Serlahkan Syawal Anda Dengan Minaz Blooming Raya 2017

Assalamualaikum!!!

Alhamdulillah. Sekali lagi tahun ni kita dipertemukan dengn Ramadhan & InsyaAllah, Syawal. Jiha pasti dah ramai sangat yang tak sabar nak mulakan persiapan Ramadhan & Syawal yang bakal menjelang. Jiha & keluarga pun dah mula hantar kain baju untuk raya nanti dari bulan 1 tau! Gila kann? Sekarang tailor kalau raya bulan 5, bulan 1 tak hantar lagi, korang beraya je la pakai baju tidur dik non. Akak tak bohong ni. Apa taknya. Sekali tempahan masuk tak kurang dari 100 pasang. Tu minimum. Maximum entah berapa. Tapi Jiha tau ramai je lagi sebenarnya tak tau nak pakai baju apa raya nanti. Nak matching-matching 1 keluarga ke tak pun masih dalam kira kira. kan? Hahah tak apaaaa. Untuk yang susah hati sebab tukang jahit dah tak nak amik kain korang untuk tempahan raya, ada berita gembira dari Minaz.

Eh kenapa Minaz? Minaz tu apa?



Ok! Kalau yang masih tak tahu, Minaz gedung pakaian wanita dan kanak-kanak yang eksklusif. Menggunakan material yang TERBAIK dan rekaan yang SEGAR setiap tahun membuatkan Minaz mempunyai ribuan pengikut yang setia setiap masa. Bukan tu je tau! Koleksi Minaz ni bukan hanya untuk diperagakan ketika Raya, bahkan ketika untuk menghadiri majlis santai sebab Minaz mempunyai banyak koleksi menarik sedari awal kemunculan mereka. Tapi hari ni, Jiha nak tekankan koleksi terbaru Minaz yang diberi nama #MinazBloomingRaya2017 . Haaaa, dengarkan nama je korang mesti dah tak sabar nak tahu apa yang 'blooming' sangat dengan rekaan Minaz tahun ni. 



Well, tahun ni special-nya Minaz adalah kerana mereka membuat koleborasi penuh bersama Rozita Che Wan a.k.a CheTa. Siapa je tak kenal CheTa dekat Malaysia ni? Seorang primadona yang bukan sahaja mempunyai wajah yang sangat menarik bahkan mempunyai seorang anak ,Aaisyah Dhia Rana, yang sangat comel! Pasangan ibu & anak ni sememangnya menjadi tumpuan rakyat Malaysia terutama kaum ibu-ibu lah kan. 





Konsep Minaz pada tahun ni lebih kepada pakaian sedondon ibu & anak. Tahun ini, Minaz, dengan kerjasa dari CheTa sendiri telah mempertaruhkan Koleksi Premium Printed Minaz. Seperti yang Jiha dah mention dekat atas, koleksi Minaz adalah koleksi yang sentiasa SEGAR dan lain daripada yang lain.






Dalam koleksi terbaru Minaz kali ni, mereka memperkenalkan 5 corak terbaru iaitu Rosey, Iznik, Iris, Muscary dan Carnation Series, Fuh nama pun dah glam. Agaknya baju tak macam mana lah ya?


Selain daripada tu, mereka juga memperkenalkan Koleksi Luxe Edition yang lebih extravaganza & sangat sesuai untuk sebarang majlis sekalipun. Bukan setakat rekaan je yang baru, koleksi warna yang dipamerkan juga agak berlainan daripada sebelum ni supaya peminat Minaz akan sentiasa mempunyai pilihan warna yang berbeza dari sebelumnya. Koleksi #MinazBloomingRaya2017 mempunyai range harga mampu milik yang bermula dari RM159 sehingga RM599. 



Istimewanya koleksi tahun ni, pembeli yang membeli dengan Minaz akan berpeluang untuk menang duit raya bernilai sehingga RM10,000. WOW!! Siapa nak bagi korang duit raya sebanyak tu dengan hanya beli baju bernilai RM159? Tak ada weh! Hanya Minaz yang buat. So korang jangan lagi tunggu lama-lama. Koleksi Minaz akan mula berada di pasaran bermula Ramadhan ini dan pembelian hanya boleh dilakukan secara 'walk-in'. Korang yang nak beli koleksi #MinazBloomingRaya2017 boleh terus ke butik Minaz yang terdapat di Shah Alam, Bangi, & Kuantan. Atau korang juga boleh follow Minaz untuk update semasa di Instagram mereka iaitu @minaz.my / di Twitter mereka iaitu @minaz_my / di Facebook page rasmi mereka iaitu minaz.my . Mudah kan? Or else kalau korang takut berduka cita pi butik baju dah habis, apa kata korang call dulu dorang di hotline mereka iaitu 03-87256404 ok?

So, diharapkan sedikit perkongsian dari Jiha ni memberi gambaran la macam mana korang nak melaram raya tahun ni. Jangan susah hati kalau tailor takmo amik dah kain korang. Serbu je Minaz. Gerenti ketaq lutut. 

Selamat membeli belah! 


Picture Credit: Minaz Team

No comments:

Post a Comment