram sememangnya berjaya menarik perhatian jutaan pengikutnya. 



Baru baru ini, Scha & Awal, dengan kerjasama dari Jakel telah menghasilkan koleksi pakaian siap yang terbaru bagi musim  perayaan dengan pelbagai design dan warna yang sangat menarik. Dengan kepakaran kain daripada pihak Jakel, kita sedia maklum bahawa produk yang di hasilkan untuk koleksi #SCHAWALARAXJAKEL sudah semestinya dihasilkan daripada kualiti kain yang terbaik. 



Koleksi raya #SCHAWALARAXJAKEL didatangkan dalam 3 versi iaitu Awal Ashaari X Jakel, Scha Al Yahya X Jakel & Lara Alana X Jakel. Apa yang paling menarik adalah ketiga-tiga koleksi ini diambil dari himpunan warna yang hampir sama. Ia memudahkan keluarga untuk memilih busana Aidilfitri supaya nampak sedondon. 


Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Feroz Mohamed Jakel , setiap design yang dihasilkan berdasarkan kehendak dan kriteria dari pasangan Awal & Scha dan yang paling istimewa, setiap design yang dihasilkan adalah didalam kuantiti yang amat terhad. Hanya 100 helai sahaja bagi setiap warna yang akan dikeluarkan di seluruh Malaysia. Ini adalah untuk menjamin keunikan & ekslusiviti si pemakai. 



#SCHAWALARAXJAKEL akan mula berada di pasaran pada 4 June 2016 di seluruh Malaysia. Harga bagi set baju melayu adalah serendah RM199 dan didatangkan khas bersama sampin & butang baju melayu. Selain daripada itu, koleksi pakaian siap Awal Ashaari X Jakel juga hadir didalam bentuk jubah yang diperbuat daripada Egyptian Cotton yang terkenal dengan kualiti tinggi, mudah digosok & tidak mudah berkedut. Amat sesuai dengan keadana iklim di Malaysia. Bagi koleksi Jubah AA, harga yang ditawarkan adalah serendah RM189 sahaja. Memang berbaloi kalau beli awal sebab nanti para jejaka boleh menggunakannya untuk ke tarrawih di masjid.



Manakala baju Scha Al Yahya X Jakel yang di keluarkan didatangkan dalam koleksi baju kurung & jubah  yang menggunakan fabrik kapas sulam, chiffon, lace dan banyak lagi. Baju-baju ini ditawarkan dengan harga yang berbza bergantung kepada rekaan. Pun begitu, koleksi Scha Al Yahya X Jakel adalah koleksi mampu milik untuk semua lapisan masyarakat. 






Sementara untuk koleksi Lara Alana X Jakel pula, ia didatangkan dalam 10 design menarik menggunakan jenis fabrik yang lembut dan bersesuaian dengan kulit kanak-kanak. Koleksi Lara Alana X Jakel sesuai dipakai untuk si cilik sedari usia 1 tahun sehingga 12 tahun. Baju Lara Alana X Jakel yang di hiasi beads & lace akan menceriakan lagi watak keanak-anakaan mereka. 



Jangan lepaskan peluang ini untuk mendapatkan koleksi terhad #SCHAWALARAXJAKEL bermula 4 june 2016 di Jakel berdekatan anda. Tampil ekslusif dan menarik di pagi raya anda. Ingat Ready Made, Ingat Jakel. 

Bila berbicara mengenai kecantikan, perempuan adalah makhluk Tuhan yang paling teruja sekali. Begitu juga dengan Jiha. Jiha sememangnya mempunyai masalah kulit daripada zaman sekolah lagi dan sampai dah kahwin pun sebenarnya masih ada sedikit masalah kulit yang perlu diperbaiki. 

Namun begitu, haaa. Semenjak dua menjak ni makin ramai pula beautician yang menghasilkan produk dan teknik terbaru untuk rutin penjagaan kulit muka. Dan sudah semestinya wanita pada zaman kini adalah wanita yang sangat sibuk dengan aktiviti harian sampaikan tak ada masa nak manjakan kulit muka di spa ataupun facial centre. Oleh sebab sedar akan wanita zaman kini yang sangat aktif tetapi dalam masa yang sama mementingkan penjagaan dan kesihatan diri, jenama terkenal Idealyst telah menghasilkan produk terbaru yang di beri nama, Royal Glow



Royal Glow adalah sebuah produk makanan tambahan yang memberikan kepuasan maksimum didalam penjagaan kulit muka dan kesihatan diri. Royal Glow sangat sesuai untuk semua golongan termasuk kanak-kanak dan ibu mengandung telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan tau! Jadi anda jangan risau lah mengenai KKM ataupun keberkesanan produk ini. Paling best! Royal Glow sudah mula berada di pasaran dengan harga RM180 untuk 60 tablet. 



