Fa'eq Suka @littlerocketmy !

Assalamualaikum Semua! 

Ok untuk entry kali ni tak akan panjang berjela. Why? Sebab Jiha cuma nak share dengan korang pasal 1 online vendor ni yang menjual rompers baby. HAAA mak-mak sangat kan sekarang asyik belek online seller yang jual barang baby je. Tapi Jiha perasan, apa sahaja yang berkaitan dengan baby, mesti mahal. Kan? baik bajunya, botolnya, susunya, makanannya. Semua mahal ok! Baju orang dewasa pun tak lah mahal macam ni (ok, bohong. zzz). Selalu kalau usha-usha online seller yang jual rompers, mestiiii semua RM35 keatas. Especially yang jenis customized tu. Ala mak modern zaman ni, baju anak tu kalau boleh nak design ikut suka dia. Nak bubuh nama lah, cartoon favorite yang anak dia suka la. Eh tak kurang juga yang nak bubuh muka anak la. Kononnya nanti boleh ah OOTD (outfit of the day). 

So hari ni, Jiha nak share kan dengan korang 1 online seller ni yang jual rompers bawah RM30! Hanya RM25 gais! Customized punya. 


Taraaaa!!! Ha semenjak dah menjengah ke alam ibu-ibu ni, bohong lah kalau Jiha tak terfikir nak belikan anak baju yang ada nama dia and all. Of course ada. So Jiha jumpa 1 online seller ni di Instagram, @littlerocketmy . Ok, kenapa Jiha suka kualiti dan kerja mereka? benda pertama Jiha akan consider bila beli baju anak ni, of course la keselesaan untuk anak. Takkan lah nak bagi anak korang pakai baju yang panas & gatal-gatal. Nanti kalau dorang grumpy, korang juga yang susah kan? Demi anak, kalau baju tu dari sutera syurga pun beli uolss! Kualiti kain rompers yang digunakan oleh @littlerocketmy ni memang best. Sejuk je. Sebab cotton kan. Jiha sendiri kalau boleh pakai pun memang takkan menyesal beli. 


Ok. Zoom in sikit. walaupun tak berapa nak nampak sangat. Atas baju yang anak Jiha pakai ni dia print je. Tapi kualiti print dia tak nampak murah. Kan ada sesetengah tu kalau print, kita tengok pun tau kualiti tah apa-apa. Tak padan dengan harga pun. Tapi untuk yang ni, memang ok. Jiha suka. And Jiha ada request dari dorang untuk print design Manchester United. Lepas tu tanya la kot kena add few amount ke apa kan? Dorang cakap, tak payah. Harga sama (sujud syukur). Hahahaha. 


Paling best, warna design yang dicetak atas baju tu, tak pudar. Memang warna yang cantik. Seriously Jiha suka sangat. Korang kalau pegang baju tu pun korang akan suka tau. 


So, bila anak suka & selesa pakai ni, maknya mula la gatal tangan nak membeli lagi dekat @littlerocketmy ni ha. Bahaya kan? Murah gais. Tempat lain Jiha dah survey. RM35 baju je. Printing lain harga. Kalau banyak songeh + another harga. Memang tak best tau. @littlerocketmy ni dah lah cepat. Lebih kurang 3 hari baju dah boleh siap. And nasib baik kami stay dekat, so boleh lah COD. Jimat kos postage :P . Size yang available bermula dari 3 bulan -> 24 bulan. Yang mana baru nak ada anak / memang dah ada anak, masih belum terlambat nak belikan rompers. Eh lengan panjang also ada! Request je. Dorang boleh sediakan. 

Alamak, tadi dah janji tak nak bebel panjang. Sekali terpanjang pulak. Pokoknya Jiha nak cakap, korang takkan menyesal beli dengan @littlerocketmy . Sungguh. Jiha pun tunggu gaji untuk next rompers anak. Sekali lagi, korang boleh kunjungi @littlerocketmy ok? Owner dia pun tak lokek nak suggest korang itu ini. Just, message je dorang. 

Selamat Membeli Belah!



No comments:

Post a Comment