Biru Band, Maaf



Korang pernah dengar tak nama Biru Band? Tak pernah? Ok, buat yang masih tak tahu Biru Band ni adalah sebuah band yang sedang meningkat naik dari negara seberang, Indonesia. Band ni dah dah pernah hasilkan sebuah single sebelum ni, Pacarku Yang Hilang. Dan yang menariknya, jumlah view dah mencecah 2.3 Juta! Menarik bukan? 

Dengar kata, baru-baru ni mereka kembali dengan single terbaru yang diberi judul, Maaf. Kalau sebelum ni single, Pacarku Yang Hilang bertempo agak catchy dan laju, Maaf ni pula sedikit contra dari segi emosi & penyampaian dia; berbanding yang sebelum ni. Rasanya, pakwe yang baru lepas bergaduh dengan makwe korang boleh la layan lagu ni. Jangan menangis pulak, dah lah :P

Apa lagi? Jom sama-sama dengan Jiha layan lagu Maaf ni, sambil mengenang suami yang nun jauh sedang bekerja *lap ingus*



Korang boleh muat turun ringtone Maaf ni dengan cara: 
Maxis CallerRingtones -- Dial *131*563937# tekan Call/Hantar
DiGi CallerTunes -- Dial *233*1330489# tekan Hantar/Call
Celcom CallMeTones -- Dial *323*282685# tekan Call/Hantar
U Mobile ColourTones -- Taip CRM 6371645 dan hantar ke 28383

Kalau nak nyanyi lagu Maaf ni tapi takut salah lirik dan diketawakan member sebelah, baca je lirik dekat sini

Sayangku maafkanlah
Aku yang harus sendiri..
Sendiri tinggalkan dirimu
Maafkan bila aku pernah menyakiti hatimu
Pernah melukai jiwamu
Maafku mengalah

*Maafkanlah bila cinta ku tak bisa memaksa
Kerna cintamu bukan untukku

Sayangku maafkanku
Pernah menyakiti hatimu
Pernah melukai jiwamu
Maafku mengalah
Maafkanlah bila cinta ku tak bisa memaksa
Kerna cintamu bukan untukku

**Sungguh aku tak bisa mempertahankan semua
Kerna ini yang terbaik tuk kita

Ulang *
Ulang **
Ulang * & **
Maafkan aku 

Jangan lupa check out link dibawah ni kalau korang nak menyanyi tanpa henti lagu-lagu dari Biru Band, Ok!


No comments:

Post a Comment