Hai! Assalamualaikum!

Haaaa Excited rasanya nak menulis entry ni sebab ini adalah something yang Jiha memang sukaaaaa. 

Ok! Siapa sini suka makeup? Siapa sini suka makeup yang AWESOME pada harga kababoom??

Jiha tahu korang semua suka! Sebab Jiha pun sangat suka ok! Hari ni Jiha nak share dengan korang eyeshadow yang SANGAT PIGMENTED tapi harga yang SANGAT BERBALOI. Eyeshadow itu adalah..SOFWANAH COSMETICS!!

Ya. Yang mana suka makeup, mesti tahu kan siapa Sofwanah. Dia adalah make up artis yang famous juga. Sentuhan magical dia buat pengantin tampak berseri. Kalau korang nak tau siapa Sofwanah ni, boleh klik link ni untuk follow dan tengok hasil kerja dia di Instagram ok? Hari ni Jiha nak share dengan korang 2 palette Sofwanah Cosmetics yang AWESOME! I should say, kalau korang tak mampu nak beli Naked Heat, THIS IS YOUR SAVIOUR! Kenapa? OK! Jom follow story Jiha :*


Sebelum tu, korang mesti nak tau macam mana bentuk palette ni, kan? Macam ni lah rupa bentuk Sofwanah Cosmetics. Kecik je. Mudah dibawa kemana mana. Especially untuk korang yang lepas solat nak touch up balik make up, palette ni sangat di sarankan!


Jiha paling excited bila bukak parcel, both palette didatangkan dalam bubble wrap yang warna copper tu. SANGAT SELAMAT DAN CANTIK! Lepas tu ada cute card yang warna pink tu tau! siap bagi hashtag dan official IG in case korang nak tag dorang ke kan. Haaa gitewww. 


Isi dalam palette Sofwanah Cosmetica pulak macam ni. Tengok la girlllsssss warna dia. Memang sesuai sangat untuk kegunaan harian atau untuk pergi event. OMG! Jiha masa mula-mula buka palette ni, rasa nak menangis sebab cantik sangat. Team Sofwanah Cosmetics sangat bijak memilih kombinasi warna dalam kedua-dua palette! Dan both palette didatangkan dengan berus yang boleh korang gunakkan untuk aplikasi eyeshadow! 

Korang mesti nak tau apa nama setiap palette ni kan? Ok, Palette pertama adalah Demure. 


Ini adalah Demure. Warna dia lebih kepada earth color. Memang cantik girls!! Eh sebelum tu..Demure tu apa eh? Demure bermaksud reserved, modest & shy. Haaaa sesuai sangat untuk wanita masa kini yang memang minimalist tapi BOLD! Aturan warna dia, hm, Jiha memang pakai ni almost setiap hari untuk ke office. Warna shimmer dia memang PIGMENTED! Kalau tak percaya, korang boleh tengok video Jiha aplikasikan palette ni di sini

So, done with Demure palette. Now kita beralih kepada Allure palette pulak. Apa yang lain dengan Allure ni? 


As you guys boleh tengok. Warna dia memang lain dari palette Demure tapi masih consider as warm tone. Warna dalam Allure palette ni, Jiha boleh klasifikasikan sebagai ceria dan terang berbanding Demure. Kalau korang rasa semalam dah pakai warna earth, hari ni nak pakai warna yang cerah, go for Allure palette. Allure Palette ni dilengkapi dengan transition colour tau. So korang jangan risau. Pigmented atau tak? Haaa cuba usha dekat video ni. Confirm leleh girls!!

In terms of packaging, both adalah plastics tapi! perkataan timeless atas palette tu dia timbulkan. So nampak mahal lah. And cermin dalam palette pun cukup untuk korang gunakan bila nak aplikasikan eyeshadow. Tak terlalu besar atau tak terlalu kecil. Just nice. 

Kalau korang tanya Jiha personally, palette mana yang paling Jiha suka, Jiha akan jawab Demure. Sebab Jiha sukaaa sangat mata Jiha warna coklat. Hahaha. So Demure is my favorite. Tapi dua dua pun best!! Jangan cakap Jiha pilih demure sebab tak suka Allure ok? Both pun sangat ok tapi Jiha paling selalu pakai Demure :P

Mesti korang tertanya tanya macam manaaa nak dapatkan Demura & Allure palette ni. kan? 


