Apa Sudah Jadi Bola Sepak Malaysia?

Seperti yang semua sedia maklum, semalam adalah perlawanan timbal balik antara Malaysia dan juga Saudi Arabia bagi kelayakan Piala Dunia 2018.



Seperti yang kita semua sedia tahu, boleh dikatakan hampir 80% rakyat Malaysia meminati bola. Setiap daripada mereka mempunyai minat serta 'passion' terhadap kelab / negeri masing masing.




Ok, sambung balik kes semalam.

Perlawanan diantara Malaysia dan Saudi Arabia berlangsung dengan sangat baik daripada minit pertama sehingga minit ke 88 apabila peminat mula 'bangkit' dengan membaling suar serta 'smoke bomb' kedalam kawasan padang sehingga menganggu permainan. Pada awalnya pihak polis dan pengurusan masih meneruskan permainan tanpa menghiraukan 'rasukan' para peminat. Namun permainan terpaksa di hentikan apabila peminat mula 'menggila' dengan membakar mercun roket sehingga masuk kedalam kawasan padang dan sekaligus menggangu permainan yang sedang berlangsung. Pihak pengurusan mengambil langkah untuk menghentikan seketika permainan pada minit ke 88 sambil menunggu keadaan kembali reda sebelum menyambung kembali permainan yang berbaki lebih kurang 10 minit (termasuk masa tambahan). Kegilaan para peminat semakin menjadi jadi selang beberapa minit selepas 'persembahan asap berwarna' dimulakan seawal minit ke 88. 









Selepas 10-15 minit 'persembahan', para peminat mula beransur meninggalkan kawasan 'persembahan' sambil menantikan perlawanan dimulakan semula. Namun tiada tanda-tanda bahawa permainan akan disambung kembali apabila pihak pengurusan memaklumkan bahawa perlawanan di antara Malaysia dan Saudi Arabia telah di tunda sambil menunggu kata putus daripada persatuan FIFA mengenai isu tersebut. 

Video yang dirakam oleh beberapa peminat telah menjadi 'viral' sehingga menarik perhatian beberapa media antarabangsa seperti Russia dan Australia.











Apa kata anda?  

3 comments: