Assalamualaikum semua! 

Alhamdulillah, sekali lagi Jiha di beri peluang untuk mencuba sendiri salah 1 jenama contact lense yang agak popular dikalangan peminat kanta lekap. So hari ni Jiha nak kongsikan dengan korang pengalaman Jiha menggunakannya. Hopefully, pengalaman Jiha ni membantu gegadis semua dalam membuat pilihan kanta lekap. 



Seperti yang korang semua nampak, Jiha ada 3 warna berbeza dalam setiap kanta lekap tu. Each of them ada power tau! So boleh la melaram dengan 3 warna berbeza tau! So boleh la tukar tukar look setiap bulan. So, kita mulakan dengan texture dia dulu ok? Jiha memang mengutamakan kualiti. Banyak sangat jenama kanta lekap yang Jiha dah pernah cuba buat jiha tak tahan lama. Sebab dia terasa tebal. But for this brand, Jiha boleh pakai sampai malam tanpa rasa kering. Sangat selesa. Soon as korang bukak the packaging pun korang boleh tau dia sangat selesa sebab nipis. So takpe la rasa macam ada benda melekat dekat dalam mata korang kan? 

Di sebalik keselesaan tu, kanta lekap Horien Eye Secret ni diperbuat daripda bahan-bahan yang salamat digunakan.  Antaranya adalah: 

Material: Polymacon
Water Content: 38%
DIA: 14.2mm
BC: 8.7mm
SPH: 0.00, -1.00~-6.00 (0.25 steps), -6.00~-8.00 (0.50 steps)
38% Water Content
Sodium Hyaluronate & Trehalose
BMW 3D Wrap Technology
UV Protection Function
Artificial Intellectual
Bigger Tinted Area
7-9mm Wide Optic Zone



Selain daripada sangat nipis & selesa, dia buat mata korang nampak galak. See gambar dekat atas tu, nampak besar kan? So nampak menonjol la mata korang. Nampak macam doll gitu. Tapi jangan risau. Takde la melampau sangat. Masih pada tahap yang memuaskan. 



Ni adalah gambar Jiha menggayakan Horien Eye Secret warna Grey. Cantik kan? Ada yang dm Jiha tanya, pakai brand apa, warna apa. Ha. Ni Jiha dah jawab dah soalan korang. Ahh! Tak boleh move on! Cantik betul especially lepas dah make up. Betul rasa mata tu menonjol 😍



In terms of packaging pula, Jiha rasa, Horien Eye Secret ni comel la. Sebab dia menggunakan warna-warna yang ceria. Memang mudah nak tarik perhatian orang. So bila nampak je kotak dia, rasa fresh! Jiha memang sangat suka. 



Korang mesti tertanya tanya, selamat ke? Brand di diiktiraf ke tak? 



Jangan risau kawan kawan. Brand Horien ni sememangnya diiktiraf & selamat untuk korang gunakan. Horien Eye Secret ni dikilangkan di Taiwan oleh Yun Sheng Optical Co.Ltd dan mendapat pengiktirafan ISO 9001:2008 oleh Japan FMA, European CE, Taiwan GMP dan beberapa agensi lain yang bertauliah. FUH! Memang selamat la kan? 

So, korang tunggu apa lagi? Lekas dapatkan Horien Eye Secret. Korang boleh lawati website dorang iaitu www.eyesecret.com.my or korang juga boleh ke Facebook mereka tau! Search je Horien Eye Secret . 💋
Assalamualaikum!

Haaa dah lama rasanya tak sembang pasal muslimah attire dengan korang kan? So hari ni mesti nak kena share juga sebab Jiha tau, ramai readers blog Jiha ni memang menitikberatkan fashion walaupun bertudung. Betul tak? So hari ni, Jiha akan share dengan korang sebuah online butik yang memang menyesal lah kalau korang tak singgah. memang menyesal! Without further due, ayuh!!!

