Congratulation Dokoh!

Pada 29 Ogos 2015, telah berlangsungnya sebuah upacara perasmian butik Dokoh di Bangi Sentral, Bandar Baru Bangi. Pembukaan besar-besaran itu menandakan permulaan Dokoh secara rasmi selepas beroperasi sejak pertengahan Jun lalu. 

Untuk pengetahuan umum, Dokoh adalah sebuah anak syarikat Defsec Resources. Idea Dokoh tercetus di atas minat pengaraj pengurusannya didalam bidang fesyen. Nik Amri & Aliff Abu Bakar telah diberi kepercayaan bagi menerajui perancangan dan haluan Dokoh.




Mungkin ada diantara anda yang tertanya-tanya, apa itu Dokoh? Dokoh adalah sebuah nama bagi eksesori klasik Melayu iaitu satu set kalung tradisional yang terdiri daripada tiga atau lebih plat rata emas atau perak melekat antara satu sama lain sama seperti kerongsang.


Beberapa rekaan baru yang berada di butik Dokoh telah diberi nafas baru seiring dengan perkembangan fesyen semasa. Kualiti yang digunakan serta gabungan warna menarik menaikkan lagi seri si pemakai. Koleksi yang terdapat di butik Dokoh adalah terdiri daripada pakai lelaki dan juga wanita. 

"Dokoh bukan untuk wanita muslimah semata-mata, malah semua kelompok wanita yang mahukan kesantunan gaya. sederhana, ringkas & tersendiri merupakan teras falsafah penampilan wanita Dokoh" - Nik Amri Nik Hassan.

Bersempena Raya Aidiladha yang bakal menjelang, Dokoh turut mempersembahkan koleksi Aidiladhanya menerusi sebuah pertunjukan fesyen. Para tetamu dipaparkan dengan rekaan terkini Dokoh yang turut menampilkan helaian untuk kaum Adam. 

Koleksi Aidiladha lelaki Dokoh terdiri daripada jubah Ridhuan (lengan panjang), Jubah Mikhael (lengan pendek) dan kurta Raqeeb. Trio rekaan jejaka Dokoh ini meminjam kepatuhan para malaikat dalam melaksanakan tanggungjawab.







Mengadaptasi srikandi serta wanita dalam sejarah Islam dan peradaban Melayu, koleksi Aidiladha Dokoh sang HAwa dibarisi kardigan abaya Asiah, dres abaya Khadeeja, peplum Sumayyah, kemeja dres Teja, kemeja fishtail Mahsuri dan kemeja jubah Fatimah.













Koleksi menarik ini telah mula dijual di butik Dokoh di Bangi Sentral. Para peminat busana yang mahu kekal tampil dengan imej kekemasan, keanggunan tetapi masih menepati ciri-ciri serta adat Melayu boleh dapatkan koleksi Aidiladha Dokoh bermula pada hari ini. 

Untuk sebarang maklumat lanjut, anda boleh menghubungi pihak Dokoh di:

Instagram: @DokohMY
email: dokohmy@gmail.com
Facebook: dokohmy


picture credit: Fawwaz Azuar




No comments:

Post a Comment