Kalau semalam Jiha dah perkenalkan dekat korang mengenai Travelbook yang sedang hangat diperkatakan especially oleh rakyat Filipina sebagai salah 1 aplikasi talian yang sangat mudah untuk menempah penginapan pada harga yang WOW! Hari ni Jiha nak share mengenai contest yang mereka lancarkan baru-baru ni dan ya, jangan bersedih hati semua. Mereka dah ada pemenang dah pun. So hari ni Jiha nak sharekan dengan korang mengenai contest yang telah dijalankan dan apa yang pemenang Travelbook berjaya dapat. Korang confirm gigit jari weh! 

Sebenarnya, Travelbook telah adakan promosi baru-baru ni yang mana, pemenang bertuah akan ditaja SEPENUHNYA untuk melancong ke Jepun! FUH! Siapa tak nak melancong ke Jepun kan? Negara matahari terbit yang sememangnya sangat popular dikalangan masyarakat dari seluruh dunia. Tak percaya? Ok takpe, meh Jiha kongsikan dengan korang details promo yang telah dijalankan oleh Travelbook

Nampak tak? Tiket penerbangan secara PERCUMA untuk 2 orang. Pakej penginapan secara PERCUMA untuk 2 orang. Dan paling penting, Travelbook bagi duit poket untuk shopping!!!! Alaaaaaa...kenapa bukan Jiha yang menang!!!! Siapa nak bagi semua ni? Siap dapat duit belanja. Selalu korang holiday, duit belanja sendiri tanggung kan? Kali ni korang holiday for FREE! Tinggal bawak baju je. Lain semua dah disediakan. See, betul kan Jiha cakap. Jiha pun menaip ni sambil patah hati tau! huuuuuu.

Dan pemenang yang bertuah tu adalah Erwin Sarmiento dari Quezon. Hm, agak-agak dia nak tukar tak seat dia dengan Jiha. Teringinnya nak jelajah Jepunnnnn. 


Promo yang diberi nama The Konnichi-WOW adalah cabutan bertuah yang telah diadakan pada April 11, 2017 lalu bersempena dengan sambutan ulang tahun keempat syarikat berkenaan telah mendapat pengawasan oleh Jabatan Perancangan Perdagangan dan Industri Rhoda Sevillino & Pegawai Strategi Pemasaran Travelbook, Mary Angeli Pasquin. 

Dengar kata 2 lagi pemenang promo ni akan diumumkan pada bulan may & jun nanti. Maksudnya akan ada lagi la kan peluang untuk Jiha menang? Mungkinkah rezeki anak akan menyebelahi Jiha? JengJengJengggg.

Untuk korang yang berminat, korang masih boleh menyertai cabutan-cabutan seterusnya dengan hanya melakukan tempahan penginapan melalui laman web TravelBook atau aplikasi mudah alih TravelBook yang ada dalam Android dan iOS. 

So? Tunggu apa lagi? Lekas!! Korang nak jejakkan kaki ke Jepun dengan keseluruhan kos perjalanan dan penginapan di tanggung oleh Travelbook? Kalau nak, cepat serbu Travelbook SEKARANG! Mana tahu rezeki korang spam Instagram dengan selfie indah di Jepun? 

Good Luck!!
Assalamualaikum semua!

Dah beberapa hari Jiha tak update blog sebab kekangan masa. So malam ni Jiha nak share dengan korang macam mana nak berjimat ketika bercuti. Travellers WAJIB baca & tahu pasal ni. 

Ok, berapa ramai antara yang sedang membaca ni kalau travel lebih suka book hotel sendiri? Ye la tak dinafikan, sekarang ni dah banyak agensi pelancongan yang menyediakan perkhidmatan untuk melancong dengan pakej harga termasuk on ground. Tapi tak dinafikan juga, ramai yang lebih suka travel tanpa sokongan pakej pelancongan. Sebab apa? Sebab tak terikat dengan jadual yang disediakan. Tapi kadang tu tiket flight dah murah dah, sekali kos penginapan pulak mencanak naik. Especially kalau musim cuti sekolah atau cuti umum. Runsing kan? Tapi jangan risau. Travelbook kan ada? 

Eh apa pulak Travelbook ni? First time dengar ni. 



Haaaaa. Kawan-kawan, dikala kerunsingan sebab harga bilik idaman untuk memori percutian indah korang berada pada harga paling tak masuk akal, Travelbook datang menyelamatkan. Travelbook menawarkan tempahan hotel nilai yang besar dan dengan pelbagai pilihan hotel & resort di Baguio, Batangas, Bohol, Boracay, Cebu, Davao, Laguna, Metro Manila, Palawan, Pampanga, Tagaytay, Zambales, dan banyak lagi. WOW! Menarik bukan? Haaaa, bukan itu je tau! TravelBook juga menawarkan jaminan harga terbaik dengan diskaun menarik bagi hotel dan resort, dan pelbagai jenis pilihan pembayaran tanpa kad kredit. Kalau korang nak tau, setakat ni dah ada lebih dari 3,200 hotel yang bekerjasama dengan Travelbook! Fuh! Banyak pilihan hotel untuk korang teroka. 




Travelbook juga menawarkan mata ganjaran eksklusif yang mana pengunjung; secara automatik, akan mendapatkan kembali 5% point daripada jumlah yang telah korang belanjakan di Travelbook. Point tu korang boleh gunakan sebagai diskaun untuk next purchase. Menarik bukan? Sambil membeli sambil kumpul point untuk stay for FREE di masa akan datang. 

Korang juga boleh menggunakan aplikasi mudah alih TravelBook untuk menempah penginapan di mana sahaja dan ia boleh didapati di App Store dan Google Play. Mudah sangat. Semua di hujung jari now. Tak perlu nak book bilik guna laptop. 

Jangan tunggu lagi! Layari Travelbook SEKARANG atau DOWNLOAD aplikasi mudah alih Travelbook di App Store / Google Play. 


Assalamualaikum Semua! 

Ok untuk entry kali ni tak akan panjang berjela. Why? Sebab Jiha cuma nak share dengan korang pasal 1 online vendor ni yang menjual rompers baby. HAAA mak-mak sangat kan sekarang asyik belek online seller yang jual barang baby je. Tapi Jiha perasan, apa sahaja yang berkaitan dengan baby, mesti mahal. Kan? baik bajunya, botolnya, susunya, makanannya. Semua mahal ok! Baju orang dewasa pun tak lah mahal macam ni (ok, bohong. zzz). Selalu kalau usha-usha online seller yang jual rompers, mestiiii semua RM35 keatas. Especially yang jenis customized tu. Ala mak modern zaman ni, baju anak tu kalau boleh nak design ikut suka dia. Nak bubuh nama lah, cartoon favorite yang anak dia suka la. Eh tak kurang juga yang nak bubuh muka anak la. Kononnya nanti boleh ah OOTD (outfit of the day). 

So hari ni, Jiha nak share kan dengan korang 1 online seller ni yang jual rompers bawah RM30! Hanya RM25 gais! Customized punya. 


Taraaaa!!! Ha semenjak dah menjengah ke alam ibu-ibu ni, bohong lah kalau Jiha tak terfikir nak belikan anak baju yang ada nama dia and all. Of course ada. So Jiha jumpa 1 online seller ni di Instagram, @littlerocketmy . Ok, kenapa Jiha suka kualiti dan kerja mereka? benda pertama Jiha akan consider bila beli baju anak ni, of course la keselesaan untuk anak. Takkan lah nak bagi anak korang pakai baju yang panas & gatal-gatal. Nanti kalau dorang grumpy, korang juga yang susah kan? Demi anak, kalau baju tu dari sutera syurga pun beli uolss! Kualiti kain rompers yang digunakan oleh @littlerocketmy ni memang best. Sejuk je. Sebab cotton kan. Jiha sendiri kalau boleh pakai pun memang takkan menyesal beli. 


Ok. Zoom in sikit. walaupun tak berapa nak nampak sangat. Atas baju yang anak Jiha pakai ni dia print je. Tapi kualiti print dia tak nampak murah. Kan ada sesetengah tu kalau print, kita tengok pun tau kualiti tah apa-apa. Tak padan dengan harga pun. Tapi untuk yang ni, memang ok. Jiha suka. And Jiha ada request dari dorang untuk print design Manchester United. Lepas tu tanya la kot kena add few amount ke apa kan? Dorang cakap, tak payah. Harga sama (sujud syukur). Hahahaha. 


Paling best, warna design yang dicetak atas baju tu, tak pudar. Memang warna yang cantik. Seriously Jiha suka sangat. Korang kalau pegang baju tu pun korang akan suka tau. 


So, bila anak suka & selesa pakai ni, maknya mula la gatal tangan nak membeli lagi dekat @littlerocketmy ni ha. Bahaya kan? Murah gais. Tempat lain Jiha dah survey. RM35 baju je. Printing lain harga. Kalau banyak songeh + another harga. Memang tak best tau. @littlerocketmy ni dah lah cepat. Lebih kurang 3 hari baju dah boleh siap. And nasib baik kami stay dekat, so boleh lah COD. Jimat kos postage :P . Size yang available bermula dari 3 bulan -> 24 bulan. Yang mana baru nak ada anak / memang dah ada anak, masih belum terlambat nak belikan rompers. Eh lengan panjang also ada! Request je. Dorang boleh sediakan. 

Alamak, tadi dah janji tak nak bebel panjang. Sekali terpanjang pulak. Pokoknya Jiha nak cakap, korang takkan menyesal beli dengan @littlerocketmy . Sungguh. Jiha pun tunggu gaji untuk next rompers anak. Sekali lagi, korang boleh kunjungi @littlerocketmy ok? Owner dia pun tak lokek nak suggest korang itu ini. Just, message je dorang. 

Selamat Membeli Belah!



Assalamualaikum! Hai Semua. Alhamdulillah, post Jiha semalam pasal pengalaman bersalin di Hospital Az-Zahrah mendapat sambutan ramai pembaca. Sama juga dengan post pengalaman Jiha berpantang dengan Shaklee. Fuh! berpeluh tengok view rate naik mendadak. hehe. Terima kasih kepada yang sudi berkunjung ke blog Jiha yang tak seberapa ni. Hihu. 




Ok, dalam entry kali ni, Jiha nak kongsikan dengan korang macam mana jiha manipulate minda Jiha seawal kehamilan supaya lebih tenang menjelang hari bersalin. Actually tips ni sangat mudah & Jiha dah pernah kongsikan sebelum ni dalam page Facebook Kelab Ibu Mengandung. Tapi hari ni Jiha akan kongsikan lagi sekali untuk tatapan anda yang mungkin belum pernah baca post tu. 




Sebenarnya, perasaan dan tingkah laku kita adalah result daripada apa yang kita fikirkan. Misalkata kita nak jadi postif dan kita sentiasa fikir "aku nak jadi positif"; dah tentu kita akan berkelakuan positif. Sama juga bila lapar nak makan apa. Selalunya dari jauh kita dah fikir "oh hari ni aku nak makan pizzza" contohnya, of course korang akan cari kedai pizza, bukan kedai tomyam. Betulkan? Jadi, apa yang kita fikirkan, adalah signal untuk kelakuan dan perasaan kita. Ingat, apa sahaja bermula dari fikiran. Kita yang control fikiran kita, bukan jiran sebelah rumah. Sama juga situasinya di sini yang mana otak kita perlu menghantar signal kepada hati supaya ia bertindak sejajar dengan apa yang kita fikirkan. So, Jiha hanya ada 5 langkah yang Jiha selalu guna & amalkan. Apa kesan dia? Jiha akan cerita dekat bawah nanti. 

Langkah 1: Setiap malam WAJIB bersembang dengan anak dalam perut. Dia sebenarnya dah dengar kita & rasa sentuhan kita. Berikan dia lebih pendekatan dengan sentuhan. 

Langkah 2: Selalu cakap dengan dia, "Sayang, ibu harap awak sihat-sihat je dalam tu. Kita jumpa week 38 nanti ok?"

Langkah 3: Pesan dekat dia, "Sayang, ibu harap, sebelum dan selepas kelahiran awak nanti, tak akan banyak masalah berlaku. Awak akan lahir secara normal. Semua akan berjalan dengan baik. InsyaAllah"

Langkah 4: Pesan dekat dia, "Sayang, kita jangan lama-lama dalam labour room tau? Ayah mesti tak sabar nak jumpa kita. Kita buat cepat-cepat then kita keluar ok?"

Langkah 5: Pesan dekat diri sendiri, "by the time anak aku lahir, susu badan aku akan cukup banyak untuk keperluan dia. InsyaAllah"

Siap! Kan Jiha cakap tadi, ada 5 langkah je. Dan result dia apa?

- Alhamdulillah, anak Jiha tak banyak masalah sepanjang pregnancy. Week 30 dia dah duduk dalam keadaan bersedia untuk keluar
- Jiha bersalin betul betul dalam week 38 tanpa ada masalah tumpah darah atau perkara lain. 
- Jiha duduk dalam labour room kurang dari 3 jam. Siap boleh tidur lena lagi sejam sementara tunggu bukaan cecah 8cm :")
- Anak Jiha lahir secara normal dengan 3 kali push, Alhamdulillah. 
- Susu badan jiha keluar sebaik sahaja anak lekapkan mulut dia di badan Jiha. 

See? Mudah kan nak menangi & kawal keadaan dengan mengawal minda? Sedari awal kehamilan, 5 perkara ni Jiha selalu cakap dekat diri sendiri & anak, selalu motivate anak dari dalam perut dan of course diri Jiha sendiri dan result dia, Jiha dapat SEMUA yang Jiha nak. Motivasi ni seolah doa. Allah mendengar doa Jiha dan di makbulkan kesemua. Maka lahirlah si gendut ni ke muka bumi tanpa sebarang masalah. Alhamdulillah. 1 perjalanan yang sungguh nikmat. Badan dia yang panas keluar dari badan seorang ibu yang berhempas pulas separuh nyawa. Tangisan dia, Allahu, sungguh membuatkan jiwa ni tak menyesal menghadap 1 bulan penuh seksa kerana morning sickness. Dan benarlah, nikmat Allah yang mana lagi Jiha mahu dustakan?



Jadi mommies di luar sana, mulai hari ni berhenti fikir "kalau apa-apa jadi dekat aku nanti macam mana?". Please!! Kita kena motivate diri kearah positif. Jiha selalu pesan ke kawan-kawan, please, enjoy pregnancy ni. Nanti korang akan rindu anak tu masa dia dalam perut. Kalau awak sentiasa fikir anything will happen masa bersalin nanti, ia akan jadi seperti yang awak fikirkan. Sakit yang awak fikirkan, maka sakit yang tak terhingga lah yang awak dapat. Susah melahirkan yang awak takutkan, maka susah lah nanti anak tu nak keluar dengan lancar. Ibu-ibu, anak kita sedari dalam kandungan hanya bergantung pada kita sebagai pelindung. Lindungilah jiwa dia dengan menyemai aura yang baik. So nanti bila dia keluar, dia akan menjadi seperti yang jiwa ibunya mahukan. Ingat, anak-anak ni kain putih, sebenarnya dari dalam perut kita dah kena didik dia dengan berkomunikasi. Jadi, sentiasa berkomunikasi dengan bayi anda, ok?




Ok lah, rasanya tu je kot yang Jiha nak kongsikan dengan korang malam ni. Semoga perkongsian ini bermanfaat. InsyaAllah. Jiha doakan semoga ibu-ibu yang bakal melahirkan dipermudahkan urusannya.Ingat, jangan sulitkan keadaan dengan minda yang kotor. Bersihkan minda dengan motivasi yang positif. All the best!
Kalau dalam entry jiha semalam; Pengalaman Berpantang bersama Shaklee , Jiha dah ceritakan produk apa yang Jiha gunakan sepanjang proses healing selepas bersalin and Jiha ada mention pasal Hospital Islam Az-Zahrah. So dalam entry kali ni, Jiha nak share dengan korang pengalaman Jiha bersalinkan anak sulung Jiha, Muhammad Fa'eq di Hospital Islam Az-Zahrah. Mommies yang memang bernawaitu nak bersalin di private hospital area Bangi, please read this ok?



So basically, Jiha ada last appointment dengan Doktor Noraini, I should say dia paling senior dan famous di hospital ni. So macam biasa lah, masa appointment doktor akan tanya ada apa apa masalah ke dan sebagainya. So as usual, Jiha ceritakan dekat dia apa yang berlaku jumaat lepas and all. Baby mengeras sepanjang hari. Lepas tu the next day tu jiha sakit perut macam sengugut tapi really mild and bearable. So, lepas dia dah dengar semua tu, as usual dia nak scan dulu nak tengok keadaan baby. Since dalam perut Muhammad Fa'eq memang anak yang baik. Dari week 30 dia dah dalam posisi kepala ke bawah and dah sedikit menurun. Menandakan dia dah ready nak jumpa mummy & papa dia. So masa scan dengan Doktor Noraini pada 21 February 2017, doktor cakap baby memang dah dalam posisi untuk bersalin and everything dalam keadaan normal. Kemudian doktor cakap dia nak check laluan. Sebab Jiha ada bagi tahu dia pasal baby mengeras sepanjang hari and all. So dia nak 'seluk' untuk check laluan. Betapa softnya Doktor Noraini ni sampai kita rasa sangat selesa. Dia mulakan everything dengan Bismillah & selalu minta kita bertenang. Eventually, Jiha sangat bertenang tapi kejap je sebab lepas tu Doktor Noraini cakap laluan dah buka sebanyak 2cm (GULP). Dia bagi option sama ada nak terus check-in ward / nak balik dulu dan datang keesokan harinya. Oh untuk pengetahuan korang, system di hospital ni adalah 12am-12am. Makna kata, kalau nak masuk, baik masuk hari baru. Sebab dalam pakej cuma 2 hari 1 malam. So kalau masuk dah tengah hari / petang, kiranya korang rugi 1 hari. So kami husband and wife decide nak masuk the next day which, kami akan datang balik pukul 1 pagi nanti. 


Basically, macam ni lah keadaan bilik pesakit

So hari berjalan seperti biasa. Balik dari hospital, inform dekat parents both family akan admit malam ni and minta dorang ready and all. Husband pergi kerja sekejap and dia balik petang tu lepas asar sebab Jiha mintak teman beli air zam-zam and ubat sembelit. (P/S: mommy to be, please sediakan ubat sembelit sebelum masuk hospital sebab lepas bersalin CONFIRM akan sembelit). Hari berjalan seperti biasa sehinggalah jam 12.30 malam. kami bersiap nak ke hospital. Untuk mengelakkan kami kelaparan tengah malam so kami decide nak makan dulu dekat kedai belakang hospital. Usai makan, kami pun check-in. As usual, procedure dia check nama, timbang, and masuk bilik. OK di Az-Zahrah husband boleh menginap sama ya dalam bilik tu walaupun korang sharing tapi PLEASE make sure korang bawak tilam, selimut & bantal extra. Nurse datang pasang CTG untuk check if ada sebarang contraction. Masa tu masih tenang. Tak ada sebarang contraction sehingga subuh, nurse datang bawakan ubat untuk cuci usus & drip induce. Masih tenang keadaan sehingga jam menunjukkan angka 12.30 tengah hari. Masa tu contraction makin intense. Sampai mintak nurse check kan kalau jalan berganjak tak dari 2cm tadi. Malangnya, masih sama. Agak hampa. So Jiha tenangkan diri sekejap sambil berdoa lepas bangun at least berganjak ke 3cm. So lepas tu Doktor Noraini datang untuk check. Dia cakap dah 3cm dan dia akan pecahkan air ketuban. Apa rasa air ketuban pecan? Tak ada apa. Terasa macam kencing tapi hangat. Bermula saat tu, nak kencing pun kena masukkan tube kedalam. Makna kata, Jiha kencing atas katil je. Best dia nurse sana, waimah Jiha ni sat-sat kencing, dorang ni layankan je. Memang selesa sangat-sangat. Azan Zohor, contraction makin menggila. Rasa nak sepak je muka sesiapa yang bercakap. Tiba-tiba nurse masuk dan cakap,"puan ready ya. Labour room dah kosong. So kita akan tolak puan kejap lagi ya. Siap-siap amik Wudu' la kalau tak nak turun katil nanti". So Jiha bersedia untuk dibawa ke labour room. 

Dalam labour room, perkara pertama yang Jiha dengar adalah alunan suci Al-Quran yang mendayu-dayu. Bayangkan? Nak rasa marah sebab contraction bertukar kepada linangan air mata sambil merayu dekat suami, nak ubat tahan sakit (bukan epidural ok). Lepas nurse inject dekat buntut, 10 minit kemudian Jiha lena. Tak sedar apa dan bangun semula pada jam 3.15 petang. Masa tu perkara pertama Jiha nak buat adalah nak kentut (zzzzz) kemudia nurse cakap tunggu dulu. Dia nak check. Masa dia cakap laluan dah buka 8cm, Jiha terfikir, eh bila masa contraction? Tiba-tiba dah 8cm. WOW! Kemudian nurse tolong 'bukakan jalan' dengan 'mengorek' sedikit. So masa tu dah jadi 9cm. Tapi Jiha really nak berak. Beserta contraction, Jiha masa tu confuse nak berak / nak meneran. Kemudia nurse cakap "saya dah sediakan alas untuk puan berak ya. Puan berak dulu ok?". Masa tu Jiha memang meneran. Tak pasti bila masa keluar berak tapi nurse cakap "ok kita dah basuh ya najis puan". Dan tak lama lepas tu, memang terasa sangat-sangat nak meneran. Dan masa tu juga doktor masuk. Dia check, dah 10cm. Alhamdulillah. Perkara pertama dia buat adalah baca doa & pesan dekat Jiha, "Najihah, kita buat 3 kali teran je ya. Ikut cakap saya tau". Masa tu tak tau la boleh digest ke tak. Tapi Jiha memang nak meneran sangat-sangat. Dan bila semua dah bersedia, doktor dah amik posisi, Jiha mula meneran untuk setiap kali rasa contraction. Teran sehabis mungkin. Dan habis je meneran, seluruh badan menggeletar macam baru lepas kena renjatan letrik. Nurse dan doktor tak putus putus bacakan doa dan bagi semangat. Suami dekat sebelah bisik "awak boleh sayang. Sikit je lagi b". Contraction datang lagi. Jiha teran lagi, dan doktor kata kepala baby dah keluar. Hold kejap. Serious nak putus nyawa masa tu. Contraction datang lagi. Kali ni memang betul-betul kuat sebab bahu baby nak keluar kan. Then kali seterusnya teran, Jiha dah dengar baby menangis and panas atas badan jiha. Jiha usap baby dan sebelum baby masuk ke nursery, dia datang sebelah bawakkan baby untuk kenal pasti jantina & tanya sama ada nak susu tepung / breast feeding. 


Keadaan di kawasan nursery. Bilik Jiha bebetul sebelah nursery ni. 

Selesai semua jahitan dan dah di pakaikan pad, Doktor Noraini datang dekat dan cakap Alhamdulillah sambil ucapkan tahniah. Paling mengharukan bila dapat kucupan dan pelukan dari seorang stranger tetapi dia dah berjasa kepada diri kita dan anak kita. Terasa lembut. Macam dalam dakapan seorang ibu. Jiha disorong masuk kedalam bilik. Family semua dah ada dekat sana. Baby pun dah dibawa ke dalam bilik kami. Jiha diajar oleh nurse untuk susukan anak macam mana. Dia keep on ajar sampai anak betul-betul suck niple tu then dia tinggalkan kami untuk ada baby-mommy session. Really helpful. Tak kira lagi macam mana malam tu dok tekan buzz untuk mintak tukar pampers la, anak terkeluar air dekat hidung la, nak slowkan aircond la, itu la ini la. Nurse dekat Hospital Az-Zahrah really helpful. Terima kasih dari keluarga kecil kami! 


Buat Doktor Noraini, kalau doktor sedang membaca nukilan ni, saya nak ucapkan ribuan terima kasih kerana membantu saya sehingga putera saya selamat dilahirkan. Sokongan dan motivasi dari doktor amat saya hargai. 

