Restoran Medan Ikan Bakar Muara Sg. Duyung



Hari ni 1 family short gateway sampai ke 
Melaka. So sebab Melaka pun so called terkenal dengan ikan bakar, maka kami gigih mencari tempat terbaik sekitar Bandar Hilir. Selepas lama bertafakur, kami pun menghala ke arah Muara Sungai Duyung. 

Perjalanan dari homestay kami mengambil masa sekitar 20 minit. Sesampainya di sana, kami perlu beratur untuk menempah tempat duduk sebab TERLALU ramai orang makan dekat sana. So, lepas 10 minit, kami dapat seat  untuk 11 orang. 

Kaki laju betul melangkah nak tengok ikan apa ada tapi tak banyak pilihan. Mungkin sebab dah malam. Kami ambil sekor ikan siakap, 1 bahagian ikan pari, 1 kg sotong, 1 kg udang, 1 kg kerang, 3 ekor ketam, nasi 2 bekas, sayur kailan 4 orang makan, & jus 3 jag.

(Nampak tak keadaan kena beratur nak ambil makanan)

Harga? Boleh tahan. Jika nak di bandingkan dengan Umbai. 

Berapa bintang nak bagi? 

Siakap 3 rasa - 3/5
Sotong tepung - 5/5
Udang masak cili - 4/5
Kailan ikan masin - 5/5
Pari bakar - 2/5
Kerang rebus - 4/5
Ketam goreng kunyit - 3/5


So, itu lah rating untuk makanan dalam kedai tu. Tapi kalau korang nak cuba boleh datang. Alamat? Tu dalam gambar dekat atas tu. Boleh waze. Mudah je cuma kalau pergi malam agak keliru sebab jalan masuk dia kecil. 




Oh ya! Kos makanan kami tadi hanya RM280 untuk 11 orang makan. Memang berbaloi. Anda pun patut cuba! 



No comments:

Post a Comment