Perempuan, kalau bukak almari, walaupun dah penuh baju dalam tu, dia masih cakap "ala tak ada baju lah nak pakai". Itu perempuan. Siapa geng dengan Jiha? Angguk lekas! Haa. Sekarang ni banyak je jenama yang dah terhasil bagi memastikan wanita muslimah dapat berfashion seperti orang lain. Cuma yang menjadi isu adalah sama ada selesa untuk dipakai ataupun tidak. Betul kan? Kalau jiha sendiri pun Jiha akan pilih pakaian yang selesa sebab kita seharian nak pakai baju tu. Cuba bayangkan kalau sendat atau kualiti kain yang merimaskan, maunya korang tergaru-garu macam monyet nanti. So, pemilihan pakaian bila nak berfashion kenalah betul dari segi kualiti kainnya, jahitannya dan reka bentuknya. 

Korang boleh dapatkan semuaaaaa yang Jiha mention dekat atas tadi dari Lanafira. Eh apa pulak Lanafira ni kan? 


Bila nampak perkataan Lanafira tu, apa yang korang boleh bayangkan? Kalau Jiha, mula-mula nampak perkataan Lanafira, Jiha terfikir, kelembutan. Bunyi Lanafira tu lembut je kan? Apa pun yang korang bayangkan kalau selagi ia berkaitan dengan kewanitaan, keunggulan, kesucian dan yang seangkatan dengannya, YA! KORANG BETUL! Lanafira adalah sebuah clothing line yang sedang meningkat naik. Dengan koleksi pakaian yang sangat menarik! Sangat terbaru dan mengikuti perkembangan semasa, wanita, korang confirm takkan cari lain. Tapi! Sebelum Jiha proceed dengan koleksi yang boleh korang dapati dari Lanafira, why not kalau Jiha cerita sikit mengenai Lanafira ni. 


Lanafira adalah sebuah butik online yang khusus dalam pakaian muslimah yang BERKUALITI TINGGI. Bukan tu je tau! Dorang juga menawarkan service yang TERBAIK di mana korang kalau ada masalah dari segi size ke kualiti ke, korang boleh berhubung terus dengan mereka.


Bukan sahaja pakaian, Lanafira juga menyediakan perkhidmatan rundingan penampilan. Misal kata korang ada tudung warna merah, tak sure nak padankan dengan baju warna / design apa, korang cotact je Lanafira. Mereka sedia membantu sebab KITA SEMUA TAHU, online shopping ni memang rumit tau sebab tak boleh pegang, tak tahu kualiti dia macam mana dan paling penting, adakah size dia sama dengan kedai yang kita pernah beli sebelum ni? Ha itu memang masalah paling besar la bila online shopping ni. Tapi bila korang membeli dengan Lanafira, mereka akan bantu korang sampai korang dapat PERFECT MATCH yang menepati kehendak dan keperluan pakaian korang. Tak kisah lah untuk casual ataupun majlis formal, Lanafira, sedia membantu. Tak percaya, korang boleh baca di ruangan lifestyle Lanafira.


Antara koleksi yang boleh korang dapatkan dari Lanafira adalah Kebaya, Long dress dan peplum. Haaa, ni antara yang wajib ada dalam almari korang kan. Kalau bukan untuk bawak berjalan, untuk pakaian ke office mesti kena ada antara 3 ni. Kadang mood nak berpakaian ni macam-macam. Boleh moody tau kalau tak ada baju yang dalam imaginasi tu untuk dipakai. So, Lanafira ada semua yang korang mahukan. 








Jiha dah tunjuk dekat korang kan antara koleksi yang Jiha rasa, Jiha pun kena beli dan korang pun kena dapatkan juga. Now macam mana nak beli ni Jiha? Takkan nak tengok gambar je?



Hahahaha ok! Mudah je! Untuk pembelian update semasa mengenai Lanafira, korang boleh terus ke website Lanafira , Instagram Lanafira atau korang boleh personal message team Lanafira di Facebook Page mereka. Mudah je kawan-kawan! 

So, tunggu apa lagi?? LEKAS!!! DAPATKAN KOLEKSI LANAFIRA SEKARANG OR KORANG AKAN MENYESAL NANTI!