Kalau korang pening nak pilih doktor mana yang sesuai, Doktor Noraini is THE BEST! InsyaAllah perjalanan proses kelahiran korang akan lebih selesa. Aamiin. So itu lah antara pengalaman Jiha bersalin di Hospital Az-Zahrah. Semoga bermanfaat untuk anda yang sedang mencari-cari lokasi bersalin. InsyaAllah harga mampu milik. Masa Jiha hari tu, total semua sekali RM2500 je. Masih mampu milik la dengarnya kan? Korang pun boleh juga. Lekas book katil korang. Deposite serendah RM300. Semoga semua mommies yang sedang membaca ni dipermudahkan proses melahirkan khalifah Allah. Aamin. GOOD LUCK!

Dalam privious entry, Jiha ada bagi tahu kan pasal jiha Shaklee Independent Distributor? Ok so hari ni Jiha nak cerita dengan korang macam mana Jiha berpantang dengan produk Shaklee, apa Jiha guna & macam mana efek di keatas diri Jiha selepas penggunaan secara berterusan. Semoga bermanfaat untuk semua! 



Alhamdulillah, 22 February lepas Jiha selamat melahirkan putera sulung Jiha yang diberi nama Muhammad Fa'eq. Alhamdulillah, proses bersalin secara normal. Tak makan masa lama sangat pun. Less than 30 min push, settle. Alhamdulillah. So seperti semua orang sedia tahu, bermula lah sesi berpantang Jiha selama 44 hari dari hari kelahiran tersebut. Ya, cara kiraan untuk tahu bila kita habis pantang adalah bermula dari hari kita bersalin ya, kaum ibu. Jangan salah kira. So, keluar je dari bilik bersalin, benda pertama yang Jiha makan adalah Vitamin E. Why? Sebab Vitamin E bantu keringkan luka dengan lebih cepat. Ya, Jiha nak bagi tahu dekat sini, Jiha consume Vitamin E Shaklee dan seminggu kemudian, luka kering. WOW! kan? Nurse pun cakap "Eh, luka awak dah kering ni. Tapi kena sentiasa jaga hygiene ya"



Jiha sendiri macam tak percaya luka tu kering cepat. Apa taknya, selalu baca dalam blog or dalam facebook page KIMM tu, luka terkoyak la, bernanah la. Seriau rasa bila baca macam tu. So, Ibu yang push makan sebenarnya, sebab dia tau anak dia ni jenis tak suka sakit. Mesti banyak komplen kalau sakit. hahaha

Ok, lepas selesai semua, check out dari Hospital Az-Zahrah (Jiha akan tuliskan pengalaman Jiha bersalin di HIAZ dalam entry ini), balik rumah terus terkam Alfafa, Vitamin C, dan Lecithin. I tell you what, dalam masa seminggu, rahim jiha kembali ke posisi normal dan tak ada masalah lepas jiha consume Shaklee. Masa tu tukang urut datang rumah. Dia tanya "eh dah berapa lama awak bersalin?", Jiha jawab "baru seminggu kak. Kenapa eh?". Then dia sambung, "cantik dah rahim ni kecut & duduk ke tempat asal dia. Awak makan jamu ke?", "Eh takde pulak. Saya cuma makan supplement Shaklee. Alfafa rasanya yang buat rahim kecut lepas bersalin"



See? Testimoni diri sendiri. Sebenarnya adalah SANGAT penting untuk rahim kita kembali mengecut dengan pantas dan berada dalam keadaan baik. Pertama sebab kita tak nak lah kelihatan buncit macam mengandung 5 bulan kan? Kedua, kita nak lekas habis darah nifas tu. Lama-lama dalam badan kan tak elok? Boleh menyebabkan meroyan tau! Kena singkirkan secepat mungkin. Dan itu adalah tugas yang telah dilaksanakan sebaik mungkin oleh Alfafa kepada badan Jiha! YEY! Dalam masa yang sama, ni nak bagi tau. Masa Jiha mengandung, Ketiak dan celah kelangkang tetibe jadi hitam kemain. (part ni stress gila weh). Sampai kadang nak tukar baju depan suami malu. Mana pernah Jiha ada ketiak hitam macam keadaan tu. Tapi masa pregnant (3rd trimester), tiba-tiba jadi macam tu. Memang down gila. So dengan bantuan Vita-C Shaklee, Jiha perasan semua kehitaman tu makin pudar. Slowly but surely. Bukan tu je, parut dekat dahi dan sekitar muka pun dah makin lama makin hilang. Ada 1 malam tu, suami pegang muka then dia cakap "b, muka awak kenapa lembut? dah macam kulit anak". BEGITUHHHH. KULIT LEMBUT MACAM ANAK. MAMPO? Again, thanks to? SHAKLEE!



