Assalamualaikum. 

Pernah tak korang terfikir apa sebenarnya nikmat minum? Selain melepaskan dahaga? Pernah tak? Contohnya macam, minum sebab ada khasiat dalam air tu. Or minum sebab air tu satu satunya air yang betul-betul refreshing. Pernah tak? 

Jiha pernah. Bila Jiha minum Perrier. Haaaa french sangat kan? Minum dikala panas merembang. Dengan sensasi lemon, betul-betul buat Jiha nak berterima kasih pada mother nature. 

 

Apa benda Perrier ni? Laaa. Lupa pulak Jiha nak share dengan korang. Dok kalut sembang sedapnya menikmati Perrier yang sejuk membasahi tekak. 

 

Oklah! Rasanya lepas tengok gambar, korang mesti cakap 'ohhh! Pernah tengok ni'. Confirm. Sebab apa? Sebab Perrier memang dah lama ada dekat Malaysia. Cuma ada sesetengah tu tak perasan or tak terasa nak mencuba. Maybe korang rasa, mahal? Or tak halal? Sebab bentuk botol dia lain dari air yang lain. Betul? Jiha pun mula-mula nampak Perrier ni cuak juga nak cuba. Tapi sekali dah cuba...KAU SABARKEJAP! 

 

 

Perrier ni adalah air sparkling semulajadi yang rendah bikarbonat & sodium. Disebabkan faktor ni, mereka boleh dicampurkan dengan apa jua campuran seperti jus buah-buahan / sirap / bandung / dan sebagainya tanpa merosakkan rasa asal campuran berkenaan. Korang nak add on dalam Ribena also can! Selain dari tu, orang yang berpenyakit / orang tua pun boleh minum. Sebab gas dia sangat-sangat rendah. Bukan macam korang minum air bergas lain. 

 

 
Kalau korang semua nak tahu, ni masuk sejarah sikit eh, Perrier ni sebenarnya dah ada lamaaaa dah. Zaman dulu, Perrier adalah minuman rasmi bagi Kerabat Diraja England. Dan sampai ke hari ini, Perrier masih mengekalkan status & rasa kemewahan yang sama macam zaman dulu. Botol dia pun kalau korang nampak, sangat eksklusif. Dari dulu tau mereka menggunakan botol & bentuk botol yang sama sebab mereka memghormati tradisi Perrier. So bila korang nampak botol bentuk tirus dihujung dan bulat di bawah yang bewarna emerald green, korang tahu, itu Perrier. 

 

Mesti ada yang tanya tengah ke-halal-an Perrier. Ok. Air Perrier ni adalah HALAL. Bergantung pada campuran yang korang add on dalam Perrier ni. Kalau takat campur dengan Ribena, Sirap dan yang sewaktu denganny, maka, Halal la. Yang jadi tak Halal tu bila korang add on alkohol. Perrier ni sebenarnya air mineral water biasa yang ada sparkling. Tapi ada perisa Lemon / Lime. Untuk yang tak suka dengan rasa masam, boleh minum yang original. Ok? So jangan risau. Semuaaaa orang boleh nikmati Perrier ni. Dan Perrier ni boleh didapati dalam bentuk tin / botol. 

 

 

Dah sembang banyak ni, korang nak tak Jiha share resipi mudah nak minum Perrier untuk buka puasa petang ni? Nak? Ok salin dekat bawah ni ok?

Ribena Gembira Kebabom! 

Untuk 3-4 orang minum: 
1. 10 sudu besar Ribena
2. 1 tin laici 
3. 1 botol Perrier (original)
4. perahan lemon
5. Ais

Cara-cara:
 
Masukkan kesemua bahan kedalam jug. Kacau sebati. Kalau nak maniskan boleh tambah Ribena / gula. Tapi pesanan Jiha, gula penyebab diabetis. Sayangilah kaki anda. 

Selamat ber-Perrier! 
Assalamualaikum.

