KL Fashion Week 2015

Minggu ini adalah minggu yang di nanti-nantikan oleh para peminat fashion dari seluruh Malaysia





Sepanjang minggu ini telah berlangsungnya sebuah majlis dengan kerjasama oleh peneraju utama, iaitu Andrews Models dan beberapa agensi lain seperti Zalora, Bobbi Brown, L'oreal, dan beberapa agensi lain telah berjaya menarik ribuan pengunjung dari dalam dan juga luar negara untuk membanjiri majlis KL Fashion Week 2015. Antara selebriti tempatan yang hadir adalah, Johan Rajalawak, Tasha Shilla, Marsha, Awal & Scha, Sharifah Sakinah, Siti Saleha, DeFAM dan ramai lagi. 

Tidak seperti tahun sebelumnya, bertemakan "Ready To Wear", KLFW pada tahun ini telah membuka lembaran baru kepada kesemua pereka dan pencinta fesyen semasa. Tujuan utama KLFW ini diadakan adalah untuk membangunkan industri fesyen di Malaysia, mencungkil bakat-bakat baru dan sekaligus memberikan pengiktirafan dan penghargaan kepada pereka-pereka fesyen tempatan. 

KLFW 2015  yang telah di rasmikan oleh Menteri Pelancongan, Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, telah diadakan di Pavilion, Kuala Lumpur. Majlis yang meriah itu telah berlangsung selama seminggu bermula dari 12 Ogos 2015 sehingga 16 Ogos 2015. Para tetamu yang hadir akan disajikan dengan rekaan baju yang menarik dari 53 pereka fesyen terkenal tanah air antaranya, Innai Red, Afiq M, Amelia Hassan, Hatta Dolmat, Fizi Woo dan ramai lagi

Selain daripada itu, KLFW dengan kerjasama AirAsia telah membuka peluang kepada anak muda yang berbakat didalam bidang peragaan untuk menempa nama di dalam industri fesyen AirAsia Runway Ready Search Designer.

Untuk anda yang masih belum menjejak kan kaki ke KLFW 2015, jangan ketinggalan untuk menghadirkan diri anda ke majlis yang begitu meriah dengan variasi warna serta rekaan menarik daripada pereka-pereka tempatan. Anda boleh mendaftarkan diri anda di laman web rasmi KL Fashion Week 2015. 

Untuk itu, kami sajikan anda dengan beberapa shoot menarik yang berjaya kami rakam sepanjang #KLFW2015:




































*Untuk lebih banyak koleksi gambar menarik dari #KLFW2015, sila klik disini.




Majlis ini telah di anjurkan dengan sokongan penuh oleh:


Lokasi Rasmi:




Photo Credit: Fawwaz Azuar, Azra Azuar & Google


No comments:

Post a Comment