Ha part ni rasa nak menjerit dekat KK masa check-up sebulan anak. Masa nurse suruh timbang, alangkah terkejutnya Jiha bila berat badan dah kurang sebanyak 11KG! 11KG weh! mana nak dapat tetibe dalam sebulan. Dah kenapa?? Rupanya Jiha teringat something. Jiha kan consume Lecithin & Alfafa. Dua ni bertindak sebagai detox & burn. rupanya sepanjang 1 bulan ni dalam Jiha jaga makan, 2 makcik ni membantu juga menyingkirkan lemak. YEY! Next week tu pergi check-up dekat Hospital Az-Zahrah, turun lagi sekilo. in total dalam sebulan tu turun 12KG! Allahu! Nikmat Allah mana yang hakak nak dustakan lagi? 



Tak sangka, dalam sebulan menggunakan Shaklee, banyak betul magik yang berlaku dalam tak sedar. Rambut kurang gugur, susu daripada ada setitik dua je, lepas topup ESP Shaklee, Alhamdulillah, makin meriah. Dan masih membaik pulih tune untuk breastfeeding. Bukan tu je, darah nifas kering lekas. And, Jiha memang ada masalah keputihan. Jiha perasan lepas darah nifas habis, keputihan tu daripada tak banyak kepada tak ada. Ada lah dalam seminggu tu 1-2 hari keluar beberapa spot. Tapi for another day, memang tak keluar. Rasa membazir pulekk pakai pantiliner. hehehe. Terima kasih Shaklee untuk perubahan menarik ni. Jiha dalam usaha nak topup GLA & B Complex untuk kembalikan kestabilan hormon. Or maybe nak terus push untuk baby ke 2? Mana tau? hahah Takde la. Bagi Fa'eq setahun dulu, baru tambah lauk ok? Tapi kalau korang bukan nak plan ada anak pun, GLA memang elok untuk perempuan ok! Untuk stabil kan hormon badan. Especially yang ada PMS terlampau, period tak teratur. Amalkan GLA ni. InsyaAllah ada kesan baik. 



Ok lah, sampai sini je Jiha nak kongsikan pengalaman Jiha sendiri menggunakan Shaklee sepanjang berpantang. Dan Jiha kini masih menggunakan Shaklee sebab kan Jiha Distributor? Ahgittewww. So, kepada sesiapa yang berminat nak dapatkan efek yang sama, jangan segan silu. Email Jiha @ sitinajihahhussin@gmail.com / WS @ 010-2325248 untuk Jiha share kan lebih banyak cerita dan magik menarik yang telah Shaklee lakukan pada Jiha. OK?



Sampai sini dulu kisah Jiha. Nanti Jiha akan sambung lagi di entry yang seterusnya. BYE!

Assalamualaikum Semua!!

Rasanya dah beberapa lama juga Jiha tak menulis. Especially semenjak tahu diri ni mengandungkan anak sulung. Terus hilang mood nak pergi event / menulis. Agaknya sebab hormon berkecamuk kot kan? 

Tapi tak apa, Jiha kini kembali. Paling best, kembali dengan semangat baru! See, Blog pun dah nama lain dah. Dengan harapan akan dapat lebih banyak inspirasi untuk menulis topik yang lebih bermanfaat bukan je kepada diri sendiri bahkan kepada orang lain juga. 

Anyway, Jiha now Shaklee Independent Distributor. Those yang sentiasa mengukuti blog Jiha ni kalau misalkata berminat nak dapatkan supplement kesihatan, why not contact Jiha. Jiha akan bantu korang untuk kekal sihat. Oh yea! dalam entry-entry seterusnya, Jiha akan mapankan mata korang dengan info-info kesihatan, ceritera diri sendiri dan kesihatan, event dan pelbagai lagi. Teruskan menyokong Jiha ok!!! 



Have a Wonderful day!