Alhamdulillah. First day puasa hari ni berjalan lancar. Korang semua puasa ke idok? Jangan puasa yang yok tau! Allah nampak! Hehe. Ok lah. Post kali ni lain sikit dari biasa. Selalu sembang pasal anak la, beauty la, product la. Tapi hari ni, Jiha nak perkenalkan pada korang, macam mana korang boleh maintain hair care korang, semudah di hujung jari. Haaaa! Tertanya, tanya kan macam mana, apa yang istimewa sangat post kali ni? Ok jom lanjutkan topik ni. 

Alright, rambut sememangnya perkara yang penting selepas muka. Betul? Kita bagai nak rak spend duit jaga muka kita semua. Tapi, ada sesetengah orang, masih tak ambil kisah penjagaan rambut. Bila rambut dah mula botak tengah, ha, baru la kelamkabut nak jaga. Masa tu dah amik langkah yang lebih panjang untuk penjagaan. Kenapa tak mulakan dari sekarang? 

"Susah lah. Nak kena spend banyak untuk rambut"

"Tak tau nak beli dekat mana. Kalau ada yang branded pun, mesti kedai dia jauh. Or maybe dalam mall"

"I cuma pakai yang overseas. Tapi tu la. Nak tunggu shipping, lambat. So I malas la amik kisah"

Banyak betul kekangan. Jiha faham. Especially kalau yang sibuk tu, memang takde masa lansung nak mendandan diri. Tapi, kalau tak mulakan penjagaan rambut dari awal, nanti dah nipis, dah rosak, dah menggerutu, baru nak cari product yang bagus, masa tu rasanya lagiii banyak nak kena belanja. 

Zaaasssss! Jiha akan bantu korang permudahkan urusan korang. Tak payah keluar rumah. Tak payah redah jem, tak payah isi minyak. Click..click..settle. Macam mana nak settle? Dengan Hairdepot.my la. 

 
Ha. Kalau korang nak tau, Hairdepot adalah sebuah physical store yang memasarkan lebih dari 1000 jenis product penjagaan rambut terkemuka & berkualiti dari 20 jenama dari serata negara. Ada dari Japan, Australia, France dan banyak lagi. Korang name it, nak product scalp, hair loss, maintain kan yang sedia ada, or untuk baby & kanak-kanak. Dorang ada semua itu! Yang lelaki pun jangan gusar. Set penjagaan rambut untuk korang pun ada tau! Apa? Ingat perempuan je ke yang tau berdandan? Lelaki pun nak juga ya dak? 


 

 

 

Tambahan lagi, Haidepot ni dah pernah menang exclusive award The Little Green, New York Street, Phytorelax Laboratories, Cab's Erayba & Farcom kerana memiliki barisan produk yang TERBAIK sebagai aset penjagaan rambut anda. 

Kali ini, Hairdepot selangkah kehadapan bila mereka memperkenalkan website mereka iaitu Hairdepot.my untuk peminat setia penjaga rambut. Korang dah tak payah susah payah dah nak keluar rumah, nak redah jem. Bahkan, yang duduk Sabah & Sarawak pun dah boleh dapatkan product Hairdepot ni dari website mereka. Memang senang betul. Sebab dekat Sabah & Sarawak kan tak ada kedai Hairdepot. So, korang boleh la beli melalui website dorang. 

 

Setiap pembelian bernilai RM99 & keatas, kos penghantaran adalah PERCUMA! Berbaloi kan? Beli barang mahal-mahal, postage dorang tanggung. Rasa macam VVIP berbelanja sangat. Dah la tak payah drive & bersusah payah di mall, order online pulak, FREE shipping. Siapa tak nak, betul? 

 

Pulak tu sekarang, dorang sentiasa adakan SALE setiap bulan. Bulan ni brand tu sale, bulan depan brand ni sale. BERBALOI betul berbelanja dekat Hairdepot ni sebenarnya. 

 


 

Pulak lagi!! Ni Jiha nak share dengan korang. Korang boleh dapatkan RM20 OFF bila korang gunakan code HBE20J masa nak checkout nanti. Sekali lagi Jiha repeat. HBE20J ! Masukkan code ni sebelum korang checkout ok! Penggunaan code ni adalah one-time-off. Makna kata, 1 ID, 1 kali je boleh guna access ni. Makanya, berbelanjalah dengan bijak. Ok?

 

So, yang mana duduk Sabah & Sarawak & kawasan-kawasan yang jauhhhh dari kedai Hairdepot, lekas serbu Hairdepot.my Yang mana  macam, malas-malas nak keluar tapi rajin online, korang shopping je la dekat Hairdepot.my . Ada diskaun RM20 kalau guna code yang Jiha bagi dekat atas tu. Lagi berbaloi. Jimat minyak. Jimat toll. Jimat parking. Jimat masa. Sekali lagi, 
Hairdepot.my  jeeee.  
Assalamualaikum! 

Rasanya semuaaaa orang dekat Malaysia ni kenal dengan nama Shurah. Sebuah brand penjagaan muka yang sudah lama bertapak di Malaysia. So hari ni, Jiha nak share dengan korang 1 lagi set penjagaan muka yang telah diperkenalkan oleh Shurah. Apa yang menarik dengan rangkaian terbaru ni? Kenapa perlu korang baca apa Jiha nak tulis ni? 

 

First and for all. Siapa tak nak muka yang halus mulus cerah & berseri? Siapa tak nak? Jiha pun nak weh! So kalau korang nak, korang kena baca apa Jiha nak kongsikan dengan korang ni. 

Clear White & Shinny Glow. Tema yang digunakan oleh oleh Shurah pada kali ini. Korang jangan risau. Set lengkap ni ada kesemua yang korang perlukan. Pembersih muka, penyegar, losyen, krim siang & krim malam. Kenapa agaknya dorang namakan Clear White & Shinny Glow? Terfikir tak? 

 

Clear White membantu korang menghasilkan melanin dalam masa 24jam & memberikan anda keputihan seawal 7 hari! Manakala Shinny Glow adalah konsep dimana mereka menggunakan bahan semulajadi untuk efek cerah pada kulit yang mempunyai efek anti-tyrosinase. FUH! Dengar sikit pun dah rasa teruja sangat nak tau lagi & lagi. Kan?! Ok jom Jiha share dengan korang, details setiap 1.  

Pembersih Muka Shurah dirumus khas untuk membersih secara dalam supaya kulit korang bukan saja bersih, tapi BENAR BENAR bersih. Molekul-molekul pembersih muka Shurah yang kecil & ringan membolehkan ia masuk kedalam dan membersih secara keseluruhan. Best kan? Bila muka bersih, rasa ringan je lepas tu. 

 

Penyegar Shurah atau nama lain yang biasa kita guna adalah toner. Haaa. Toner Shurah ni tak ada alkohol. So korang boleh guna untuk bawa solat. Halalantoyyiban! Penyegar Shurah membantu korang mencuci kali ke 2! Sebab apa? Sebab bila korang oleskan penyegar ni kemuka, penyegar ni membersihkan dari dalam & mengecilkan pori muka tanpa membuat kulit korang kering & kasar. BEST kan?? 

 

Lepas dah cuci, dah kecilkan pori, korang mesti nak kembalikan kelembapan kulit kan? Mana nak dapat? 🤔 Jangan risau, Pelembap Shurah kan ada? Teksture dia yang ringan & tak berminyak bantu korang 'restore' kelembapan pada kulit korang. Dalam masa yang sama, bekerja sebagai agen pencerah bagi membuatkan kulit korang nampak lagi segar & glowing! Siapa suka?! Ya! Semua perempuan suka. 

 

Kalau keluar rumah siang, tak sah kalau tak calit sunscreen dekat muka. Almaklumlah, Malaysia ni kan negara yang panas. Kalau tak pakai sunscreen sebelum keluar, confirm sunburn nanti. Kita tak nak tu kan? So sebelum keluar rumah, make sure korang pakai Krim Siang Shurah. Sebab apa? Sebab dia ada SPF30 & dapat melindungi kulit korang dari UV bahaya. So kulit korang takde la terdedah dengan sunburn.

 

Last sekali, sebelum tidur, mestilah kita nak manja manjakan diri kan? Nak belek-belek muka depan cermin & kalau boleh nak tidur tu nak kena pastikan, muka ni dah cukup semuaaaaaa keperluan dia. Dari segi kebersihannya, kelembapannya, kecerahannya. Kan? Sebab tu ada Krim Malam Shurah. Krim yang dirumus khas untuk merangsang proses pencerahan kulit sepanjang malam. Ha! Masa malam pun Shurah masih bekerja untuk bantu korang dapatkan kulit idaman korang tau! Sebab apa waktu malam? Sebab masa ni lah kulit kita lebih senang nak proses segala nutrisi. Sebab kita tak terdedah pada matahari / asap kotor. Kulit tengah relax & lebih mudah nak proses semua keperluannya. 

 

Eh muka je ke jaga? Badan? Tak payah cerah? Kang jadi dua tone pulak 🤔 OF COURSE BADAN PUN KENA JAGA GIRLS! Especially yang dah ada laki tu. Nak kena maintain la lawanya cerahnya. Kan? Sebab tu korang kena amalkan Losyen Pencerah Tangan & Badan Shurah. Losyen ni ada EPF tau. So boleh pakai siang & malam. Paling penting, dia mudah meresap & tak berminyak. Tak melekit. Kalau korang gunakan selalu, potensi untuk dapatkan kulit yang cerah & lembut tu adalah TIDAK MUSTAHIL. 

 

Amacam? Menarik tertarik kau memang da boomm kan produk Shurah ni? Rasanya kesemuaaaa keperluan kulit yang korang mahukan, ada pada produk Shurah Clear White & Shinny Glow ni. 

 

So? Tunggu apa lagi? Lekassss dapatkan 1 set untuk korang. Kalau malas nak pergi kedai, beli je dekat Jetaine. Mudah & dipercayai! Kalau nak tau lebihh banyak pasal Clear White & Shinny Glow, korang pergi je FB Shurah  Semua ada dekat sana. 

Ok lah! Sekian perkongsian Jiha dengan korang. Jangan lupa, kecantikan bermula dengan semangat! Assalamualaikum 
Assalamualaikum! 

Ha..pakat mai dekat-dekat ibu-ibu yang sedang hamil, bakal melahirkan atau yang dah memang melahirkan. Hari ni, Jiha nak kongsi 1 rahsia yang ramai orang tak tahu tapi Jiha decide untuk share dengan semua orang. 

Ada tak antara ibu-ibu yang ada masalah mencari bengkung yang sedap? Bra yang selesa dipakai seharian tanpa rasa lemas? Tak ada? Ok, ibu-ibu sedang membaca artikel yang betul. Ok, Jiha pun sebenarnya selama ni susah nau nak cari bra yang selesa & support. Almaklumlah semenjak dah ada anak ni, mana boleh pakai yang biasa kan. Kena pakai yang sesuai untuk menyusukan anak. Mostly yang Jiha pakai setakat ni buat jadi, labuh. Faham tak 'labuh' tu apa? Your asset, dia tak jadi nak firm sangat sebab sedia kita semua tahu, bra menyusu memang tak ada besi untuk support our breast. Betul? Dah tu pulak kita semua ada lemak dekat sebelah breast tu kan? Kalau pakai bra menyusu yang biasa, confirm tak nampak firm. Nampak la benjolan lemak korang tu. So Jiha memang segan la nak pakai baju yang sedang-sedang elok je. Confirm la nanti nampak lemak tu. Tapi nasib baik, one of my kawan Blogger, Arisa Chow, kenalkan Jiha dengan Bmama. 


Ok, first sekali, Jiha nak share dulu Bmama ni apa. Basically, Bmama adalah sebuah kedai pakaian untuk ibu-ibu yang memang lengkap la. Daripada bengkung, kepada bra, kepada baju kasual, seluar. Ibu-ibu yang ada masalah sakit pinggang dan memerlukan supporter sepanjang kehamilan, jangan risau Bmama ada sediakan untuk anda. Jiha pun terkejut bendalah tu ada dekat Malaysia. Selalu nampak omputih je pakai. So next time, dah tahu la nak dapatkan dari mana. Macam mana bentuk supporter tu? Macam ni ha



Not only that, kalau korang teringinnnnn sangat nak photoshoot maternity, datang je Bmama. Dorang ada spot untuk ibu-ibu amik gambar dengan baby bump! (kalau tahu ada, dah angkut fa'eq masa dia dalam perut). 

So, apa yang best pasal Bmama ni? Jiha suka bengkung dia. Ok Jiha ada 3 item yang Jiha dapat dari Bmama. Bengkung, and 2 breastfeeding bra. Now Jiha nak cerita pasal bengkung je dulu. Kenapa Jiha fall in love dengan bengkung dia? hmm 


Bengkung Bmama ni memang panjang. So korang yang gain weight TERbanyak masa pregnant, jangan risau. Confirm cover. Lepas tu material dia. Ini paling best. Kalau normal bengkung, dia panas. And korang akan rasa merengga betul kalau pakai. Sebab material dia panas. Bengkung Bmama ni, dia diperbuat dari cotton. So sepanjang Jiha dah pakai ni, Jiha tak pernah rasa gatal / terlalu panas. Memang selesa. Kalau korang tanya cotton jenis apa, Jiha would say, yang paling comfort. Ni tak bohong. Lepas tu dia punya strip, tak sakit. Biasanya kalau pakai bengkung yang jenis zipzap ni, kau sabar jap kalau kena kulit. Pedih. Yang ni tak ok! Sangat selesa. 


Bukan tu je. Paling best best best! (amek kausss sampai 3 kali) pasal bengkung Bmama ni adalah dia bantu Jiha tegakkan posture badan. Means, bila pakai, confirm nak duduk tegak. Kita semua ni tua sebelum usia. Duduk membongkok je. Walaupun material bengkung Bmama ni adalah cotton, dia bantu Jiha duduk tegak. Dan dalam masa yang sama, perut tak la menggelebeh. Agitteww. 


So kalau korang tanya berapa star nak bagi bengkung Bmama? Jiha bagi 4! Eh kata suka, kenapa 4 je? Sebab dia warna putih :"( . Kalau warna hitam dah bagi 5 dah. Ya bengkung dia buat masa ni hanya ada putih sahaja. Tapi jangan risau, senang di basuh. Jiha dah pakai 2-3 minggu tak basuh lagi, masih putih dan tak kotor. Sungguh. Kalau tak percaya boleh tengok review Jiha dekat sini

Sebenarnya, Jiha nak share cerita pasal bra Bmama yang best! Tapi kang sampai esok korang baca tak habis. So yang cerita bra tu, Jiha sambung dalam next entry ok? 

Untuk korang yang berminat nak tengok apa lagi yang Bmama ni ada, singgah la Bmama Maternity Facebook Page. Siap ada harga lagi. Kalau nak walk-in, boleh terus ke Banda Manjalara, Kepong. Ala, Waze je BMAMA, confirm sampai. So, have fun! Jiha dah share rahsia Jiha dengan korang. Korang jangan lupa share dengan orang lain juga ok? 
Assalamualaikum!

Sebelum tu, cantik tak tudung yang Jiha pakai ni? Cepat puji! Hahaha


Oklah. Rasanya sekarang ni memang dah jadi trend juga sebenarnya tudung yang bercorak pastel. Sebab tudung bercorak dan berwarna pastel ni memang padan dengan apa jenis baju pun. Sama ada baju untuk ke pejabat atau kasual. Semua sesuai. Dan Jiha perasan juga sebenarnya dah ada beberapa brand di Malaysia ni yang menghasilkan tudung bercorak dan berwarna pastel & Jiha yakin, makin banyak  dan semakin berkembang pattern tudung sebegini. 


Alang-alang dah cerita pasal tudung corak / warna pastel ni, Jiha nak kenalkan dekat korang 1 jenama baru yang juga mempertaruhkan idea baru serta segar didalam industri fashion Malaysia. Duo Scarf by Saedi Ideas. Sebenarnya, Saedi Ideas ni adalah sebuah anak syarikat kepada industri percetakan yang dah memang lama bertapak di Malaysia. Daripada penghasilan langsir bermutu tinggi sehingga hiasan rumah yang menarik hati, dorang kini mengubah sedikit haluan dan menceburi dunia fashion muslimah. Dengan mendapat inspirasi dari Eropah, Saedi Ideas telah menghasilkan koleksi Duo Scarf yang berlatarbelakangkan bangunan bersejarah yang terkenal di negara-negara Eropah. 

Tapi itu mungkin tak menarik minat anda, bukan? Kerana ada yang lebih menarik mengenai Duo Scarf ni yang perlu anda tahu. Yang membezakan Duo Scarf ni dari yang lain adalah konsep 2 muka. Apa tu 2 muka? Haaa Duo Scarf ni ada 2 design berlainan dalam 1 tudung. Makna kata, anda boleh menggayakan Duo Scarf dalam 2 rekaan. So nanti tak de la orang cakap anda pakai tudung yang sama je selalu sebab anda boleh adjust permukaan tudung tu mengikut corak yang anda nak. Menarik kan? Sebab tu nama dia Duo Scarf. 

Selain daripada tu, kualiti kain Duo Scarf yang digunakan juga memang sangat berkualiti! Duo Scarf diperbuat daripada satin silk yang sangat selesa. Bila pakai tu senang sangat nak adjust. Yang paling penting, ni khusus untuk yang jenis pemalas / selalu nak cepat, Duo scarf ni tak mudah renyuk. So kalau baru angkat dari ampaian tu, boleh terus letak atas kepala ok. Senang nak adjust. Sesuai sangat jenis kain ni untuk wanita yang sentiasa pentingkan masa. 


Bukan tu je tau! Dengan setiap pembelian Duo Scarf, korang akan dapat 1 bag berpadanan dengan corak tudung yang korang beli. So dalam 1 harga, dapat 2 barang. Menarik kan? Of course! Bag yang diberikan sekali dengan Duo Scarf tu kalis air. So kalau korang nak bawak pergi pasar or berjalan, jangan risau. Corak dekat atas bag tu takkan pudar sebab dia kalis air. Korang boleh basuh kalau kotor. 

Mesti korang dah excited nak tau macam mana nak dapatkan Duo Scarf ni lepas tengok Jiha pose dekat atas tu kan? Sabar! Jiha akan share kan dengan korang. Boleh la korang borong untuk raya ni. Raya pun dah dekat. Pakai la biar matchy matchy dengan family. Ok, pembelian Duo Scarf boleh dilakukan melalui 11street. Mudah kan? Korang boleh pilih nak design mana sebab mereka ada 8 design berbeza dengan harga cuma RM180! Murah tau! Rugi kalau tak dapatkan 1 untuk diri sendiri. Jangan tunggu lagi!! Lekas serbu 11street dan dapatkan Duo Scarf korang hari ni sebelum sold out!

Assalamualaikum!!!

Alhamdulillah. Sekali lagi tahun ni kita dipertemukan dengn Ramadhan & InsyaAllah, Syawal. Jiha pasti dah ramai sangat yang tak sabar nak mulakan persiapan Ramadhan & Syawal yang bakal menjelang. Jiha & keluarga pun dah mula hantar kain baju untuk raya nanti dari bulan 1 tau! Gila kann? Sekarang tailor kalau raya bulan 5, bulan 1 tak hantar lagi, korang beraya je la pakai baju tidur dik non. Akak tak bohong ni. Apa taknya. Sekali tempahan masuk tak kurang dari 100 pasang. Tu minimum. Maximum entah berapa. Tapi Jiha tau ramai je lagi sebenarnya tak tau nak pakai baju apa raya nanti. Nak matching-matching 1 keluarga ke tak pun masih dalam kira kira. kan? Hahah tak apaaaa. Untuk yang susah hati sebab tukang jahit dah tak nak amik kain korang untuk tempahan raya, ada berita gembira dari Minaz.

Eh kenapa Minaz? Minaz tu apa?



Ok! Kalau yang masih tak tahu, Minaz gedung pakaian wanita dan kanak-kanak yang eksklusif. Menggunakan material yang TERBAIK dan rekaan yang SEGAR setiap tahun membuatkan Minaz mempunyai ribuan pengikut yang setia setiap masa. Bukan tu je tau! Koleksi Minaz ni bukan hanya untuk diperagakan ketika Raya, bahkan ketika untuk menghadiri majlis santai sebab Minaz mempunyai banyak koleksi menarik sedari awal kemunculan mereka. Tapi hari ni, Jiha nak tekankan koleksi terbaru Minaz yang diberi nama #MinazBloomingRaya2017 . Haaaa, dengarkan nama je korang mesti dah tak sabar nak tahu apa yang 'blooming' sangat dengan rekaan Minaz tahun ni. 



Well, tahun ni special-nya Minaz adalah kerana mereka membuat koleborasi penuh bersama Rozita Che Wan a.k.a CheTa. Siapa je tak kenal CheTa dekat Malaysia ni? Seorang primadona yang bukan sahaja mempunyai wajah yang sangat menarik bahkan mempunyai seorang anak ,Aaisyah Dhia Rana, yang sangat comel! Pasangan ibu & anak ni sememangnya menjadi tumpuan rakyat Malaysia terutama kaum ibu-ibu lah kan. 





Konsep Minaz pada tahun ni lebih kepada pakaian sedondon ibu & anak. Tahun ini, Minaz, dengan kerjasa dari CheTa sendiri telah mempertaruhkan Koleksi Premium Printed Minaz. Seperti yang Jiha dah mention dekat atas, koleksi Minaz adalah koleksi yang sentiasa SEGAR dan lain daripada yang lain.






Dalam koleksi terbaru Minaz kali ni, mereka memperkenalkan 5 corak terbaru iaitu Rosey, Iznik, Iris, Muscary dan Carnation Series, Fuh nama pun dah glam. Agaknya baju tak macam mana lah ya?


Selain daripada tu, mereka juga memperkenalkan Koleksi Luxe Edition yang lebih extravaganza & sangat sesuai untuk sebarang majlis sekalipun. Bukan setakat rekaan je yang baru, koleksi warna yang dipamerkan juga agak berlainan daripada sebelum ni supaya peminat Minaz akan sentiasa mempunyai pilihan warna yang berbeza dari sebelumnya. Koleksi #MinazBloomingRaya2017 mempunyai range harga mampu milik yang bermula dari RM159 sehingga RM599. 



Istimewanya koleksi tahun ni, pembeli yang membeli dengan Minaz akan berpeluang untuk menang duit raya bernilai sehingga RM10,000. WOW!! Siapa nak bagi korang duit raya sebanyak tu dengan hanya beli baju bernilai RM159? Tak ada weh! Hanya Minaz yang buat. So korang jangan lagi tunggu lama-lama. Koleksi Minaz akan mula berada di pasaran bermula Ramadhan ini dan pembelian hanya boleh dilakukan secara 'walk-in'. Korang yang nak beli koleksi #MinazBloomingRaya2017 boleh terus ke butik Minaz yang terdapat di Shah Alam, Bangi, & Kuantan. Atau korang juga boleh follow Minaz untuk update semasa di Instagram mereka iaitu @minaz.my / di Twitter mereka iaitu @minaz_my / di Facebook page rasmi mereka iaitu minaz.my . Mudah kan? Or else kalau korang takut berduka cita pi butik baju dah habis, apa kata korang call dulu dorang di hotline mereka iaitu 03-87256404 ok?

So, diharapkan sedikit perkongsian dari Jiha ni memberi gambaran la macam mana korang nak melaram raya tahun ni. Jangan susah hati kalau tailor takmo amik dah kain korang. Serbu je Minaz. Gerenti ketaq lutut. 

Selamat membeli belah! 


Picture Credit: Minaz Team