Untuk korang yang berminat nak dapatkan Allure & Demure palette, korang boleh serbu  DM mereka


Dengar cerita Sofwanah Cosmetics tengah adakan SALE! Haaaa Korang mesti teruja kan nak tau apa yang SALE? Of course Jiha akan share dengan korang. Mana boleh kedekut!!!


Kalau korang tak nak tunggu lama untuk team Sofwanah reply DM korang, Simply terjah their website iaitu www.sofwanahcosmetics.com . MUDAH! PSTT!! Combo hanya RM180 sementara tengah SALE! Korang lekas serbu ok! 

Ok lah, Jiha nak pergi main make up make up kejap dengan Sofwanah Cosmetics Palette.
Assalamualaikum!!

Haaa pernah tak korang terfikir yang mesin basuh korang pun mungkin sangat kotor selepas berpuluh tahun berkhidmat untuk korang? Pernah terfikir tak? Mesti tak pernah kan?

Ha hari ni Jiha nak kongsikan dengan korang macam mana korang boleh bersihkan mesin basuh korang dengan cara mudah dan pastinya tak perlu upah orang untuk tolong cucikan pun mesin tu. Ready!!! Let's go!!

Tapi sebelum Jiha teruskan, Jiha nak share beberapa kemungkinan yang menyebabkan mesin basuh korang sebenarnya kotor tanpa korang sedar. 

1. Penggunaan softlan / pelembut fabrik. 
2. Menghubungkan mesin basuh dengan air dari luar (kotor / karat)
3. Menggunakan mesin basuh pada kadar maximum 
4. Mesin basuh anda berkemungkinan berumur 3 tahun dan keatas

Haaa...korang yang membaca ni rasa-rasanya ada tak kesemua ciri-ciri yang Jiha mention? Kalau ada, korang kena baca content yang seterusnya. 

Jiha nak perkenalkan dekat korang Maobao Washing Machine Cleaner. Fuh! Selalu kita gunakan mesin basuh untuk mencuci baju, hari ni korang akan tahu macam mana nak membasuh mesin basuh. Haa pening..pening! Hahaha

Maobao Washing Machine Cleaner ni adalah alternatif yang korang boleh gunakan untuk membasuh mesin basuh korang. Bagi yang ada anak kecik, jangan risau, pembersih mesin basuh ni adalah anti-bakteria . Rupa bentuk Maobao Washing Machine Cleaner tu adalah seperti ini. 


Macam mana cara nak menggunakan Maobao ni? Mudah!

1. Korang pastikan mesin basuh korang tu tak ada baju. Jangan campur dengan baju korang pulak. nanti rosak pulak 
2. Isikan sikit air kedalam mesin basuh korang
3. Ambil sepeket pencuci yang warna biru tu, then korang masukkan kedalam mesin basuh (ya, masukkan semua). 
4. Kemudian masukkan pula serbuk yang ada dalam paket warna merah tu. Again, masukkan semua ok!
5. Then, korang biarkan mesin korang dalam keadaan nak membasuh tu. (means korang tekan butang start and mesin korang berpusing untuk 5-10 minit)
6. Then korang akan nampak kesan kotoran keluar dan timbul dipermukaan air tu.

Mudah je kan sebenarnya nak menggunakan Maobao ni? Gambar di bawah ni antara kotoran yang berjaya disingkirkan untuk korang lihat sendiri betapa kotornya mesin basuh korang. Ewwww. Tengok pun geli kan? Bayangkan kotoran yang sama berkisar setiap kali korang basuh baju korang?



So? Tunggu apa lagi? Lekas dapatkan Maobao korang hari ni! Mesin basuh pun perlukan kasih sayang dari korang. Selama ni dia tolong kotang basuh baju korang, hari ni korang tolong la 'bersihkan' mesin basuh korang pulak. Haaa baru lah adil kan??? 

Korang boleh tengok macam mana cara Jiha gunakan Maobao ni di link ini

Macam mana nak dapatkan Maobao ni? Mudah sangat. Korang boleh buat pembelian dari Happy Shopper  Contact je dorang terus untuk dapatkan Maobao korang hari ni dengan harga RM25 pada harga promosi. Or else harga biasa dia RM33.90 tau!! Nak jimat? Lekas dapatkan Maobao korang ok!!