36 Tahun Perkhidmatan Kuala Lumpur ke Amsterdam

Sayu sugguh hari ini.


Hari ini adalah hari terakhir Malaysia Airlines memberikan perkhidmatan didalam membawa penumpang MAB ke Amsterdam dan Paris dengan menaiki pesawat mereka. 



Menurut laporan Malaysia Gazette, MAB akan menghentikan perkihdmatan antara Kuala Lumpur ke Amsterdam dan Paris bermula hujung bulan Januari dan mengambil inisiatif baru dengan menjalinkan hubungan kod di antara KLM, British Airlines dan Emirates. 



Menurut laman sesawang berkenaan:


"Penumpang ke Amsterdam akan menaiki pesawat rakan perkongsian kod, KLM, yang menyediakan perkhidmatan terus dari Kuala Lumpur pada masa yang sama dengan penerbangan Malaysia Airlines yang dihentikan itu. Penumpang ke Paris akan diterbangkan ke lapangan terbang Heathrow di London dengan pesawat Airbus, A380 Malaysia Airlines dan seterusnya menyambung perjalanan dengan rakan Oneworld, British Airways untuk ke destinasi mereka.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Berhad, Christoph Mueller,  perkongsian strategik ini akan membuka  lebih banyak laluan ke arah tawaran cadangan integrasi pelanggan kepada kedua-dua syarikat penerbangan dan sekaligus membolehkan pelanggan Malaysia Airlines untuk terbang ke 38 destinasi menarik Eropah dengan perjalanan yang lebih lancar.


Meskipun begitu, kesayuan tetap melanda kesemua crew dan anak kapal yang sentiasa berkhidmat bagi laluan ini. Diharapkan dengan perubahan yang di lakukan ini akan membuka lebih banyak peluang yang baik bagi MAB di masa hadapan. 




"Thank you for 36 years service Kuala Lumpur to Amsterdam. Hope to welcome you back one day" - Amsterdam 




No comments:

Post a Comment