Selamat Datang Pebble Time Round





Baru baru ini, Syarikat rangkaian Pebble telah melancarkan sebuah lagi produk terbaru mereka iaitu Pebble Time Round. Dikatakan bahawa produk terbaru ini adalah teknologi terkini yang menghasilkan jam pintar atau smartwatch paling ringan serta yang paling nipis pada masa kini. 



Didatangkan dengan pelbagai warna menarik serta 'kecanggihan' yang melangkaui masa, adalah salah satu keluaran yang ditunggu tunggu oleh para penggemar dan pengumpul koleksi Pebble. 



Ciri-ciri khas yang didatangkan bersama Pebble Time Round pada koleksi kali ini adalah:

  1. Lebih ringan (28gm)
  2. Lebih nipis (7.5mm)
  3. Update atau notifikasi daripada telefon bimbit anda terus kepada jam pintar Pebble.
  4. Bateri yang tahan lebih lama berbanding dengan keluaran sebelumnya (2-3 hari)
  5. Lebih banyak watchface menarik yang boleh dimuat turun melalui versi Pebble Time Round
  6. Sistem arahan suara atau Voice Replies
  7. Lebih menarik dengan variasi warna watchface untuk tontonan anda





Menarik bukan? Dengan setiap pembelian Pebble Time Round, anda akan didatangkan dengan seutas jam beserta seutas tali kulit dan juga kabel untuk mengecas jam pintar anda. 







Dengan harga bermula dari $249, Pebble Time Round akan dihantar terus ke muka pintu anda bermula dari November 2015. Tempahan boleh dilakukan di laman sesawang Pebble sendiri. 

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Pebble atau anda juga boleh mengikuti mereka di Facebook, Twitter & Instagram

No comments:

Post a Comment