Hello Semua!!! 

Teruja sangat nak share informasi berguna ni dengan korang! Siapa yang pergi #MSMW2016 baru baru ni? Sila komen di ruangan di bawah ni cakap "aiyai!!!" 

Seperti tahun lepas, Malaysia Social Media Week bakal mengadakan acara larian atau lebih mudah kita panggil, Fun Run. MSMW Twitterthon adalah acara larian sejauh 5km bersama sama ribuan social media geek! Wow. Ini lah masa untuk anda berkenalan dengan followers dan following list anda. Teruja kan? Sambil berlari, anda boleh amik gambar, tweet & share moment anda di sepanjang laluan Twitterthon sebab dengar kata mereka turut menyediakan check-point yang menarik. Apa yang menarik? RAHSIA!!! Join la baru tahu apa yang best..



Anda yang mempunya social media adalah sangat di sarankan untuk menyertai MSMW Twitterthon ni sebab antara kemestian semasa melakukan larian nanti, anda kena masukkan hashtag #MSMW2016 & #MSMWTwitterthon didalam setiap share moment & Tweet anda. Tetapi jika anda bukan seorang penggemar social media tetapi ingin merasakan kemeriahan berlari sambil bersuka ria di check-point yang di sediakan, anda turut di alu alukan untuk menyertai aktiviti ini.




Ok sudah! Jangan berceloteh banyak! Berikan kami info menarik Najihah *rolling eyes*. Ok here we go!


Apa? Masih tak cukup? Apa lagi yang korang mahukan? Oh!! Macam mana nak mendaftar. Hu Hu Hu. Ok! Here you go: 

Anda boleh mendaftarkan diri anda di website Malaysia Social Media week (<-- Click untuk link) atau anda juga boleh ke Myraceonline ( <-- Click untuk link). Mana mana cara pun senang je. 

Kalau malas nak baca apa yang Jiha bebelkan di atas, ni jiha buat sedikit rumusan:

Tarik: 15/5/2016
Lokasi: Lake Garden, Kuala Lumpur
Masa: 6.00 pagi 
Jarak: 5KM
Bayaran: RM65 (termasuk goodies bag dan lain lain)

Jika anda masih mempunyai sebarang kemusykilan atau maklumat lanjut, hubungi MSMW secretariat di info@socialmediachambers.org 

Jumpa anda di MSMWTwitterthon!!!! 

Minggu lepas berlaku 1 incident yang tidak diingini antara Jiha dan sebuah syarikat insurance terkemuka. Bermula dengan sebuah panggilan yang di lakukan oleh seorang telemarketing dari Sunlife untuk memberitahu bahawa Jiha dah terpilih untuk menikmati sebuah pakej insurance atau simpanan secara istimewa. 

Jiha tiada masalah untuk mendengar semua yang dia beritahu berkaitan dengan kebaikan CIMB & Sunlife. Mungkin yang menjadikan isu didalm hal ini adalah Jiha dah pun ada pakej pelindungan yang di buat oleh suami Jiha. Maka dengan itu Jiha telah menolak saranan telemarketer berikut dengan cara yang sangat baik dimana Jiha telah memberikan alasan yang telah Jiha nyatakan di perenggan sebelum ni. 

Pun begitu, telemarketer berkenaan kurang berpuas hati kerana beliau merasakan "aku patut close deal ni dan dapat commission hujung bulan ni!". After all, Takkan lah Jiha nak ada 2 insurance dalam 1 masa. I cannot commit amount yang banyak buat masa ini. Belum pun sempat Jiha habiskan ayat Jiha, telemarketer berkenaan terus letak phone. Terus rasa "eh kau dah bazirkan 10 minit masa aku mendengar kau membebel and all, tanpa ucapan terima kasih dan sekian, kau letak phone? RUDE" 

What i did, Jiha terus membuat aduan kepada pihak Sunlife dan mereka segera mengambil tindakan susulan berkaitan isu berkenaan. Berikut adalah antara maklum balas yang Jiha terima: 

Salam Siti Najihah,


Kami meminta maaf atas kesulitan yang anda hadapi. Maklum balas anda amat dihargai bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan pelanggan kami.

Terima kasih.
Yang benar
Sun Life Malaysia Social Media Team

Dalam masa yang sama, kes ini juga mendapat perhatian dari pihak CIMB sendiri kerana mereka turut sama terlibat didalam melaksanakan pakej insuran ini. 

Dan hari ini, Jiha telah mendapat panggilan telefon dari pegawai khas CIMB yang mengendalikan kes ini. Beliau telah menghubungi Jiha dengan tujuan untuk memohon maaf diatas kekasaran yang telah berlaku dan juga berharap agar Jiha masih menggunakan perkhidmatan CIMB bank. 

Jiha menerima permohonan maaf tersebut dengan hati terbuka kerana kesanggupan mereka menghubungi Jiha selain dari menghantarkan email permohonan maaf. Usaha ini yang patut ramai customer service contohi bagi mengekalkan kualiti dan kuantiti pelanggan. Syabas CIMB Bank & Sunlife Insurance untuk tindakan yang pantas ini! 

Cheers! 

Terima Kasih CIMB

by on 11:49 AM
Minggu lepas berlaku 1 incident yang tidak diingini antara Jiha dan sebuah syarikat insurance terkemuka. Bermula dengan sebuah panggilan ya...


Mendengar kepada tajuk di atas, sudah tentu ramai di antara kita yang sudah bersedia dengan keluaran terbaru dari syarikat Apple. 

Tepat jam 1 pagi hari ini, Apple telah mengadakan sebuah sesi keynote dengan tujuan untuk memperkenalkan iPhone keluaran terbaru dari mereka yang di beri nama iPhone SE. Buat para penggemar dan pengikut setia produk Apple, sudah tentu anda berasa begitu teruja untuk mengetahui kelebihan dan perbezaan di antara produk yang sedia ada dan yang bakal di lancarkan bermula hujung bulan Mei tahun ini. 

Berikut adalah beberapa perincian penting buat mereka yang ketinggalan sesi keynote pagi tadi.





iPhone SE yang bakal di lancarkan akan didatangkan dalam size 4" yang mana lebih kecik berbanding iphone 6 dan 6s Plus. 


Lanjutan daripada itu, menerusi Apple Group Malaysia (Facebook):

" iPhone SE dengan spesifikasi mempunyai chip NFC, chip A9 processor dan M9 motion co-processor yang sama sahaja seperti iPhone 6s sekarang dan boleh menggunakan fungsi ‘Hey Siri’. Kamera iPhone SE dikuasakan dengan 12-megapiksel dan boleh merakam video 4K, Live Photos dab front-facing flash untuk selfie serta Touch ID 2 yang juga sama seperti iPhone 6s sekarang. Malangnya iPhone SE tidak mempunya 3D Touch dan akan hadir dengan iOS 9.3. Bagi bateri pula, akan lebih tahan dari iPhone 5s. "
Menurut sumber, iPhone SE didatangkan didalam 4 warna menarik iaitu, Rose Gold, Champagne, Space Grey dan Silver dengan 2 kapasiti iaitu 16GB dan 64GB pada harga mampu milik iaitu $399 (RM1614 - RM1699) dan $499 (RM2018 - RM2999). iPhone SE sudah boleh di tempah bermula 24 Mac pada negara negara terpilih dan akan mula di jual secara menyeluruh ke seluruh negara bermula penghujung Mei.  




Ikuti video menarik dari techradar bersempena majlis pelancaran iPhone SE pagi tadi





Di sebabkan saya seorang pengguna tegar Twitter, hari ini dengan berbesar hati saya nak shout out.. HAPPY BIRTHDAY TWITTER!




Hari ini adalah hari ulangtahun kelahiran Twitter yang ke-10. Ini bermakna Twitter telah wujud sejak dari tahun 2006. Em Tahun 2006 tu Jiha tengah prepare untuk amik PMR (huhuh). Jiha mula menggunakan Twitter sejak tahun 2009, Ogos (setelah di hasut oleh classmate)

Reason why Jiha beralih dari Facebook kepada Twitter adalah kerana Twitter memberi peluang untuk Jiha kenal lebih banyak medium komunikasi dengan pelbagai manusia dari seluruh Malaysia. Bayangkan, orang yang kita tak kenal atau tak ikuti pun kita boleh approach. Memang menarik. Dan tahniah buat diri sendiri kerana telah berjaya menjadi pengguna Twitter yang tegar selama 7 tahun berturut turut! (yey!)

Terima kasih Twitter kerana sentiasa menawarkan job job menarik. Terima kasih Twitter kerana sentiasa menceriakan hari-hari indah Jiha. Jasamu sentiasa akan di kenang.

Cheers!