Uber Malaysia vs Teksi

Mesti ramai yang dah tahu kewujudan Uber di Malaysia daripada awal tahun ini. Rata rata pengguna pengangkutan awam lebih menggemari Uber berbanding teksi biasa.



Antara faktor yang membuatkan mereka lebih selesa menggunakan Uber adalah:

1. Tidak perlu menunggu lama
2. Murah
3. Lebih selesa dan bersih
4. Cepat sampai ke destinasi 
5. Tidak memilih pelanggan
6. Tidak perlu menggunakan 'cash' 

Menurut seorang penumpang Uber yang berasal dari luar negara, sistem pengankutan awam di Malaysia adalah tidak 'semudah' yang di lihat atau di war war kan di mana mana dada akhbar. 

Kebanyakan mereka yang berhijrah ke Malaysia memilih untuk tinggal di kawasan yang jauh daripada kesibukan kotaraya dan tidak bercadang untuk membeli kereta sendiri sebagai pengangkutan. Mereka lebih gemar menggunakan pengangkutan awam seperti Teksi atau LRT. Namun demikian, kekangan jarak daripada tempat tinggal mereka dengan lokasi 'hot spot' pengangkutan awam merumitkan keadaan. Di tambah dengan kebanyakkan teksi enggan datang ke lokasi kediaman mereka pada waktu sesak kerana tidak sanggup meredah jem adalah antara faktor lain yang menyumbang ke arah permasalahan ini.

 

Namun, kewujudan Uber di Malaysia seakan memberikan penyelesaian besar kepada segelintir masyarakat di Malaysia yang tidak mempunyai kenderaan sendiri. 


Selamat datang kepada kemudahan tanpa batasan di mana semuanya hanya di hujung jari anda. 

Dengan Uber, anda tidak lagi perlu menunggu lama, membayar tambang yang TERLALU mahal, berpanas di bawah terik matahari, bau dan keadaan kebersihan yang kurang menyenangkan di dalam kereta yang anda naiki, SERTA! Sampai lebih awal ke destinasi pilihan anda kerana pemandu terbaik anda memandu bersama kawan baik mereka (Waze).

Jadi, kenapa perlu bersusah payah kalau anda boleh kemana mana dengan pemandu peribadi anda. 

Dapatkan aplikasi Uber sekarang di Appstore / Google Play & nikmati kemudahan tanpa batasan. 









1 comment: