Cinta dan Mitos.

Semenjak dua menjak ni, ramai pula yang datang minta nasihat dari Jiha macam mana nak deal with broken heart. Ouch!

Soalan yang selalu Jiha ajukan kepada orang orang ni adalah, "do you really know what love is?"

Some of them akan jawab "yeah! when two hearts meet at one similar point" ada juga yang jawab "bila kita tengok dia, kita tenang" *hekeleh*

Yeah, jawapan-jawapan macam tu seems legit la. Tak nampak pula kesalahan duniawi. But Jiha nak sampaikan beberapa mitos mengenai cinta. Yeah i called it mitos sebab benda boleh ada, boleh tak ada. Depends on people. Anyway, shall we start?

Cinta.

Cinta ni memang rumit. Sebab cinta datang dalam perbagai bentuk, kepada pelbagai jenis ciptaan Allah. Boleh jadi cinta kepada manusia, kepada alam sekitar, mahupun kepada haiwan.

Tapi cinta yang paling agung mestilah cinta kepada Allah. Cinta yang 1 tak ada duanya. Sebelum kita nak bercinta dengan manusia yang berlainan jantina dengan kita, cuba kita tanya diri kita sendiri, "dah cukup cintakah aku kepada penciptaku?". Cuba jawab sekarang. Orang kadang sampai naik gila, nak bunuh diri sebab cinta, tapi tak pernah menangis sayu sampai merayu kepada Allah untuk meminta belas kasihan dan rahmatNya.

Cinta adalah lumrah yang setiap manusia akan lalui. Daripada kecil kita dah bercinta. Bercinta dengan ibubapa dan adik beradik, dengan kawan-kawan. Persoalan dia cuma 1; berjaya sehingga ke jinjang pelamin atau dilanda badai di pertengahan jalan. Kerana janji Allah itu; setiap manusia yang lahir kedunia ini telah di ciptakan berpasang pasangan.

Cinta adalah hubungan 2 hala. Tetapi bertemu di 1 titik yang sama kerana keserasian dan keinginan untuk memiliki satu sama lain. Persetankanlah teori cinta pandang pertama kerana Jiha tak pernah percayakan cinta pandang pertama. Manakan datang cinta tanpa kenal orang yang ingin dicintai. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Dah kenal, sakit jiwa. Kah! Kah! Ok memain je.

Macam Jiha cakap tadi, cinta adalah hubungan dua hala. Cinta adalah 1 agenda gila yang membuatkan anda kena belajar lebih dari 1 chapter mengalahkan subjek addmath susahnya. Kerana mengenali manusia itu rumit mengalahkan nak minta maaf sebab hilangkan tuppaware mak di asrama (nasib baik Jiha dah pulangkan tuppaware mak mertua. Fuh!).

Gila cinta datang bila anda kena belajar untuk memberi dan menerima. Kerana cinta bukan sahaja menerima tanpa memberi. Itu gila namanya. Cinta ini sukarnya bab bila nak memberi. Memberi commitment, nak memberi masa untuk pasangan dan memberi peluang jika terlajak landasan. Perkataan memberi ini banyak definisi dia tapi Jiha bagi 3 contoh yang paling mudah untuk anda. Sebelum nak memulakan bibit bunga cinta, cuba tanya diri, "adakah aku sudah bersedia untuk memberi separuh dari masa dan tenaga serta emosi aku untuk cinta yang ada masa akan gila, ada masa mungkin hambar?"

Kebanyakan orang di zaman serba canggih ni mulakan bait cinta melalui Twitter & Facebook kerana terdesak sebab member meja sebelah dekat office dah ada pakwe baru yang hari hari belikan bunga, awak pula masih sendu menulis bait cinta cuba mengumpan jejaka tapi sayangnya anda hanyalah 'teman tapi mesra'. OUCH!

Ada 1 kes, kenalan Jiha. dia selalu dapat soalan dari mak dia yang berbunyi seperti ini; "awak bila lagi? anak makcik sebelah dah nak ada anak". Dia jawab "biarlah dia mak. dia punya rezeki" "tapi rezeki tak datang kalau tak dicari". Nah! Merah padam muka kawan tu nak jawab soalan mak. Alih alih, "nantilah mak. kalau ada, orang kenalkan". Tekanan dengan soalan mak dan kenalan mak yang dah nak dapat cucu sedangkan awak masih lagi terkapai kapai mencari cinta, awak sapu semua orang yang mention di Twitter "jom lepak". Sebab awak rasa "lama lama mesti jatuh cinta". Tapi awak tak boleh tunggu lama. Sebab anak makcik rumah sebelah dah nak bersalin tu. Nak kena saing dia ada anak. So nak kena kahwin cepat. Macam mana ni? Dan dalam masa yang sama, member dalam Twitter dah mencanang sana sini "dia ni mudah sangat" --> pulak dahhhhh

Ahaaaa. Kawan-kawan, cinta yang datang kerana terpaksa itu, bukan cinta, Itu adakah 1 perasaan yang sementara. Please don't mention. Jiha pernah muda belia. Jiha faham perasaan 'cinta touch and go'. Aipp! Bukan cinta touch and go yang itu. Ini maksudnya cinta yang sementara. Seminggu pertama "indahnya ada pakwe. belikan makanan, belikan teddy bear, bawa jalan jalan". Selepas seminggu "kenapa dia dah tak message aku ni? tak sayang aku ke? eh wait! kenapa aku je tak message dia dulu?"

Nampak? Rumitnya macam mana. I told ya. Cinta ni rumit kalau dengan orang yang salah. Bak kata orang putih, wrong time, wrong place. Once again. Sudah bersediakah hati anda untuk cinta yang salah?

Tapi Jiha selalu pesan kepada kawan kawan Jiha, cinta yang datang dalam keadaan salah ataupun betul, adalah 1 pengalaman hidup kerana kita sebenarnya secara tak sedar telah belajar mengenai manusia selain daripada diri kita. Kita hidup sampai ke hari ini pun kita masih belajar untuk kenal ibu dan ayah kita, betul? Kerana belajar itu adalah sesuatu yang akan kita lakukan sehingga kita mati. Orang yang matang adalah orang yang belajar melalui pengalaman & sentiasa tahu bagaimana untuk maniskan cinta yang pahit, dan permudahkan cinta yang penuh beban. Kerana dia, bercinta menggunakan akal. Bukannya nafsu serakah yang maha sementara. NAH!! Jangan percayakan "i sanggup renangi lautan api untuk you" kalau baru bergaduh 2 saat dia dah cakap "i rasa kita tak ada chemistry"; sebab semua tu bullshit. Teetttttt

Akhir kata, bercintalah dengan Allah untuk belajar mencintai manusia. Kerana tangan yang menadah memohon kepada Allah dengan bersungguh sungguh, nescaya Allah akan segan untuk memulangkan tangan itu dengan keadaan kosong. Jadilah manusia yang bijak, kerana hidup ini sementara. Jangan jadikan cinta itu suatu yang mustahil kerana cinta itu sebenarnya 1 perjalanan yang indah untuk anda lalui. Jangan takut untuk salah mencintai, jangan takut untuk memulakan langkah. Kerana cinta itu magik, dan magisnya datang, bila anda benar benar telah bersedia.

No comments:

Post a Comment