Ikan Patin Masak Tempoyak FRESH @ #Patiniers

Ikan patin masak tempoyak adalah salah satu makanan yang sememangnya terkenal di kalangan masyarakat di Temerloh, Pahang sehingga memberikan impak kepada seluruh rakyat Malaysia. Siapa je yang tak suka makan ikan patin masak tempoyak? Makan pulak dengan sambal tempoyak dan ulam-ulaman, FUH! Memang terangkat. 



Hari ni, Jiha nak sharekan pengalaman Jiha makan ikan patin masak tempoyak FRESH dari Temerloh, Pahang. Ha! Semalam masa Jiha post kan gambar di social media, habis pakat tanya "eh, dekat mana nak makan ni? nampak sedap!" ada pulak yang cakap "amboi! ikan patin nampak segar betul. dekat mana ni?". Hahah. Macam-macam. So hari ni Jiha nak sharekan dengan anda semua, lokasi and keenakkan Ikan Patin di Restoran Temerloh Catering. 



Sebelum Jiha mulakan dengan apa yang Jiha makan, Jiha nak intro la sikit pasal Restoran Temerloh Catering ni. Resipi dan Ikan Patin di restoran ini adalah dibawakan khas dari original place dia, iaitu Temerloh, Pahang. Semalam Jiha sempat lah tanya beberapa soalan dekat manager dia. Menurut mereka, ikan patin di restoran ini dibawa jauh dari Temerloh setiap minggu. Maksudnya, Ikan Patin yang korang nikmat di Restoran Temerloh Catering ni memang FRESH! Dan, jangan risau, masakan di kedai ni semua di masak segar setiap hari. Tak dan nak recycle sebab setiap hari sampai 8 periuk habis di makan oleh para pengunjung. Memang fast selling la orang cakap, terutama di branch mereka di Shah Alam. Orang yang berada di luar Shah Alam, jangan risau. Branch Restoran Temerloh Catering ini juga berada di lokasi lain seperti Bandar Baru Bangi (landmark: sebelah bank islam) dan Wangsa Maju (landmark: belakang wangsa walk mall). So semalam, Jiha pergi branch Wangsa Maju. Branch ni baru di buka dan sememangnya menantikan kehadiran penduduk Wangsa Maju untuk membanjiri dan mengenyangkan perut anda dengan ikan patin masak tempoyak.



Sneak peak sikit gambar 1 periuk besar ikan patin masak tempoyak. Fuh. Bau dia, memang mengancam. Masa Jiha sampai, staff mereka dah siap hidangkan set penuh atas meja. Memang mengundang betul. Dengan perut memang tengah lapar apa semua, nampak pula ikan patin, terus rasa nak terkam! Kalau korang datang time lunch hour, semua masakan especially ikan kerai. Panas-panas di goreng lepas tu makan pula dengan nasi panas. Allahu. Mak mertua lalu pun tak tengok dah kiri kanan ni. Bukan itu je, perut kosong Jihajuga di hidangkan dengan 1 mangkuk ikan patin masak tempoyak, ulam-ulaman, sambal tempoyak dan sambal belacan. Paling best, nasi pula panas-panas. Halamak. Jiha memang tak sembang banyak la, baca Bismillah, terus terkam.


Ikan patin masak tempoyak yang pekat. Cukup rasa. Paling penting, ikan patin yang disajikan langsung tak berderai macam sesetengah ikan patin yang di masak di kebanyakan kedai. Ikan dia sangat fresh & paling best, tak ada rasa tanah. Kombinasi ikan & kuah memang tak memuakkan. Terasa lemak, manis, masin, dan masam dia dalam 1 bekas. Ini first time Jiha makan yang original punya. Selalu makan yang Gred AAA or Copy Ori. Hahaha. 

Selain daripada tu, Jiha juga di sajikan dengan minuman special mereka. ABC special. Siap ada ice cream tau! Dengan isi-isi dia yang berwarna warni, menjadikan ABC special ni memang special! hahaha. 


Nampak tak  macam mana special ABC dia sampai Jiha rasa sayang nak kacau. Nak minum pun macam sayang sangat! 1 bekas ni cuma RM5.50 sahaja. Tapi seriously, kenyang and sangat sangat cukup! Jiha tak mampu nak habiskan air ni semalam sebab banyak. Tapi rasa dia just nice. Tak terlalu manis. Rasa lemak-lemak sikit sebab dia dah mix dengan ice-cream. 


Selain daripada masak tempoyak, mereka juga ada asam pedas dan masak lemak. Tapi yang paling laku sudah semestinya ikan patin masak tempoyak la. Kan itu signature mereka. Rasanya sesiapa yang mengunjungi restoran ni mesti nak menikmati ikan patin masak tempoyak ori dari Temerloh kan? 