Dengan menggunakan tagline #flawlessispriceless , Pengasas Idealyst Beauty Sdn Bhd, Dr Aidil Azry, telah memperkenalkan wajah cantik dan segar bagi menjadi duta kepada Idealys Beauty dan Royal Glow. Wajah yang tidak pernah jemu di pandang. Wajah yang sentiasa menjadi kegilaan para wanita termasuklah, Jiha. Dia ni crush Jiha dah lama disebabkan muka dia yang comel, dengan bulu mata dia yang lentik dan bahasa dia yang sopan, Jiha rasa orang yang Jiha maksudkan ni memang sesuai sangat lah menjadi duta kepada Idealys Beauty. Nak tahu siapa? Jeng Jeng Jeng!!! Anzalna Nasir!!



Mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa Anzalna? Kenapa tak artis lain? Ramai je artis lain yang dah jadi pelanggan tetap Idealyst Beauty ni. Tapi kenapa Anzalna? Jiha pun tertanya-tanya. 



Menurut Dr Aidil Azry, mereka memilih Anzalna kerana kecantikan yang dimiliki oleh Anzalna. Bukan itu sahaja, Anzalna juga adalah pelanggan tetap di Idealyst Beauty. No wonder la kulit muka Anzalna ni lawa memanjang. Dia bukan sahaja pergi buat facial secara tetap, setiap hari dia juga amalkan Royal Glow ni. Bak kata anzalna, dengan Royal Glow, dia merasakan seperti mendapat perkhidmatan doktor Idealyst hampir setiap hari. Wow! Sampai macam tu sekali penangan Royal Glow ni kepada Anzalna. 



Tapi dalam masa yang sama, Jiha tertanya tanya juga apa lagi kebaikan Royal Glow ni sampaikan Anzalna cakap seperti mendapat rawatan setiap hari dari Idealyst. Lepas dah godek-godek FB Idealys Clinic and Medispa, Jiha akhirnya jumpa kebaikan Royal Glow:
  1. Melembut & mencerahkan kulit.
  2. Mencegah, merawat dan memulihkan jerawat dan bekas jerawat.
  3. Melambatkan proses penuaan kulit.
  4. Membantu mengecilkan liang roma (open pores) & memudarkan tompok hitam pada wajah.
  5. Menambahkan seri dan sinar pada wajah
Menarik bukan? Now Jiha dah tau dah kenapa Royal glow dan Idealyst Beauty ni menjadi kegilaan ramai artis dan orang kebanyakan. Sebab hanya produk yang terbaik untuk pelanggan mereka dan service yang disediakan di Idealyst Clinic & Medispa ni sememangnya memuaskan hati. Kalau tak percaya boleh tengok FB mereka. Banyak feedback dan testimoni untuk anda baca. 



Lepas dah baca dan tengok feedback orang ramai, terus rasa nak kumpul duit banyak-banyak then serbu Idealyst Clinic sekarang. Tambahan pula now ada mid year promotion! Harga semua mampu milik *cry*





Untuk anda yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan di Idealyst Clinic, ikuti mereka di Facebook mereka iaitu Idealyst Clinic & Medispa .

Korang boleh je walk-in ke Idealyst Clinic di:

Lokasi: A-2-03 Neo Damansara, NO.1 Jalan PJU 8/1, 47820 Damansara Perdana, Petaling Jaya
No. Phone: 0377332191

Ingat Flawless, ingat Idalyst Clinic
Ikan patin masak tempoyak adalah salah satu makanan yang sememangnya terkenal di kalangan masyarakat di Temerloh, Pahang sehingga memberikan impak kepada seluruh rakyat Malaysia. Siapa je yang tak suka makan ikan patin masak tempoyak? Makan pulak dengan sambal tempoyak dan ulam-ulaman, FUH! Memang terangkat. 



Hari ni, Jiha nak sharekan pengalaman Jiha makan ikan patin masak tempoyak FRESH dari Temerloh, Pahang. Ha! Semalam masa Jiha post kan gambar di social media, habis pakat tanya "eh, dekat mana nak makan ni? nampak sedap!" ada pulak yang cakap "amboi! ikan patin nampak segar betul. dekat mana ni?". Hahah. Macam-macam. So hari ni Jiha nak sharekan dengan anda semua, lokasi and keenakkan Ikan Patin di Restoran Temerloh Catering. 



Sebelum Jiha mulakan dengan apa yang Jiha makan, Jiha nak intro la sikit pasal Restoran Temerloh Catering ni. Resipi dan Ikan Patin di restoran ini adalah dibawakan khas dari original place dia, iaitu Temerloh, Pahang. Semalam Jiha sempat lah tanya beberapa soalan dekat manager dia. Menurut mereka, ikan patin di restoran ini dibawa jauh dari Temerloh setiap minggu. Maksudnya, Ikan Patin yang korang nikmat di Restoran Temerloh Catering ni memang FRESH! Dan, jangan risau, masakan di kedai ni semua di masak segar setiap hari. Tak dan nak recycle sebab setiap hari sampai 8 periuk habis di makan oleh para pengunjung. Memang fast selling la orang cakap, terutama di branch mereka di Shah Alam. Orang yang berada di luar Shah Alam, jangan risau. Branch Restoran Temerloh Catering ini juga berada di lokasi lain seperti Bandar Baru Bangi (landmark: sebelah bank islam) dan Wangsa Maju (landmark: belakang wangsa walk mall). So semalam, Jiha pergi branch Wangsa Maju. Branch ni baru di buka dan sememangnya menantikan kehadiran penduduk Wangsa Maju untuk membanjiri dan mengenyangkan perut anda dengan ikan patin masak tempoyak.



Sneak peak sikit gambar 1 periuk besar ikan patin masak tempoyak. Fuh. Bau dia, memang mengancam. Masa Jiha sampai, staff mereka dah siap hidangkan set penuh atas meja. Memang mengundang betul. Dengan perut memang tengah lapar apa semua, nampak pula ikan patin, terus rasa nak terkam! Kalau korang datang time lunch hour, semua masakan especially ikan kerai. Panas-panas di goreng lepas tu makan pula dengan nasi panas. Allahu. Mak mertua lalu pun tak tengok dah kiri kanan ni. Bukan itu je, perut kosong Jihajuga di hidangkan dengan 1 mangkuk ikan patin masak tempoyak, ulam-ulaman, sambal tempoyak dan sambal belacan. Paling best, nasi pula panas-panas. Halamak. Jiha memang tak sembang banyak la, baca Bismillah, terus terkam.


Ikan patin masak tempoyak yang pekat. Cukup rasa. Paling penting, ikan patin yang disajikan langsung tak berderai macam sesetengah ikan patin yang di masak di kebanyakan kedai. Ikan dia sangat fresh & paling best, tak ada rasa tanah. Kombinasi ikan & kuah memang tak memuakkan. Terasa lemak, manis, masin, dan masam dia dalam 1 bekas. Ini first time Jiha makan yang original punya. Selalu makan yang Gred AAA or Copy Ori. Hahaha. 

Selain daripada tu, Jiha juga di sajikan dengan minuman special mereka. ABC special. Siap ada ice cream tau! Dengan isi-isi dia yang berwarna warni, menjadikan ABC special ni memang special! hahaha. 


Nampak tak  macam mana special ABC dia sampai Jiha rasa sayang nak kacau. Nak minum pun macam sayang sangat! 1 bekas ni cuma RM5.50 sahaja. Tapi seriously, kenyang and sangat sangat cukup! Jiha tak mampu nak habiskan air ni semalam sebab banyak. Tapi rasa dia just nice. Tak terlalu manis. Rasa lemak-lemak sikit sebab dia dah mix dengan ice-cream. 


Selain daripada masak tempoyak, mereka juga ada asam pedas dan masak lemak. Tapi yang paling laku sudah semestinya ikan patin masak tempoyak la. Kan itu signature mereka. Rasanya sesiapa yang mengunjungi restoran ni mesti nak menikmati ikan patin masak tempoyak ori dari Temerloh kan? 

Lepas dah habis makan tu, staff Restoran Temerloh Catering Wangsa Maju bagi pulak kami rasa signature pencuci mulut mereka. Katanya ini hidangan wajib kalau ada pesta keraian di dalam istana. Nama pencuci mulut ni adalah Puding Raja. Puding ni di perbuat daripada pisang lemak yang di goreng, kemudian jalur emas (telur itik), dry berries dan prune. Puding ni mesti di makan dengan sos dia. Cream sos. Di buat daripada susu cair, tepung jagung dan esen vanilla. Simple je kan? Tapi bila dah campur dua ni, Fuh! Rasa lemak manis dia memang best! Rasa lemak tu dari susu cair tu, manakala rasa manis tu dari pisang, berries dan prune. Kombinasi yang mantap! Jiha dah kenyang semalam tapi sebab nak merasa juga, terus makan dengan seleranya. Memang recommended! 1 bekas hanya RM8. Boleh share la sebab banyak.



Selain dari puding raja, mereka juga sediakan beberapa pencuci mulut lain seperti tapai, puding susu, bubur pulut hitam, bubur kacang hijau dan bubur jagung. So korang boleh je order kalau nak makan selain dari puding raja ni. Hanya RM2 semangkuk. 



Ok now, Jiha nak senaraikan harga untuk hidangan signature. Korang boleh refer list di bawah ni untuk buat calculation kalau nak ajak 1 kampung ke Restoran Temerloh Catering Wangsa Maju. Rasanya harga untuk semua branch sama kot? Kalau tak sure boleh je tanya dorang dulu sebelum datang. 

Ikan patin buah - RM29
Ikan patin sangkar - RM12
Ikan patin mas - RM22
Ikan baung - RM18
Ikan kerai - RM12 / 100gm
Ikan jelawat - RM12 / 100gm

Mereka juga akan buka untuk tempahan sepanjang bulan Ramadhan bermula jam 3 petang sampai 8 malam. So kalau nak singgah korang just walk-in atau bagi mengelakkan korang tak ada seat masa nak berbuka puasa, Jiha suggest korang call mereka untuk tempah seat. Siap boleh bagi tau nak makan ikan apa. Nanti mereka akan gorengkan yang fresh dari kuali untuk korang. Memang best! Macam mana nak hubungi mereka ni? Ok Jiha akan senaraikan langkah mudah untuk korang hubungi mereka.



Restoran Temerloh Catering:-

Wangsa Maju: Dibuka setiap hari kecuali Jumaat (10 pagi sehingga 8 malam)
                        35-G, Kedai D'Wangsa, 
                        Jalan Wangsa Delima 12, 
                        Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur
                        03-4141 5044

Bangi: Dibuka setiap hari kecuali Jumaat (10 pagi sehingga 8 malam)
            4 & 6, Jalan 8 / 36, Seksyen 8, 
            Bandar Baru Bangi, Bandar, Selangor
            010-206 9590

Shah Alam: Dibuka setiap hari (8.30 pagi sehingga 6 petang)
                    2, Jalan Pahat J 15/J, Seksyen 15, 
                   40000 Shah Alam, Selangor
                   03-5523 2972

Jangan lepaskan peluang menarik ini untuk korang rasai kenikmatan Ikan Patin Masak Tempoyak original dari Temerloh. Jangan cari tempat lain! Serbu Restoral Temerloh Catering di cawangan yang Jiha dah mention tu. Bawak la family dan rakan rakan untuk kenyang sampai pengsan lunch nanti ok? 


Restoran Temerloh Catering juga boleh dicapai di laman sosial mereka iaitu:

Restoran Temerloh Catering Wangsa Maju: Restoran Temerloh Wangsa Walk, KL
Restoran Temerloh Catering Bangi: Restoran Temerloh Catering, Bangi




Ramadhan kian hampir. Juadah berbuka puasa sudah semestinya memainkan peranan yang penting kepada kita semua setelah penat seharian berpuasa. Bayangkan waktu berbuka puasa anda di hidangkan dengan 100 aneka makanan dari seluruh Malaysia. Dengan keenakan dan sentuhan unik daripada chef yang terbaik, waktu berbuka puasa sudah semestinya menjadi sesuatu yang sentiasa anda nantikan. 


Ayuh! Jiha nak ajak anda semua menjejakkan kaki ke The Eatery Four Points by Sheraton Puchong. Sebuah hotel yang sangat selesa yang terletak di kawasan urban dan strategik untuk anda lawati. Dengan tenaga kerja yang berpengalaman dan ramah, pasti akan membuatkan penginapan atau persinggahan anda menjadi lebih bermakna.



Apa yang menarik di The Eatery Four Points by Sheraton Puchong ni? Aha! Mereka pun ada hidangan yang menjadi highlight untuk tetamu cuba. Bak kata Chef, it's now or never. Haaa sampai macam tu sekali chef promote. Antara hidangan 'signature' di Aneka Selera, The Eatery Four Points by Sheraton Puchong adalah daging masak kicap, ikan patin masak tempoyak, kambing masak merah, sate dan nasi beriyani. 









Antara yang sempat Jiha jamah semalam adalah ikan siakap steam, udang masak sambal petai, telur ikan goreng, sotong goreng tepung, sup ekor, bubur lambuk, dan ketam goreng. Tapi dalam banyak-banyak yang Jiha ambil tu, Jiha paling suka udang masak sambal petai. Rasa dia memang BEST. Rasa manis, masam, masin dia memang terasa. Jiha siap tambah 2 kali *heheheh*. Ikan kerapu steam pun sangat sedap. Lembut je bila masuk dalam mulut. 2 hidangan ni semalam buat Jiha rasa nak datang The Eatery Four Points by Sheraton setiap kali berbuka. 



Selain daripada itu, untuk membangkitkan lagi perasaan teruja menunggu lebaran, The Eatery membawakan dekorasi menari bertemakan suasana kampung yang akan mengembalikan nostalgia berbuka puasa bersama keluarga. Turut menarik perhatian adalah aneka makanan dari pelbagai bangsa antaranya adalah Gado-Gado, Nasi Kerabu, Lemang, Serunding Daging, dan ulam-ulaman. 






Bukan itu sahaja, *wow, memang banyak betul makanan di The Eatery ni* sebanyak 14 jenis pencuci mulut dan kuih muih bakal membuat anda terduduk kekenyangan apabila berbuka puasa di nanti.Antara yang bakal disajikan adalah bubur kacang hijau, bubur pulut hitam, pengat pisang, sagu gula melaka dn dodol. WOW! Dengar je pun dah terliur. Jiha dah rasa dah sagu gula melaka dan kek coklat mereka. SEDAP! Kek coklat yang dihidangkan langsung tak memuakkan. Bahkan mereka menggunakan kualiti coklat yang sangat baik sehinggakan Jiha rasa macam nak bawa balik 1 bekas *hehe*





Lepas dah kekenyangan berbuka puasa, korang boleh duduk santai di Lobby Lounge sambil menikmati live band yang mendendangkan pelbagai lagu menarik sambil minum coffee ataupun tea. Memang santai untuk berbuka puasa bersama rakan-rakan mahupun keluarga

Aneka Selera @ The Eatery Four Points by Sheraton Puchong akan mula beroperasi pada 10 June sehingga 3 Julai 2016 pada kadar harga yang menarik untuk early bird iaitu RM90. Manakala RM120 untuk harga biasa bagi dewasa dan RM60 untuk kanak-kanak. 

Kunjungi The Eatery hari ini untuk mendapatkan harga early birds yang hanya sah sehingga 6 Jun 2016 atau anda boleh hantarkan tempahan meja anda melalui email kepada eatery.puchong@fourpoints.com atau anda juga boleh menghubungi mereka secara terus di talian 03-58918888

Mempunyai rumah yang lengkap adalah impian kepada semua orang. Terutama untuk mereka yang bakal membina keluarga tidak lama lagi. Namun disebabkan faktor ekonomi negara yang tidak memberangsangkan, ramai pemuda dan pemudi pada zaman ini mempunyai beberapa kesukaran terutamanya didalam menyediakan kewangan yang cukup bagi membeli rumah impian mereka. Bukan itu sahaja, mereka juga terpaksa menghadkan serta membahagikan keinginan untuk memiliki rumah dan mengerjakan umrah. 

Usah gusar! Kerana IJM Land dengan kerjasama dari Andalusia Travel & Tours telah menyediakan kemudahan untuk anda. Mengapa perlu memilih jika anda mampu mendapatkan kedua duanya sekali? Dengan kempen terbaru dari IJM Land, anda mampu memiliki rumah dan menunaikan umrah dengan 1 bayaran sahaja! Menarik bukan? 


Bermula dari hari ini sehingga 31 Julai, bumiputera yang membeli rumah di bawah projek IJM Land Seremban 2, Seremban 2 Heights & Seri Binjai@Rahang berpeluang untuk menikmati promosi Beli Rumah, Jom Umrah ini. Bukan itu sahaja, pembeli juga berpeluang untuk menikmati pelbagai faedah menarik antaranya adalah:
  1. Bayaran muka atau pendahuluan yang rendah
  2. Kadar interest serendah 0% dengan plan sehingga 36 bulan menggunakan kad kredit
  3. Pengecualian yuran kelab S2 selama 2 tahun
  4. Subsidi yuran dokumentasi undang-undang
Memang menarik bagi mereka yang baru ingin memulakan hidup. Kesemua rumah didalam kawasan pembangunan IJM Land Seremban 2 adalah unit yang sedia untuk anda pindah masuk yang bermula pada harga serendah RM488,110 untuk rumah teres dua tingkat dan RM925,110 untuk rumah berkembar. Selain daripada itu, kawasan seluas 3,800 ekar yang mampu memuatkan sehingga 13,000 unit kediaman bakal memberikan anda suasana yang berlainan daripada kotaraya Kuala Lumpur dan disertakan dengan beberapa kemudahan yang berhampiran seperti Masjid Hussain, Hill Park, Aeon Seremban 2 dan lain lain lagi. Lokasi ini amat sesuai untuk dijadikan kediaman membina keluarga yang bahagia. 

Antara jenis hartanah yang di jual di bawah kempen Beli Rumah Jom Umrah ini adalah:

  1. Rumah Teres 2 Tingkat bekeluasan 20' x 70' yang berharga RM488,110
  2. Rumah Teres berkeluasan 22' x 70' yang berharga RM588,401
  3. Rumah Teres berkeluasan 24' x 80' (super linked home) yang bermula dengan harga RM661,010
  4. Rumah berkembar 2 tingkat yang bermula dengan berharga RM925,110.








Setiap pembeli yang membeli dengan IJM Land bagi projek Seremban 2 akan ditawarkan dengan pakej umrah selama 12 hari bagi 2 orang yang bernilai sehingga RM22,000. Pakej yang ditawarkan ini adalah termasuk dengan penginapan mewah di Hilton Tower Mekah untuk 6 malam dan hotel Mawaddah al Waha  di Madinah selama 4 malam. Bukan itu sahaja, pakej ini juga merangkumi visa, tiket kapal terbang, pengurusan dari awal sehingga akhir perjalanan anda menunaikan umrah, pengangkutan dan makanan anda selama 12 hari anda mengerjakan umrah. Selain daripada itu, jika pembeli masih belum bersedia untuk mengerjakan umrah, mereka boleh menghadiahkan pakej tersebut kepada insan yang tersayang. 


Jangan lepaskan peluang ini untuk medapatkan unit idaman anda di Seremban 2. Usah gusar jika anda bekerja di Kuala Lumpur tetapi mahu membeli rumah di Seremban 2 kerana lokasi Seremban 2 amat strategik dan berdekatan dengan lebuhraya yang menghubungkan anda ke kotaraya. Dengan jarak hanya 30 minit menggunakan lebuhraya PLUS melalui susur keluar plaza tol Ainsdale, anda mampu sampai ke destinasi kerja anda pada masa yang ditetapkan. 

Untuk lebih banyak info, jangan lupa singgah ke showroom Seremban2:

P.T 10786, Seremban 2,
70300 Seremban, 
Negeri Sembilan Darul Khusus, 
Malaysia

Anda juga boleh layari website mereka iaitu Seremban2 by IJM Land atau hubungi mereka di secara langsung di 1800 222 456. 

Ayuh! Beli Rumah, Jom Umrah bersama IJM Land dan Andalusia Travel & Tours