GLC Open Day 2015


Sepanjang hujung minggu ini telah berlangsungnya sebuah hari terbuka yang menarik untuk para pekerja dan graduan yang masih mencari-cari pekerjaan.

GLC Open Day terdiri daripada 20 syarikat GLC terkemuka di Malaysia. Antaranya ialah UMW, CIMB, PNB, Axiata, Malaysia Airlines dan lain-lain. 

So di sebabkan memang dah tahu pasal GLC Open Day ni dari awal minggu, maka perjalanan ke KL Convention Centre ni memang dah di rancang dari awal. Jom tengok macam mana meriahnya hari terbuka GLC tahu ni. 


Di sebabkan hari ni banyak jalan tutup menghala ke KLCC, maka kami naik LRT ok! gigih. 


Mereka ada sediakan buggy untuk mengambil penumpang. Tapi tak sure sama ada mereka kenakan bayaran atau FOC.


Hall 5. Exit. 


Dekat dalam tu boleh kata setiap syarikat memang ada bawa medical team untuk buat pemeriksaan kesihatan secara PERCUMA. 


Beratur panjang ok nak register. 


Rupanya register dia is dorang bagi buku ni as pass masuk. 

The best past is! misi mendapatkan 20 cop untuk redeem hadiah! weeee


First view masa mula-mula masuk. Fuh! masa ni pun kami dah "wow! lain macam betul!"


Memang betul betul menarik perhatian lah laluan pejalan kaki mereka ni. Memang menarik. 


Sudut pengetahuan untuk mereka yang nak tahu apa itu GLC dan bagaimana mereka beroperasi


Dekat sini ada 2 orang kakitangan GLC yang akan membantu untuk memberi penerangan kepada pengunjung.


Yang ini tak boleh nak masuk sebab ramai sangat orang so, tak boleh nak explain apa itu buku warna. huhuh..


Sebelum masuk hall 2, dia dah sediakan peta untuk awak. 


Bila pandang bawah baru perasan, atas lantai ada tertulis 20 nama syarikat GLC yang terlibat. Antaranya adalah, Malaysia Airlines Berhad 


Dorang turut sediakan space untuk kanak-kanak melukis.


Hans pun ada tadi ok! Sebagai tetamu jemputan. Iols tengok makwe-makwe je yang paling depan. 


Bila dah nak submit resume baru perasan Jiha lupa nak stapler resume. Terpaksa menggedik mintak pinjam dekat organizer. hiks.

(Ni resume yang dah di jampi serapah dengan doa dan harapan yang tinggi ok!)


Nak bergambar dengan Nicole Anne David tapi kena beratur panjang sangat. Makanya kami lupakan hasrat murni itu. Sekian.


Dan dibawah ni ada banyak lagi gambar-gambar menarik untuk anda!  
 



 








Terima kasih GLC Open Day untuk peluang yang bermanfaat ni. Ye la kalau nak tunggu kaki ni gigih mendaki 1 persatu syarikat GLC, memang sampai kesudah la tak buat. Dengan adanya hari terbuka ni, pengunjung boleh melihat secara dekat core business yang dijalankan. Bukan itu je, Pengunjung siap boleh dapat hadiah dengan jawab soalan soalan mudah. Sampai ada yang balik tak menang tangan nak bawak payung lah, bag lah, apa lah. 

*harap-harap adalah resume yang di hantar tadi mengena. AMIN!!!


Till then guys!

                                                                      Photo credit: my iPhone & Fawwaz Azuar

No comments:

Post a Comment