Kren Runtuh Di Masjidil Haram

Innalillah.

Ya jangan pelik. Innalillah bukan sahaja untuk yang meninggal dunia bahkan anda juga boleh gunakan untuk sebarang kecelakaan.

Sebentar tadi kita di khabarkan dengan kejadian runtuhan yang berlaku di Masjidil Haram yang mana telah mengakibatkan beberapa kecederaan serta kematian para jemaah haji.




Dilaporkan daripada sumber Berita Harian, seramai 4 orang jemaah haji Malaysia telah di kejarkan untuk mendapatkan rawatan segera ekoran runtuhan kren yang berlaku siang tadi. 



Kren tersebut telah runtuh disebabkan ribut pasir yang melanda kawasan tanah haram tersebut sekitar jam4.30 petang.

Jumlah bilangan mangsa masih belum dikenal pasti. 



Sumber berita: Twitter & Berita Harian 


No comments:

Post a Comment