Konnichi-WOW Bawa Anda Ke Jepun secara PERCUMA!

Kalau semalam Jiha dah perkenalkan dekat korang mengenai Travelbook yang sedang hangat diperkatakan especially oleh rakyat Filipina sebagai salah 1 aplikasi talian yang sangat mudah untuk menempah penginapan pada harga yang WOW! Hari ni Jiha nak share mengenai contest yang mereka lancarkan baru-baru ni dan ya, jangan bersedih hati semua. Mereka dah ada pemenang dah pun. So hari ni Jiha nak sharekan dengan korang mengenai contest yang telah dijalankan dan apa yang pemenang Travelbook berjaya dapat. Korang confirm gigit jari weh! 

Sebenarnya, Travelbook telah adakan promosi baru-baru ni yang mana, pemenang bertuah akan ditaja SEPENUHNYA untuk melancong ke Jepun! FUH! Siapa tak nak melancong ke Jepun kan? Negara matahari terbit yang sememangnya sangat popular dikalangan masyarakat dari seluruh dunia. Tak percaya? Ok takpe, meh Jiha kongsikan dengan korang details promo yang telah dijalankan oleh Travelbook

Nampak tak? Tiket penerbangan secara PERCUMA untuk 2 orang. Pakej penginapan secara PERCUMA untuk 2 orang. Dan paling penting, Travelbook bagi duit poket untuk shopping!!!! Alaaaaaa...kenapa bukan Jiha yang menang!!!! Siapa nak bagi semua ni? Siap dapat duit belanja. Selalu korang holiday, duit belanja sendiri tanggung kan? Kali ni korang holiday for FREE! Tinggal bawak baju je. Lain semua dah disediakan. See, betul kan Jiha cakap. Jiha pun menaip ni sambil patah hati tau! huuuuuu.

Dan pemenang yang bertuah tu adalah Erwin Sarmiento dari Quezon. Hm, agak-agak dia nak tukar tak seat dia dengan Jiha. Teringinnya nak jelajah Jepunnnnn. 


Promo yang diberi nama The Konnichi-WOW adalah cabutan bertuah yang telah diadakan pada April 11, 2017 lalu bersempena dengan sambutan ulang tahun keempat syarikat berkenaan telah mendapat pengawasan oleh Jabatan Perancangan Perdagangan dan Industri Rhoda Sevillino & Pegawai Strategi Pemasaran Travelbook, Mary Angeli Pasquin. 

Dengar kata 2 lagi pemenang promo ni akan diumumkan pada bulan may & jun nanti. Maksudnya akan ada lagi la kan peluang untuk Jiha menang? Mungkinkah rezeki anak akan menyebelahi Jiha? JengJengJengggg.

Untuk korang yang berminat, korang masih boleh menyertai cabutan-cabutan seterusnya dengan hanya melakukan tempahan penginapan melalui laman web TravelBook atau aplikasi mudah alih TravelBook yang ada dalam Android dan iOS. 

So? Tunggu apa lagi? Lekas!! Korang nak jejakkan kaki ke Jepun dengan keseluruhan kos perjalanan dan penginapan di tanggung oleh Travelbook? Kalau nak, cepat serbu Travelbook SEKARANG! Mana tahu rezeki korang spam Instagram dengan selfie indah di Jepun? 

Good Luck!!

No comments:

Post a Comment