Back to Basic with iPhone SE



Mendengar kepada tajuk di atas, sudah tentu ramai di antara kita yang sudah bersedia dengan keluaran terbaru dari syarikat Apple. 

Tepat jam 1 pagi hari ini, Apple telah mengadakan sebuah sesi keynote dengan tujuan untuk memperkenalkan iPhone keluaran terbaru dari mereka yang di beri nama iPhone SE. Buat para penggemar dan pengikut setia produk Apple, sudah tentu anda berasa begitu teruja untuk mengetahui kelebihan dan perbezaan di antara produk yang sedia ada dan yang bakal di lancarkan bermula hujung bulan Mei tahun ini. 

Berikut adalah beberapa perincian penting buat mereka yang ketinggalan sesi keynote pagi tadi.





iPhone SE yang bakal di lancarkan akan didatangkan dalam size 4" yang mana lebih kecik berbanding iphone 6 dan 6s Plus. 


Lanjutan daripada itu, menerusi Apple Group Malaysia (Facebook):

" iPhone SE dengan spesifikasi mempunyai chip NFC, chip A9 processor dan M9 motion co-processor yang sama sahaja seperti iPhone 6s sekarang dan boleh menggunakan fungsi ‘Hey Siri’. Kamera iPhone SE dikuasakan dengan 12-megapiksel dan boleh merakam video 4K, Live Photos dab front-facing flash untuk selfie serta Touch ID 2 yang juga sama seperti iPhone 6s sekarang. Malangnya iPhone SE tidak mempunya 3D Touch dan akan hadir dengan iOS 9.3. Bagi bateri pula, akan lebih tahan dari iPhone 5s. "
Menurut sumber, iPhone SE didatangkan didalam 4 warna menarik iaitu, Rose Gold, Champagne, Space Grey dan Silver dengan 2 kapasiti iaitu 16GB dan 64GB pada harga mampu milik iaitu $399 (RM1614 - RM1699) dan $499 (RM2018 - RM2999). iPhone SE sudah boleh di tempah bermula 24 Mac pada negara negara terpilih dan akan mula di jual secara menyeluruh ke seluruh negara bermula penghujung Mei.  




Ikuti video menarik dari techradar bersempena majlis pelancaran iPhone SE pagi tadi





No comments:

Post a Comment