#MSMW2016 Soft Launch



Semalam adalah suatu satu langkah pembukaan buat Malaysia Social Media Week apabila mereka telah melancarkan sebuah majlis pembukaan awal dengan kerjasama dari Limkokwing University kepada para media dan bloggers. 





Seperti kita semua maklum, #MSMW2016 adalah sebuah hype atau kemeriahan yang besar kerana ini adalah sebuah majlis yang menghimpunkan ramai penggiat sosial media dari pelbagai jenis platform sama ada dari dalam mahupun luar negara. Ha! jangan tak tahu! Malaysia Social Media Week pun menerima kunjungan social media activist dari luar negara. Hebat bukan? Tapi rasanya buat mereka yang sememangnya tidak pernah mendengar MSMW ni apa mesti lost! Tak apa, Jiha akan terangkan serba sedikit mengenai MSMW. 



Apa itu MSMW?

MSMW adalah sebuah acara tahunan yang menghimpunkan ramai penggiat sosial media dari serata dunia. Mereka ini akan berkumpul selama beberapa hari bagi membincangkan isu-isu menarik yang sedang berlaku didalam laman sosial pada ketika ini. 



Apakah medium pelaksanaan MSMW?

MSMW menggunakan medium persidangan dan workshop secara langsung dimana setiap perwakilan yang berminat untuk menyertai perlu mendaftarkan diri mereka di laman sesawang MSMW. Antara medium lain yang di gunakan adalah Live Stream atau siaran langsung menerusi laman sesawang rasmi MSMW



Menarik bukan? Memang menarik kerana ini adalah tahun ke 5 MSMW di adakan dan sambutan dari perwakilan masih menggalakkan. Acara ini bakal bermula pada 7 Mar sehingga 10 Mar dimana pelbagai topik menarik bakal di kupas oleh pakar pakar bukan sahaja dari dalam Malaysia, bahkan dari serata dunia. MSMW GOES INTERNATIONAL!



Selain daripada persidangan, MSMW tak ada aktiviti lain ke?



ADA! Mereka turut mengadakan MSMW Twitterthon dimana ia adalah sebuah acara larian (fun run) sejauh 5km dengan check-point yang berbeza menanti anda. Bayaran sebanyak RM65 akan dikenakan kepada anda dengan berbekalkan 1 t-shirt, medal dan goodie bag menarik di garisan penamat. Jika anda berminat untuk menyertai fun run ini bersama rakan rakan anda, jangan lupa daftarkan segera sebelum kaunter pendaftaran di tutup! 



Jadi, anda sudah bersedia untuk menggamatkan suasana #MSMW2016 ? Jika anda salah seorang daripada hadirin yang bakal hadir, jangan lepaskan peluang untuk berkongsi di Twitter menggunakan hashtag #MSMW2016 . 



Jumpa anda di sana! 


Sumber Gambar: MSMW2016

No comments:

Post a Comment