Wife Dah Nak Bersalin! Bersediakah Kami?




Ramai parents di luar sana yang selalu rasa, baju baby ni mahal. Bukan je baju, keperluan lain pun mahal juga. Especially mereka yang dari ekonomi pertengahan, macam Jiha ni. Sebelum mengandung, bila masuk kedai baby macam, uish, mahalnya baju ni, botol ni, permainan ni. Terfikir masa tu, macam mana lah abang Jiha beli macam-macam untuk anak dia. Rasa macam masa tu, bila turn aku agaknya berapa banyak la kos nak kena spend untuk anak. Terus rasa takut. Tapi soon as dah pregnant, nak tak nak kena beli juga semua tu. Nak kena juga beli baju, lampin, botol dan sebagainya. Dan semestinya kita nak kan yang terbaik untuk anak-anak kita. Betul tak mommies? So hari ni Jiha nak sharekan macam mana anda (bakal ibu-ibu baru) boleh berjimat dalam membeli barangan bakal bayi anda.




Ok mula-mula sekali, of course korang kena rancang perbelanjaan korang. Misal kata gaji korang RM2000. Berapa agaknya korang mampu menyimpan untuk sebulan tu? RM300? RM500? Berapa? Dari awal kehamilan, rancang perbelanjaan korang. Simpan sekurang-kurangnya RM300-RM500 setiap bulan untuk kegunaan barangan bayi anda dan sebagainya. Kalau tak boleh sampai RM300, RM100 pun takkan tak lepas, kan? Kalau korang mampu lakukan trick yang pertama ni, korang dah tak ada masalah untuk yang seterusnya.


Seterusnya, join group mak-mak dalam FB tu. Dorang selalu share dekat mana ada SALE baby dan yang berkaitan. So dalam masa yang sama boleh bantu korang berjimat. Tapi ada sesetengah SALE tak SALE mana. So make sure korang pun dah buat beberapa survey di tempat lain sebelum lakukan pembelian. Ni pun akan membantu korang berjimat. And bukan je SALE, ada je parents yang nak let go barang dorang kan? Kiranya dah jadi preloved item la. Boleh juga beli yang itu. Ala tak ada terkesan mana. Lepas dah beli, basuh je la. Beli yang baru pun korang kena basuh juga. Baju anak Jiha pun banyak yang abang pass dari si dompol Sofea tu. Sebelum guna untuk Fa'eq, Jiha basuh dulu. 



Seterusnya, belilah dari awal. Makna kata beli dari awal tu, korang beli sikit-sikit, Apa yang boleh beli dari awal? Baju dia, kain lampin, towel, mat untuk tukar pampers, besen mandi dan barangan yang tak ada tarikh luput. Bila dah masuk 3rd trim, boleh la mula beli lotion dia, set mandi dia dan sebagainya. Pampers pun Jiha sarankan beli dah hujung kehamilan. Bukan apa, nanti kalau dah terkoyak plastik dia dalam tempoh lebih dari sebulan sebelum baby keluar, tak sesuai la untuk dipakaikan ke baby korang. Hygiene.



Oh ya! Untuk yang nak bersalin hospital swasta, boleh la mula survey hospital mana sesuai dari awal. Dari trimester pertama also can. Bukan apa, masa nila korang nak buat perbandingan hospital mana ok tak ok, doktor mana bagus tak bagus. Kalau yang mana nak bersalin area Bangi, boleh baca pengalaman Jiha persalin di Hospital Az-Zahrah ok! Or else, macam jiha cakap, korang join group FB wanita mengandung tu, tanya dalam tu area korang tu hospital mana ok. Confirm ada yang jawab. Jangan risau. 




Kalau korang terfikir nak beli barang mainan untuk baby korang dari awal kehamilan, lupakan. Dia bukan pandai main pun lagi. Lebih baik korang focus untuk buka account simpanan untuk dia dan juga sediakan kad insuran. Lebih bermanfaat. Ala jangan risau, nanti ada kawan-kawan datang melawat mesti ada yang hulur mainan dan set baju semua tu. So tak perlu beli terlalu banyak baju dan permainan. Tapi kalau still nak beli, why not. Tak ada masalah pun. Ok?

Jiha rasa tu je la setakat ni perkongsian Jiha dari pengalaman Jiha sendiri macam mana Jiha uruskan kewangan dan keadaan sepanjang kehamilan sehingga kelahiran. Kalau yang nak tahu Jiha berpantang macam mana, boleh baca pengalaman Jiha berpantang dengan set berpantang Shaklee. Kalau berminat nak beli boleh pm jiha dekat email Jiha ok? 

Photo Courtesy: Google 

No comments:

Post a Comment