Lepas dah habis makan tu, staff Restoran Temerloh Catering Wangsa Maju bagi pulak kami rasa signature pencuci mulut mereka. Katanya ini hidangan wajib kalau ada pesta keraian di dalam istana. Nama pencuci mulut ni adalah Puding Raja. Puding ni di perbuat daripada pisang lemak yang di goreng, kemudian jalur emas (telur itik), dry berries dan prune. Puding ni mesti di makan dengan sos dia. Cream sos. Di buat daripada susu cair, tepung jagung dan esen vanilla. Simple je kan? Tapi bila dah campur dua ni, Fuh! Rasa lemak manis dia memang best! Rasa lemak tu dari susu cair tu, manakala rasa manis tu dari pisang, berries dan prune. Kombinasi yang mantap! Jiha dah kenyang semalam tapi sebab nak merasa juga, terus makan dengan seleranya. Memang recommended! 1 bekas hanya RM8. Boleh share la sebab banyak.



Selain dari puding raja, mereka juga sediakan beberapa pencuci mulut lain seperti tapai, puding susu, bubur pulut hitam, bubur kacang hijau dan bubur jagung. So korang boleh je order kalau nak makan selain dari puding raja ni. Hanya RM2 semangkuk. 



Ok now, Jiha nak senaraikan harga untuk hidangan signature. Korang boleh refer list di bawah ni untuk buat calculation kalau nak ajak 1 kampung ke Restoran Temerloh Catering Wangsa Maju. Rasanya harga untuk semua branch sama kot? Kalau tak sure boleh je tanya dorang dulu sebelum datang. 

Ikan patin buah - RM29
Ikan patin sangkar - RM12
Ikan patin mas - RM22
Ikan baung - RM18
Ikan kerai - RM12 / 100gm
Ikan jelawat - RM12 / 100gm

Mereka juga akan buka untuk tempahan sepanjang bulan Ramadhan bermula jam 3 petang sampai 8 malam. So kalau nak singgah korang just walk-in atau bagi mengelakkan korang tak ada seat masa nak berbuka puasa, Jiha suggest korang call mereka untuk tempah seat. Siap boleh bagi tau nak makan ikan apa. Nanti mereka akan gorengkan yang fresh dari kuali untuk korang. Memang best! Macam mana nak hubungi mereka ni? Ok Jiha akan senaraikan langkah mudah untuk korang hubungi mereka.



Restoran Temerloh Catering:-

Wangsa Maju: Dibuka setiap hari kecuali Jumaat (10 pagi sehingga 8 malam)
                        35-G, Kedai D'Wangsa, 
                        Jalan Wangsa Delima 12, 
                        Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur
                        03-4141 5044

Bangi: Dibuka setiap hari kecuali Jumaat (10 pagi sehingga 8 malam)
            4 & 6, Jalan 8 / 36, Seksyen 8, 
            Bandar Baru Bangi, Bandar, Selangor
            010-206 9590

Shah Alam: Dibuka setiap hari (8.30 pagi sehingga 6 petang)
                    2, Jalan Pahat J 15/J, Seksyen 15, 
                   40000 Shah Alam, Selangor
                   03-5523 2972

Jangan lepaskan peluang menarik ini untuk korang rasai kenikmatan Ikan Patin Masak Tempoyak original dari Temerloh. Jangan cari tempat lain! Serbu Restoral Temerloh Catering di cawangan yang Jiha dah mention tu. Bawak la family dan rakan rakan untuk kenyang sampai pengsan lunch nanti ok? 


Restoran Temerloh Catering juga boleh dicapai di laman sosial mereka iaitu:

Restoran Temerloh Catering Wangsa Maju: Restoran Temerloh Wangsa Walk, KL
Restoran Temerloh Catering Bangi: Restoran Temerloh Catering, Bangi

8 comments:

  1. sedap gilaaa ikan patin...selalu rasa ikan kecik, tak sedap sebab berbau hanyir...tapi ini mmg sedap gila!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn? isi pun gebu gebu. hm sedapnya

      Delete
    2. melantak dua mangkuk ooo masa tuuu...tak pandang kiri kanan dah!

      Delete
    3. hahaha siap bawak balik rumah hehehe

      Delete
  2. tengok gambar ni rasa nak makan lagi! puding raja pon sedap~~

    ReplyDelete
  3. Ya Allah sedapnya Ikan Patin Tempoyak memang kegemaran kita.. Bangga jadi orang Pahang kan hehehe...

    ReplyDelete