SCHAWALARA X JAKEL

Scha Al Yahya, Awal Ashaari & Lara Alana. 1 keluarga yang sememangnya menjadi ikon di Malaysia. Keletah comel Lara Alana yang sentiasa mencuit hati di laman Instagram sememangnya berjaya menarik perhatian jutaan pengikutnya. 



Baru baru ini, Scha & Awal, dengan kerjasama dari Jakel telah menghasilkan koleksi pakaian siap yang terbaru bagi musim  perayaan dengan pelbagai design dan warna yang sangat menarik. Dengan kepakaran kain daripada pihak Jakel, kita sedia maklum bahawa produk yang di hasilkan untuk koleksi #SCHAWALARAXJAKEL sudah semestinya dihasilkan daripada kualiti kain yang terbaik. 



Koleksi raya #SCHAWALARAXJAKEL didatangkan dalam 3 versi iaitu Awal Ashaari X Jakel, Scha Al Yahya X Jakel & Lara Alana X Jakel. Apa yang paling menarik adalah ketiga-tiga koleksi ini diambil dari himpunan warna yang hampir sama. Ia memudahkan keluarga untuk memilih busana Aidilfitri supaya nampak sedondon. 


Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Feroz Mohamed Jakel , setiap design yang dihasilkan berdasarkan kehendak dan kriteria dari pasangan Awal & Scha dan yang paling istimewa, setiap design yang dihasilkan adalah didalam kuantiti yang amat terhad. Hanya 100 helai sahaja bagi setiap warna yang akan dikeluarkan di seluruh Malaysia. Ini adalah untuk menjamin keunikan & ekslusiviti si pemakai. 



#SCHAWALARAXJAKEL akan mula berada di pasaran pada 4 June 2016 di seluruh Malaysia. Harga bagi set baju melayu adalah serendah RM199 dan didatangkan khas bersama sampin & butang baju melayu. Selain daripada itu, koleksi pakaian siap Awal Ashaari X Jakel juga hadir didalam bentuk jubah yang diperbuat daripada Egyptian Cotton yang terkenal dengan kualiti tinggi, mudah digosok & tidak mudah berkedut. Amat sesuai dengan keadana iklim di Malaysia. Bagi koleksi Jubah AA, harga yang ditawarkan adalah serendah RM189 sahaja. Memang berbaloi kalau beli awal sebab nanti para jejaka boleh menggunakannya untuk ke tarrawih di masjid.



Manakala baju Scha Al Yahya X Jakel yang di keluarkan didatangkan dalam koleksi baju kurung & jubah  yang menggunakan fabrik kapas sulam, chiffon, lace dan banyak lagi. Baju-baju ini ditawarkan dengan harga yang berbza bergantung kepada rekaan. Pun begitu, koleksi Scha Al Yahya X Jakel adalah koleksi mampu milik untuk semua lapisan masyarakat. 






Sementara untuk koleksi Lara Alana X Jakel pula, ia didatangkan dalam 10 design menarik menggunakan jenis fabrik yang lembut dan bersesuaian dengan kulit kanak-kanak. Koleksi Lara Alana X Jakel sesuai dipakai untuk si cilik sedari usia 1 tahun sehingga 12 tahun. Baju Lara Alana X Jakel yang di hiasi beads & lace akan menceriakan lagi watak keanak-anakaan mereka. 



Jangan lepaskan peluang ini untuk mendapatkan koleksi terhad #SCHAWALARAXJAKEL bermula 4 june 2016 di Jakel berdekatan anda. Tampil ekslusif dan menarik di pagi raya anda. Ingat Ready Made, Ingat Jakel. 

2 comments:

  1. Cantiknya..kami suka sedondon baju raya gak hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh la beli yang macam scha and awal pakai tu. nice betul warna tu. anak anak pakai macam lara alana pakai hehehe. ada banyak lagi warna lain tp kena pergi Jakel la tengok. lagi real

      Delete