Anak Itu, Rahmat Allah.

Assalamualaikum! 

Terpanggil rasanya hari ni nak buat entry dari hati. Ewah! Tapi betul. Rasa terkesan betul hari ni. So hari ni Jiha nak kongsikan dengan korang. Semoga bermanfaat. InsyaAllah.

Pagi tadi, Jiha ternampak ada 1 post di Facebook mengenai orang buang bayi kedalam tong sampah. 😔 



Sedih rasa tengok. Kenapa ada orang yang sanggup buat macam ni pada zuriat sendiri? Ketepikan tu perihal status anak ni. Sekarang, kita bercakap mengenai ihsan, kasih sayang & kewarasan akal manusia. Di mana letaknya kasih sayang manusia tatkala melihat bayi yang lemah tidak berdaya bahkan tudak mampu bersuara kepada si ibu akan kemahuan hatinya? 



Tidak kah kita sedikit pun tidak terusik kala melihat anak yang selama 9 bulan dikandung kehulu kehilir kini dalam dakapan? Tidakkah berjujuran air mata si ibu tatkala membuat keputusan untuk mencampakkan bayi itu kedalam tong sampah? 



Setiap kali Jiha tengok anak Jiha sendiri, Jiha selalu cakap dekat dia, "bertuahnya awak sayang, disayangi sedari dalam kandungan sehingga kini. Sedikitpun tiada serba kekurangan waimah sebesar kuman. Bertuahnya awak, lahir dan dibelai. Tak macam anak lain yang tiada tuah di kakinya. Sudahlah di lahirkan tiada berbapa. Bahkan di buang lagi kedalam tong sampah" 🙁



Sayu hati bila lihat banyak kes pembuangan bayi kebelakangan ni. Sekali lagi, letakkan jauh kesilapan ibu bapa yang terlanjur perbuatan. Letakkan 1 perspektif, dia sudah menjadi ibu, tapi di manakah naluri keibuannya? Tiadakah walau sekelumit? 😔 Sedangkan ramai pasangan yang sudah berkahwin tapi masih belum Allah kurniakan zuriat buat penyambung kasih. Ya Allah. Mengapa hati mu begitu kejam, wahai ibu? Benarlah, kata bijak pandai. Perhubungan yang seawalnya bermula dengan kesilapan; Allah cabut rasa kepayahan itu supaya tiada dia merasa bait pahala di saat kesakitan. Mungkin sebab tu mudah sangat untuk dia buang bayi merata-rata. 



Apalah salahnya kalau memang dah tak nak anak tu, tinggalkan di masjid atau balai polis atau rumah kebajikan. Tentu ramai yang sudi menjaga.  Bukan tong sampah tempatnya untuk si kecil itu. Dia tiada salah walaupun sebesar hama. 



Semoga entry ni memberikan sedikit keinsafan kepada kita akan betapa bertuahnya kita kerana dilahirkan punya keluarga. Kalau korang di takdirkan punya kawan yang mengalami nasib seperti bayi di atas, mohon nasihatkan dia. Kalau tidak mahu di jaga, berikan kepada yang berkemampuan. InsyaAllah terbela nasib baik itu nanti. Sama-sama kurangkan peratusan kes bayi terbuang kerana kesilapan ibu itu sendiri. 

Untuk yang dah memang ada anak tu, betul, semua anak ada masa grumpy dia sampai kita rasa nak hempuk hempuk. Jiha pun lalui. Tapi tengok balik anak tu sambil cakap "at least kita ada anak. Ada orang tu, tak ada anak". Perjalanan menjadi ibu ni tak mudah tapi insyaAllah berbaloi. Semoga perkongsian kali ni bermakna untuk semua. InsyaAllah. 

No comments:

Post a Comment