Aidilfitri 2016 Bersama Rina Salleh Collection



Lebaran bakal menjelang & sudah semestinya ramai wanita sudah mula memikirkan busana menarik yang bakal diperagakan di pagi lebaran tahun ini. 



Rina Salleh Clothing, sebuah jenama yang sentiasa mendapat tempat didalam hati para wanita di Malaysia telah melancarkan koleksi terbaru bersempena Aidilfitri yang bakal menjelang. Majlis ini telah diadakan di White Box, Publika Solaris Damansara hari ini dengan kehadiran dari beberapa selebriti ternama seperti Norish Karman & Marissa. Turut hadir adalah barisan media dan juga bloggers tempatan. 





RSC adalah sebuah jenama yang sentiasa memberikan keutamaan didalam keselesaan dan aspek penjagaan aurat kepada para muslimah. Di atas perminataan yang tinggi, RSC telah menghasilkan beberapa koleksi hasil daripada gabungan idea luar dan dalam negara yang telah disesuaikan dengan fesyen wanita muslimah di Malaysia serta keselesaan kepada para ibu yang mempunyai anak kecil dengan keunikan breast feeding accesibility. 

Dengan mengenakan tema Beat of  La Donna iaitu kontemporari dan sentuhan klasik & unik, koleksi terbaru dari RSC telah diinspirasikan dari watak pelakon popular, Audrey Hepburn. Jika anda tak kenal siapa wanita menarik itu, mungkin gambar ini membantu :)


Setiap rekaan didalam koleksi Beat of La Donna telah digayakan menggunakan warna rustic untuk membangkitkan mood klasik. Pun begitu, RSC masih mengekalkan identiti yang ringkas namun begitu ekslusif untuk digayakan bagi sebarang majlis dan lokasi. Menarik bukan? 

Jiha tak nak hanya membayangkan tanpa melihat antara koleksi menarik yang telah di hasilkan oleh RSC. Selamat menjamu selera :P









Kini, RSC bukan hanya boleh didapati melalui online. Jika anda seorang yang sentiasa mahukan kepuasan maksima didalam setiap pembelian anda, RSC mempunyai  cawangan fizikal yang boleh anda kunjungi, antaranya adalah:

  1. Seksyen 7, Shah Alam
  2. Bandar Baru Uda, Johor Bahru
  3. Bangi Sentral, Bandar Baru Bangi
  4. Gio Mall Kuantan, Pahang


Jangan lupa dapatkan koleksi Beat of La Donna anda yang telah mula dijual di serata Malaysia. Gayakan pagi Aidilfitri anda bersama Rina Salleh Clothing. 


Anda juga boleh ikuti mereka di :-
Instagram: rinasallehclothing 
Facebook: Rina Salleh Clothing 

1 comment: