Sudahkah Poket Anda Bersedia Untuk #MYCYBERSALE2015 ?



Tik Tok 

Tik Tok

Tik Tok

26 September 2015. 2 hari sebelum bermulanya acara "kempiskan dompet" anda secara besar besaran. 




Ya!! Tinggal kurang dari 48 jam sebelum bermulanya MyCyberSale 2015. Kepada kaki "online shopping", jangan ketinggalan untuk turut serta dalam misi "beli sampai pengsan" daripada jenama-jenama hebat seperti Lazada, 11th Street dan banyak lagi. MDEC dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia telahpun mengadakan majlis pelancaran #MYCYBERSALE2015 pada 8 September 2015 yang telah berlangsung di Publika, Kuala Lumpur. 

Karnival "harga runtuh" oleh #MYCYBERSALE2015 pada tahun ini telah menggabungkan lebih daripada 400 nama besar didalam bidang eTailers dan bakal berlangsung selama 5 hari bermula dari 28 september sehingga 2 oktober 2015. Pelbagai kejutan menarik menanti anda termasuklah penghantaran secara PERCUMA ke seluruh Malaysia serta diskaun sebanyak 90% bakal mengejutkan poket anda. 

WOW! Banyak tuuuuuuu.

Eh! Kejap! Dah ada tips untuk berbelanja dengan bijak? Kalau belum, nah! Ikuti langkah mudah berikut:

  1. Sediakan senarai kehendak dan pastikan anda membeli keutamaan terlebih dahulu.
  2. Pastikan anda telah mengemaskini sistem peranti keselamatan sebelum anda melakukan sebarang transaksi jual-beli secara atas talian.
  3. Pastikan anda menggunakan kata laluan yang kukuh sama ada untuk Paypal mahupun sistem talian perbankan anda. 
  4. Pastikan ada menyemak terlebih dahulu harga dan produk yang anda pilih sebelum melakukan pembayaran bagi memastikan anda telah mendapat harga serta kualiti yang terbaik.



Bagi kemudahan anda, sistem aplikasi #MYCYBERSALE2015 boleh mula dimuat turun melalui Appstore & Google Play bermula dari 21 September 2015. 



Oh ya. Sebelum terlupa. Sudah dapatkan tawaran menarik pra-sale? Kalau belum, segera ke laman sesawang #MYCYBERSALE2015 bagi melayakkan anda untuk menikmati RM30 diskaun boucer sebelum 27 September 2015. 



Lagi info buat anda yang masih belum "sedar dari mimpi" mengenai #MYCYBERSALE2015 



Photo Credit: Google & MyCyberSale

No comments:

Post a Comment