Tea Time @ Foodsbury





Early today, saya dan beberapa teman yang lain telah berkesempatan untuk tea time di Foodsbury.

Rasanya kalau sebut nama Foodsbury ni dah ramai yang sedia maklum lokasi dan makanan menarik yang terdapat di sini. Disebabkan sebelum sampai ke Foodsbury ni kami dah makan tengah hari di Padang Jawa, so kami ambil kesempatan untuk tea time di Foodsbury. 

Ok kita mulakan dengan lokasi Foodsbury dulu ok? 

Lokasi Foodsbury memang sesuai sebab terdapat banyak tempat untuk anda parkir kan kenderaan anda. 

Hiasan dalaman?

Hiasan dalaman yang sememangnya santai untuk anda dan teman teman anda duduk bersembang sambil release stress. Setibanya kami di Foodsbury tadi, dah ada beberapa orang yang sedang bersantai sambil menikmati juadah. Terdapat 1 ruang yang sangat menarik perhatian saya. Ruang yang menempat kan sebuah meja dan dua buah kerusi dengan beberapa dekorasi serta sebuah lampu berdiri sememangnya sesuai untuk igers. 




Jika anda seorang ulat buku tapi anda terlupa bawa buku untuk menikmati minum petang anda? Jangan risau! Foodsbury menyediakan rak buku untuk anda nikmati genre pilihan anda. 




Hidangan?

Foodsbury menyediakan hidangan barat dan manisan yang pelbagai. Namun jangan anda risau. Mereka turut menyediakan pakej promosi menarik pada waktu tertentu untuk anda dengan harga serendah RM15 beserta minuman pilihan anda. Menarik bukan? Jadi anda dah ada option lain untuk makan tengah hari anda! Yey!



Manisan?

Terdapat beberapa manisan yang di sediakan oleh Foodsbury untuk anda. Antara yang menjadi favorite pengunjung adalah Nutella Pancake & Almond Salted Caramel Crepe Cake. 


Tengok gambar pun dah menarik perhatian bukan? Memang sedap. Selain daripada Nutella Pancake dan Almond Salted Caramel Crepe Cake, mereka ada beberapa lagi manisan lain yang mampu memberikan kepuasan kepada nafsu makan anda. 


Jadi tunggu apa lagi? Segera ke Foodsbury Seksyen 9 Shah Alam. Dibuka setiap hari bermula jam 12 tengah hari sehingga 11 malam. Sebarang Tempahan atau maklumat lanjut boleh berurusan terus melalui: 

Facebook : Foodsbury
Twitter: Foodsbury Cafe
Telefon: 0355245539
Email: foodsbury@gmail.com

Jika anda tidak berkesempatan untuk menjejakkan kaki anda ke Foodsbury, jangan bersedih! Mereka kini boleh didapati melalui FoodPanda! Manisan kegemaran anda kini berada di muka pintu anda!!! 




Foto Kredit: Foodsbury

No comments:

Post a Comment