Mudahnya Urusakan Event Dengan #FeedMyGuest!

Semua orang tahu nak buat event ni memerlukan waktu yang sangat banyak. Bermula dari perancangan, sehinggalah kepada nak susun atur. Paling penting, makana apa yang sesuai untuk dihidangkan kepada para tetamu. Ini paling penting sebenarnya. Bila dah ada idea nak beri makan tetamu, mula pening nak kena cari kedai mana 1 yang ok, kedai mana yang ada ramai feedback. Again, PENING.

Korang mesti belum pernah dengar lagi mengenai FeedMyGuest kan? Belum? Ok hari ini Jiha akan bantu korang selesaikan masalah korang dalam masa 5 minit! Aha! 



Sebenarnya FeedMyGuest adalah sebuah portal yang mengumpulkan senarai restoran & jenis makanan serata Malaysia. Bawa daripada mereka yang perlukan lokasi untuk makan makan santai, sehingga mereka yang mahukan lokasi indah untuk perkahwinan. Melalui FeedMyGuest ini, korang mampu menyelesaikan masalah "nak order caterer mana ni?" dalam masa hanya 5 minit. Dan paling best, semua dihujung jari. Macam mana nak gunakan FeedMyGuest ni? Mudah! Semudah ABC!


Didalam website FeedMyGuest ni pun dah senaraikan langkah mudah untuk korang sebenarnya. Korang just follow je. Confirm korang akan jumpa caterer yang korang inginkan. 



Senarai caterer yang ada didalam FeedMyGuest ni bermula dengan list yang paling ramai di cari orang. Misalnya macam dalam gambar di atas ni. FYI, korang tak perlu register apa apa pun untuk menggunakan perkhidmatan FeedMyGuest ni. Dan tak ada sebarang yuran akan dikenakan kepada korang. Easy!



Kalau rasa nak mulakan carian caterer yang khusus, mereka juga sediakan filter section untuk korang. So korang cuma perlu masukan details, seperti dalam gambar di atas. Mudah. Carian seterusnya adalah dalam range yang korang dah narrow down, maybe lebih dekat dengan lokasi korang ataupun jenis makanan yang korang nak hidangkan. 


Gambar di atas ni adalah contoh yang Jiha boleh beri. Jiha decided nak makan makanan arab. So Jiha go for D'Tandoor. Mereka siap dah beri pilihan tau nak set mana. Korang cuma tekan butang "select" dan masukan amount tetamu dan seterusnya. 


Selepas tu, dapatkan quotation daripada mereka dengan menekan butang "request quotation". Easy. Isi kan borang kemudian hantarkan kepada mereka. Mereka akan respond kepada korang secepat mungkin.


Selain daripada tu, kalau korang ada sebarang soalan nak di tanyakan kepada sistem FeedMyGuest ni, boleh gunakan perkhidmatan seperti dalam gambar di atas ni. Express chat dengan sistem. Mudah kan? Dalam masa yang sama, korang akan dapat jawapan dalam kadar segera. Tak perlu tunggu sampai 2-3 hari nak dapatkan quotation. FUH! Siap! Dalam masa 5 minit korang dah boleh tempah caterer yang korang nak beserta makanan idaman. Memang mudah.

So, sekarang dah tau kan mana nak cari caterer dan lokasi menarik untuk event anda? Gunakan je khidmat FeedMyGuest ni. Semudah ABC!

Sebarang soalan berkaitan, boleh terus ke website FeedMyGuest atau hantarkan email kepada support@feedmyguest.com. 

FeedMyGuest, Feeding Your Guests Is Now Easier Than Ever

No comments:

Post a Comment