How Youth & Sports Affect The ASEAN Community? - YB Khairy Jamaluddin

Kepada yang mungkin ketinggalan daripada perkembangan semasa, bermula dari hari isnin (17 Ogos 2015) sehingga Rabu (19 Ogos 2015), telah berlangsungnya sebuah acara bioeconomy ASEAN yang bertempat di PWTC, Kuala Lumpur. Ok, meh nak recap sikit pasal pameran tersebut.

#FAKTA:
  1. #BioMalaysia2015 adalah sebuah acara yang mengumpulkan seramai 200 syarikat dari dalam dalam luar negara di bawah 1 bumbung selama 3 hari berturut turut. Mereka yang terlibat adalah terdiri daripada syarikat teknologi, ekonomi & juga IT.
  2. Dalam masa yang sama, terdapat persidangan menarik yang membahaskan isu-isu serta topik terkini yang dikupas oleh pakar-pakar dari serata negara dengan kepakaran mereka tersendiri.
  3. Terdapat lebih daripada 100 syarikat teknologi, IT dan ekonomi telah membuka peluang pekerjaan kepada mereka yang mengunjungi #BioMalaysia2015.
  4. #BioMalaysia2015 telah menjadi pusat untuk aktiviti business matching
  5. Hashtag #BioMalaysia2015 telah menduduki carta 3 teratas didalam list 'trending' di Twitter. 
Semalam (18 Ogos 2015), saya sempat berkunjung ke #BioMalaysia2015 untuk melihat sendiri suasana & booth yang disediakan. memang menarik. dan kebetulan jam 4.30, YB KJ datang untuk 1 sesi persidangan mengenai bagaimana pihak kementerian belia dan sukan telah bekerjasama dengan pakar didalam bidang sains & teknologi bagi membantu para atlet & rakyat Malaysia agar kekal sihat dan aktif. Ikuti kupasan menarik yang sempat saya catatkan daripada ucapan YB Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan, didalam topik "Towards A Healthier SEAN Community".



Menurut YB Khairy, rakyat Malaysia mengalami pelbagai masalah kesihatan terutamanya Obesiti / kegemukkan dan ini adalah dipengaruhi oleh beberapa faktor antaranya, pemakanan, merokok, dan juga pengambilan alkohol. Faktor dan elemen yang yang dinyatakan telah mendorong kepada amalan gaya hidup yang tidak sihat. Menurut kajian WHO, sehingga 2014, sebanyak 73% rakyat Malaysia telah disahkan menghidap gejala kegemukan atau obesiti. 

Oleh yang demikian, Kementerian Belia dan Sukan telah menganjurkan kempen amalan gaya hidup sihat bagi mengurangkan peratusan masalah kesihatan dikalangan rakyat Malaysia. Antara yang telah disarankan oleh YB adalah dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas. Dalam masa yang sama, YB turut berpendapat bahawa, sukan dan gaya amalan hidup sihat perlu dijadikan sebagai rutin oleh setiap penduduk di Malaysia. 



Didalam ucapan beliau kelmarin, beliau telah mengklasifikasikan perubahan tersebut kepada 2 kategori, iaitu "high performance transformation" atau lebih merujuk kepada para atlet Malaysia dan juga "sports for all", sukan yang bertujuan untuk mengekalkan budaya bersukan didalam setiap individu di Malaysia.

Setakat hari ini, pihak Kementerian Belia dan Sukan telah menganjurkan beberapa kempen di pelbagai peringkat terutamanya dari peringkat rendah. Mereka telah mengadakan ujian kecergasan yang dinamakan "run battery of test". Ujian kecergasan ini meliputi pebagai aspek yang akan membentuk minat kanak-kanak untuk menjadi pelapis sukan negara pada masa akan datang. Tambahan beliau lagi, beberapa sukan telah diklasifikasikan sebagai "trend" pada masa kini antaranya adalah sukan berbasikal, badminton, sepak raga, renang, dan juga bola sepak

Kerajaan dalam masa yang sama sedang merangka beberapa stratergi bagi membantu para atlet sepanjang sesi latihan berlangsung. Teknologi serta kecanggihan sains pada masa kini telah diserap mengikut kesesuaian semasa. "Brain Tracker" berfungsi untuk membaca emosi, kadar denyutan nadi serta kandungan nutrisi didalam badan untuk mengelakkan atlet daripada tercedera semasa sesi latihan. Selain daripada itu, teknologi ini turut membantu para atlet untuk menjadi lebih efisen dari segi fizikal serta mental.






Sebelum mengakhiri ucapan beliau, YB Khairy Jamaluddin turut berharap untuk mengadakan usahasama daripada negara-negara ASEAN serantau serta BioTech untuk melahirkan lebih ramai masyarakat yang lebih sihat dari semasa ke semasa.





Photo Credit: Google 

No comments:

Post a Comment