Assalamualaikum! 

Siapa sini suka buat aktiviti luar? As in, hiking, camping, marathon or maybe picnic dekat pantai? Korang SELALU ada masalah 'kulit berbelang' atau 'sunburn'? Ada good news untuk korang. Lepas ni dah tak payah beli 10-20 product. 1 for all, all for 1. Ahhgitteewww! Jom! Kita skodeng apa bendaaaa la produk ni.

Ok, so basically, kita semua sukaaaa sangat benda yang natural. Of course we do sebab we had too much of air pollution lah, water pollution la and the list goes on. Bila bab penjagaan diri, untuk kesihatan, of course we want something yang THE BEST. Yang alami orang panggil. So we will choose Magic Jelly by Lovera Malaysia. Korang mesti pernah dengar kan? 



Kenapa nama dia Magic Jelly? Sebab dia bukan untuk muka je, bukan untuk rambut je, bahkan untuk SELURUH ANGGOTA BADAN. U guys name it nak sapu dekat mana, semua BOLEH! Tak ada masalah. Best part is dia bantu kurangkan keradangan, pimples and scars. Itu part yang paling Jiha suka sebab yeah, knowing me yang banyak acne scars ni, memang sedap la tenyeh. Bukan tu je tau! Jiha lepas mandi selalu sapu Magic Jelly ni dekat scalp. Sejuk tau! Rasa tenang je nak tidur. Wangi pulak tu. Letak kepala atas bantal, rasa maam tidur dalam timbunan kelopak bunga. In love dengan rambut sendiri 😍



Selain dari tu, mommies yang anak-anak dia ada eczema, ruam, atau alahan tu boleh tau gunakan Magic Jelly ni untuk your kids. Sebab dia NATURAL. So memang sesuai untuk semua age. And some more dia lembut & senang meresap. So takde la your baby tenyeh-tenyeh dan masuk dalam mulut. 


Sebenarnya banyak sangat tau kebaikan Magic Jelly ni. Kalau jiha nak share semua, sampai esok tak habis. Tapi kalau korang; ladies lah maksudnya, yang suka ber-make up, go and buy this lepas tu tepek as primer. I tell you, your skin akan rasa ringan & tak melekit. Seriously. Lepas tu, dah remove makeup, basuh muka, again jadikan dia moisturizer. OMG Girl. Hm tak guna cerita. Korang layan la video ni kalau nak tau. Korang seriously kena cuba sendiri then you guys will know apa Jiha cakap ni betul ke tak. 



Dekat mana nak beli? Ala, singgah je website dorang; www.lovera.com.my . Mudah. Dalam tu ada siap harga & details on how korang boleh gunakan Magic Jelly ni. Memang berbaloi la spend RM70 untuk jelly yang SERBA GUNA dan seseuai untuk SEMUA UMUR. Go and grab yours now. 

Jiha dah. Korang, bila lagi?
Assalamualaikum! 

Terpanggil rasanya hari ni nak buat entry dari hati. Ewah! Tapi betul. Rasa terkesan betul hari ni. So hari ni Jiha nak kongsikan dengan korang. Semoga bermanfaat. InsyaAllah.

Pagi tadi, Jiha ternampak ada 1 post di Facebook mengenai orang buang bayi kedalam tong sampah. 😔 



Sedih rasa tengok. Kenapa ada orang yang sanggup buat macam ni pada zuriat sendiri? Ketepikan tu perihal status anak ni. Sekarang, kita bercakap mengenai ihsan, kasih sayang & kewarasan akal manusia. Di mana letaknya kasih sayang manusia tatkala melihat bayi yang lemah tidak berdaya bahkan tudak mampu bersuara kepada si ibu akan kemahuan hatinya? 



Tidak kah kita sedikit pun tidak terusik kala melihat anak yang selama 9 bulan dikandung kehulu kehilir kini dalam dakapan? Tidakkah berjujuran air mata si ibu tatkala membuat keputusan untuk mencampakkan bayi itu kedalam tong sampah? 



Setiap kali Jiha tengok anak Jiha sendiri, Jiha selalu cakap dekat dia, "bertuahnya awak sayang, disayangi sedari dalam kandungan sehingga kini. Sedikitpun tiada serba kekurangan waimah sebesar kuman. Bertuahnya awak, lahir dan dibelai. Tak macam anak lain yang tiada tuah di kakinya. Sudahlah di lahirkan tiada berbapa. Bahkan di buang lagi kedalam tong sampah" 🙁



Sayu hati bila lihat banyak kes pembuangan bayi kebelakangan ni. Sekali lagi, letakkan jauh kesilapan ibu bapa yang terlanjur perbuatan. Letakkan 1 perspektif, dia sudah menjadi ibu, tapi di manakah naluri keibuannya? Tiadakah walau sekelumit? 😔 Sedangkan ramai pasangan yang sudah berkahwin tapi masih belum Allah kurniakan zuriat buat penyambung kasih. Ya Allah. Mengapa hati mu begitu kejam, wahai ibu? Benarlah, kata bijak pandai. Perhubungan yang seawalnya bermula dengan kesilapan; Allah cabut rasa kepayahan itu supaya tiada dia merasa bait pahala di saat kesakitan. Mungkin sebab tu mudah sangat untuk dia buang bayi merata-rata. 



Apalah salahnya kalau memang dah tak nak anak tu, tinggalkan di masjid atau balai polis atau rumah kebajikan. Tentu ramai yang sudi menjaga.  Bukan tong sampah tempatnya untuk si kecil itu. Dia tiada salah walaupun sebesar hama. 



Semoga entry ni memberikan sedikit keinsafan kepada kita akan betapa bertuahnya kita kerana dilahirkan punya keluarga. Kalau korang di takdirkan punya kawan yang mengalami nasib seperti bayi di atas, mohon nasihatkan dia. Kalau tidak mahu di jaga, berikan kepada yang berkemampuan. InsyaAllah terbela nasib baik itu nanti. Sama-sama kurangkan peratusan kes bayi terbuang kerana kesilapan ibu itu sendiri. 

Untuk yang dah memang ada anak tu, betul, semua anak ada masa grumpy dia sampai kita rasa nak hempuk hempuk. Jiha pun lalui. Tapi tengok balik anak tu sambil cakap "at least kita ada anak. Ada orang tu, tak ada anak". Perjalanan menjadi ibu ni tak mudah tapi insyaAllah berbaloi. Semoga perkongsian kali ni bermakna untuk semua. InsyaAllah. 
Assalamualaikum! 

Sepanjang Ramadhan, Jiha ada nampak ramai mommies yang complain, jumlah susu drop & sebagainya. Sedihkan? Dah lah kita kena berpuasa, takkan lah anak kita pun kena puasa sama. Tak adil rasanya untuk si kecik tu. Tapi mommies jangan stress, dalam islam tak mewajibkan ibu-ibu yang menyusukan anak untuk berpuasa kalau keadaan anak tak mengizinkan. Unless kalau memang anak ok, susu maintain, then why not kan berpuasa. 

Ok so hari ni Jiha nak share dengan korang macam mana Jiha maintain breastfeed anak sepanjang Ramadhan dan ya, Jiha berpuasa penuh lagi sekali tahun ni. Alhamdulillah. Mommies pernah dengar tak Maminqa Milk Booster? Tak pernah? Itu la Jiha pun sebenarnya pertama kali dengar nama brand ni. Tapi, lepas Jiha dah kongsikan dengan korang, mesti korang rasa jam jam niiii juga nak dapatkan sekotak. Jom! Ikuti pengalaman Jiha dengan Maminqa Milk Booster. 




Ok. Kita semua tahu, bila berpuasa memang badan banyak dehydrate. Betul? Sedangkan antara faktor penting nak proses susu badan adalah, air. Disebabkan tu, Jiha amik inisiatif untuk amalkan Maminqa Milk Booster. Why dia best? SEBAB DIA SEDAP! 😭 Sungguh. Rasa dia tu tak macam milk booster lain. Rasa susu 😫. Tak. Maminqa rasa berries 😍. Manis masam sebati memang sedap! And lagi best apa tau, dia dalam pack ready to go! Tak payah bancuh tak payah guna air panas. Grab & Go! Semudah tu. Boleh bawak pi memana je. 



Sekotak Maminqa Milk Booster ada 20 sachet. So sehari korang amalkan 1 sachet sebelum makan. Tak kisah la sebelum sarapan / sebelum dinner. Memang senang. Selain dari rasa yang sedap, bantu tambah susu badan, Maminqa Milk Booster juga boost tenaga korang sebab dia ada Kurma. Tau kan Kurma memang sangat baik untuk badan & penambah tenaga. Sebab tu sepanjang Ramadhan, Jiha maintain je pi event sana-sini sebab Maminqa la. Memang best! 



Korang patut ada sekotak dekat rumah. Kalau yang mana dah memang ada banyak susu badan, boleh amalkan Maminqa ni untuk tambah tenaga, untuk kulit yang VAVAVOOM. Itu kan impian semua ibu-ibu? Susu yang banyak beserta kulit yang gebu gebas? Maminqa ada penyelesaiannya. 



Tunggu apa lagi?? Lekas serbu @merebeniemy