Al-Fatihah.. #MH370




Setelah 515 hari pencarian, akhirnya MH370 telah di temui.

Pengesahan tersebut telah dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia pada jam 2 pagi hari ini.

Pesawat MH370 itu telah membawa seramai 239 orang penumpang termasuk anak kapal menuju ke Beijing pada bulan March 2014

(klik sini untuk rentetan kisah MH370)

(senarai penumpang dan anak kapal yang terlibat)

Bangkai pesawat MH370 telah ditemui di persisiran pantai kawasan Reunion Island seminggu yang lalu. 

Menurut sumber, BBC news, pesawat MH370 telah mengalami kegagalan untuk berfungsi dengan baik semasa berada di udara dan telah terhempas di Lautan Hindi. Namun begitu, masih tiada bukti sahih bagi membuktikan teori berkenaan. 


Yang Berhormat Perdana Menteri telah melahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa. Didalam persidangan tersebut, beliau berharap dengan penemuan bangkai pesawat MH370 ini dapat memberikan jawapan kepada ahli keluarga mangsa yang telah menanti selama 515 hari.

(ahli keluarga mangsa yang berada di China)

(Myra, anak kepada ketua pramugara)

(ahli keluarga mangsa)

Marilah kita bersama sama bertafakur dan memanjatkan doa untuk kesemua 239 penumpang dan anak kapal yang terlibat didalam nahas MH370. Semoga mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang diredhai-Nya. 

Amin

Al-Fatihah #MH370



                                                                                                                                                                                                           photo credit: google

No comments:

Post a Comment