Change Destiny with SK-II


SK-II #changedestiny World

"Open a door to a world of new destinies"






Semalam (18 Ogos 2015), telah berlangsungnya majlis pelancaran untuk produk terbaru SK-II iaitu SK-II R.N.A Power Radical. Produk ini akan berada di pasaran Malaysia setelah beberapa tahun kajian tanpa henti. Dengan gabungan teknologi 'stemcell' yang terbaik untuk menghasilkan sebuah produk anti-penuaan yang berstatus ekslusif, para pengguna akan mengalami sebuah era baru didalam langkah awal untuk mengawal tanda-tanda penuaan kulit. Mengandungi revulusi Pitera X.R.N.A kompleks sebagai bahan utama yang membantu memperlahankan proses penuan, SK-II Power Radical New Age Essence membantu kulit anda menjadi lebih lembut serta memberikan efek 'glowing' secara semulajadi.



Antara pembaharuan lain yang terdapat didalam produk ini adalah R.N.A Power. Teknologi ini membantu anda mengurangkan tanda-tanda awal penuan yang ketara seperti garis halus, pori terbuka dan kedutan bawah mata sekali gus membantu anda mengekalkan hidrasi kulit anda pada tahap maksima. 



Pengenalan kepada SK-II R.N.A Power Radical telah diadakan di Suria KLCC bermula dari semalam sehingga 23 Ogos 2015 dengan pelbagai promosi serta kejutan menarik di sediakan oleh pihak SK-II bagi memberi galakkan kepada para pengunjung untuk memulakan langkah bijak didalam rutin penjagaan kulit secara harian. Jika anda mampu mendapatkan hasil terbaik dengan hanya menggunakan 2 produk SK-II, mengapa perlu beralih kepada produk yang belum tentu menjanjikan anda kepuasan secara maksima? 



Kunjungi Suria KLCC hari ini sehingga 23 Ogos 2015 (ahad) untuk pengalaman menarik serta "magic" yang tidak mungkin anda lupakan. Lihat sendiri bagaimana pakar SK-II membantu kulit anda kelihatan 10 tahun lebih muda pada hari ini, esok dan masa akan datang dengan SK-II R.N.A Power Radical. 

Produk SK-II R.N.A Power Radical akan berada dipasaran mulai minggu hadapan di semua rangkaian SK-II seluruh Malaysia. Dapatkan info-info menarik mengenai SK-II R.N.A dan juga beberapa cerita menarik mengenai #changedestiny di laman web rasmi SK-II Malaysia.

Sedikit gambar serta video yang sempat kami rakam semasa majlis #changedestiny with SK-II. 


(beautician SK-II memberikan penerangan mengenai kegunaan & kebaikan produk SK-II)










No comments:

Post a Comment