Pengalaman Berpantang bersama Shaklee

Dalam privious entry, Jiha ada bagi tahu kan pasal jiha Shaklee Independent Distributor? Ok so hari ni Jiha nak cerita dengan korang macam mana Jiha berpantang dengan produk Shaklee, apa Jiha guna & macam mana efek di keatas diri Jiha selepas penggunaan secara berterusan. Semoga bermanfaat untuk semua! 



Alhamdulillah, 22 February lepas Jiha selamat melahirkan putera sulung Jiha yang diberi nama Muhammad Fa'eq. Alhamdulillah, proses bersalin secara normal. Tak makan masa lama sangat pun. Less than 30 min push, settle. Alhamdulillah. So seperti semua orang sedia tahu, bermula lah sesi berpantang Jiha selama 44 hari dari hari kelahiran tersebut. Ya, cara kiraan untuk tahu bila kita habis pantang adalah bermula dari hari kita bersalin ya, kaum ibu. Jangan salah kira. So, keluar je dari bilik bersalin, benda pertama yang Jiha makan adalah Vitamin E. Why? Sebab Vitamin E bantu keringkan luka dengan lebih cepat. Ya, Jiha nak bagi tahu dekat sini, Jiha consume Vitamin E Shaklee dan seminggu kemudian, luka kering. WOW! kan? Nurse pun cakap "Eh, luka awak dah kering ni. Tapi kena sentiasa jaga hygiene ya"



Jiha sendiri macam tak percaya luka tu kering cepat. Apa taknya, selalu baca dalam blog or dalam facebook page KIMM tu, luka terkoyak la, bernanah la. Seriau rasa bila baca macam tu. So, Ibu yang push makan sebenarnya, sebab dia tau anak dia ni jenis tak suka sakit. Mesti banyak komplen kalau sakit. hahaha

Ok, lepas selesai semua, check out dari Hospital Az-Zahrah (Jiha akan tuliskan pengalaman Jiha bersalin di HIAZ dalam entry ini), balik rumah terus terkam Alfafa, Vitamin C, dan Lecithin. I tell you what, dalam masa seminggu, rahim jiha kembali ke posisi normal dan tak ada masalah lepas jiha consume Shaklee. Masa tu tukang urut datang rumah. Dia tanya "eh dah berapa lama awak bersalin?", Jiha jawab "baru seminggu kak. Kenapa eh?". Then dia sambung, "cantik dah rahim ni kecut & duduk ke tempat asal dia. Awak makan jamu ke?", "Eh takde pulak. Saya cuma makan supplement Shaklee. Alfafa rasanya yang buat rahim kecut lepas bersalin"



See? Testimoni diri sendiri. Sebenarnya adalah SANGAT penting untuk rahim kita kembali mengecut dengan pantas dan berada dalam keadaan baik. Pertama sebab kita tak nak lah kelihatan buncit macam mengandung 5 bulan kan? Kedua, kita nak lekas habis darah nifas tu. Lama-lama dalam badan kan tak elok? Boleh menyebabkan meroyan tau! Kena singkirkan secepat mungkin. Dan itu adalah tugas yang telah dilaksanakan sebaik mungkin oleh Alfafa kepada badan Jiha! YEY! Dalam masa yang sama, ni nak bagi tau. Masa Jiha mengandung, Ketiak dan celah kelangkang tetibe jadi hitam kemain. (part ni stress gila weh). Sampai kadang nak tukar baju depan suami malu. Mana pernah Jiha ada ketiak hitam macam keadaan tu. Tapi masa pregnant (3rd trimester), tiba-tiba jadi macam tu. Memang down gila. So dengan bantuan Vita-C Shaklee, Jiha perasan semua kehitaman tu makin pudar. Slowly but surely. Bukan tu je, parut dekat dahi dan sekitar muka pun dah makin lama makin hilang. Ada 1 malam tu, suami pegang muka then dia cakap "b, muka awak kenapa lembut? dah macam kulit anak". BEGITUHHHH. KULIT LEMBUT MACAM ANAK. MAMPO? Again, thanks to? SHAKLEE!



Ha part ni rasa nak menjerit dekat KK masa check-up sebulan anak. Masa nurse suruh timbang, alangkah terkejutnya Jiha bila berat badan dah kurang sebanyak 11KG! 11KG weh! mana nak dapat tetibe dalam sebulan. Dah kenapa?? Rupanya Jiha teringat something. Jiha kan consume Lecithin & Alfafa. Dua ni bertindak sebagai detox & burn. rupanya sepanjang 1 bulan ni dalam Jiha jaga makan, 2 makcik ni membantu juga menyingkirkan lemak. YEY! Next week tu pergi check-up dekat Hospital Az-Zahrah, turun lagi sekilo. in total dalam sebulan tu turun 12KG! Allahu! Nikmat Allah mana yang hakak nak dustakan lagi? 



Tak sangka, dalam sebulan menggunakan Shaklee, banyak betul magik yang berlaku dalam tak sedar. Rambut kurang gugur, susu daripada ada setitik dua je, lepas topup ESP Shaklee, Alhamdulillah, makin meriah. Dan masih membaik pulih tune untuk breastfeeding. Bukan tu je, darah nifas kering lekas. And, Jiha memang ada masalah keputihan. Jiha perasan lepas darah nifas habis, keputihan tu daripada tak banyak kepada tak ada. Ada lah dalam seminggu tu 1-2 hari keluar beberapa spot. Tapi for another day, memang tak keluar. Rasa membazir pulekk pakai pantiliner. hehehe. Terima kasih Shaklee untuk perubahan menarik ni. Jiha dalam usaha nak topup GLA & B Complex untuk kembalikan kestabilan hormon. Or maybe nak terus push untuk baby ke 2? Mana tau? hahah Takde la. Bagi Fa'eq setahun dulu, baru tambah lauk ok? Tapi kalau korang bukan nak plan ada anak pun, GLA memang elok untuk perempuan ok! Untuk stabil kan hormon badan. Especially yang ada PMS terlampau, period tak teratur. Amalkan GLA ni. InsyaAllah ada kesan baik. 



Ok lah, sampai sini je Jiha nak kongsikan pengalaman Jiha sendiri menggunakan Shaklee sepanjang berpantang. Dan Jiha kini masih menggunakan Shaklee sebab kan Jiha Distributor? Ahgittewww. So, kepada sesiapa yang berminat nak dapatkan efek yang sama, jangan segan silu. Email Jiha @ sitinajihahhussin@gmail.com / WS @ 010-2325248 untuk Jiha share kan lebih banyak cerita dan magik menarik yang telah Shaklee lakukan pada Jiha. OK?



Sampai sini dulu kisah Jiha. Nanti Jiha akan sambung lagi di entry yang seterusnya. BYE!

No comments:

Post a Comment