Jom Bio! Jom #biomalaysia2015



Dalam beberapa hari lagi, akan berlangsungnya Biomalaysia 2015 yang akan bertempat di PWTC, Kuala Lumpur. 

Acara yang bakal disertai oleh puluhan syarikat terkemuka dari dalam dan luar negara akan membuka minda anda kepada pengetahuan terkini & semasa didalam bidang Teknologi & Ekonomi secara meluas.

Didalam masa yang sama, pengunjung yang berminat untuk menyertai persidangan biomalaysia 2015 boleh mendaftarkan diri anda di laman sesawang mereka iaitu www.biomalaysia.com.my  . Penyertaan dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang berminat untuk mendengar sendiri pandangan, huraian, isu-isu semasa dan juga perspektif daripada pakar-pakar yang terlibat didalam bidang teknologi & eknomi.


(speaker yang akan berada di persidangan Biomalaysia 2015)


Didalam masa yang sama, anda turut berpeluang mengunjungi pameran-pameran menarik mengenai teknologi terkini yang dibawakan khas dari serata dunia. Anda boleh melihat bagaimana teknologi tersebut di inspirasikan serta di realisasikan menjadi keunikan untuk kegunaan di masa hadapan. 

Turut menjadi daya tarikan adalah peluang untuk anda bersemuka dengan pereka-pereka terulung dari syarikat-syarikat gergasi dunia secara langsung. Tanyakan pendapat anda! Serta dapatkan sendiri maklumbalas secara terus daripada mereka mengenai produk yang di sediakan.

OH! Jangan lupa bawa resume anda!! Kerana anda mungkin boleh menjadi seperti mereka!

Maklumat mengenai Biomalaysia 2015 adalah seperti berikut:

Tarikh: 17-19 Ogos 2015
Masa: 10pg - 6ptg
Lokasi: PWTC, Kuala Lumpur
Pendaftaran: Anda perlu mendaftarkan diri anda sebagai pengunjung di website 
                     Biomalaysia secara PERCUMA!

Tunggu apa lagi? Luangkan masa anda dan bawa keluarga serta rakan-rakan ke Biomalaysia 2015! Anda pasti akan selangkah kehadapan dengan Biomalaysia 2015


JOM BIO! 

JOM #biomalaysia2015






Acara ini telah dibawakan khas dengan kerjasama oleh :




Rakan media yang terlibat adalah:






Acara ini telah mendapat sokongan penuh oleh:




No comments:

Post a Comment